SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 16


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Nyatakan empat situasi yang menyebabkan seseorang warganegara tidak layak menjadi calon pilihan raya. [4 markah]

* Diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan.

* Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman.

 * Denda RM 2,000.00 dan ke atas oleh mahkamah.

* Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'.

* Telah dijatuhi hukuman penjara tidak kurang 1 tahun.

* Telah memperoleh kewarganegaraan atau kerakyatan asing.

SOALAN 2:

Huraikan dua cara menjadi warganegara Malaysia. [4 markah]

i.) Melalui kuat kuasa undang-undang.

Seseorang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan. 

Seseorang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia.

ii.) Melalui pendaftaran.

Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan perkahwinannya telah didaftarkan. 

Seseorang yang di bawah berumur 21 tahun sekiranya ibu bapanya adalah seorang warganegara.

Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

iii.) Melalui kemasukan atau naturalisasi.

Seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki atau berkelakuan baik atau pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu.

iv.) Melalui percantuman wilayah.

Mana-mana wilayah baru diterima masuk ke dalam Persekutuan selepas Hari Malaysia, Parlimen boleh menetapkan penduduk wilayah tersebut adalah warganegara.

SOALAN 3:

Nyatakan tiga tugas Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam pentadbiran. [3 markah]

(a) Sebagai penasihat kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

(b) Menteri Besar atau Ketua Menteri mentadbir Kerajaan Negeri.

(c) Menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

(d) Menasihati Raja atau Yang di-Pertua Negeri dalam pelantikan dan penentuan portfolio ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

SOALAN 4:

Nyatakan empat peranan kerajaan dalam sesebuah negara. [4 markah]

a. Melindungi alam sekitar.

b. Menjaga kedaulatan negara.

c. Menyediakan keperluan asas.

d. Menyediakan kemudahan ekonomi.

e. Menyediakan pelbagai perkhidmatan.

f. Menentukan arah pentadbiran negara.

g. Menjaga ketertiban dan keamanan negara.

h. Memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

SOALAN 5:

Huraikan dua tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). [4 markah]

I._ Pelantikan.

Menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara, dan pinjaman atau menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam.

II._ Pengesahan dalam perkhidmatan.

Mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan atau melanjutkan tempoh percubaan atau mengembalikan kakitangan ke jawatan asal atau menamatkan perkhidmatan kerana gagal disahkan dalam jawatan.

III._ Pemberian taraf berpencen.

Menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak termasuk anggota kumpulan sokongan.

IV._ Pertukaran perkhidmatan.

Menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu skim perkhidmatan yang lain bagi satu skim perkhidmatan yang sama.

V._ Kenaikan pangkat.

Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat.

VI._ Kawalan tatatertib.

Merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi atau Pengurusan dan Profesional.

SOALAN 6:

Berikan empat kelayakan seseorang menjadi ahli Dewan Negara. [4 markah]

a.) Waras.

b.) Warganegara Malaysia.

c.) Bukan atau Tidak muflis.

d.) Umur tidak kurang 30 tahun atau melebihi 30 tahun.

e.) Tiada rekod jenayah atau Tidak mempunyai rekod jenayah.

SOALAN 7:

Jelaskan dua cara penamatan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia. [4 markah]

i. Penolakan.

Seseorang warganegara yang ingin menolak kewarganegaraan Malaysia mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berusia 21 tahun atau lebih, sempurna akal, dan telah mendapat kewarganegaraan negara lain.

ii. Pelucutan.

Memperoleh kewarganegaraan negara asing.

Menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.

Menunjukkan ketidaksetiaan terhadap negara melalui perbuatan dan pertuturan.

Membuat hubungan dengan negara musuh semasa peperangan.

SOALAN 8:

Nyatakan empat perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. [4 markah]

A_ Kewarganegaraan.

B_ Keistimewaan Parlimen.

C_ Hak Ehwal Agama Islam.

D_ Kedudukan Bahasa Kebangsaan.

E_ Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja.

F_ Hak-hak dan kedaulatan Majlis Raja-Raja.

G_ Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia.

H_ Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1