SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 19


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Nyatakan empat kepentingan amalan tadbir urus baik dalam pembangunan negara. [4 markah]

- Memberi keyakinan kepada pelabur asing.

- Kemajuan dan kemakmuran ekonomi meningkat.

- Memenuhi jangkaan pelanggan dan pihak berkepentingan.

- Mengurangkan atau Menjimatkan kos perbelanjaan negara.

- Mengekalkan profesionalisme dan tadbir urus dalam perkhidmatan.

- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

- Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap pentadbiran awam (akauntabiliti).

- Menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi di peringkat antarabangsa.

SOALAN 2:

Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. [3 markah]

* Meninggal dunia.

* Hilang kelayakan. 

(Misalnya, muflis belum dilepaskan, dipenjara 1 tahun atau denda lebih RM 2,000.00, tidak sempurna akal memperoleh kewarganegaraan asing, tidak menghadiri persidangan selama 6 tahun berturut-turut - diterima)

* Meletakkan jawatan.

* Dibatalkan kemenangan oleh mahkamah. 

SOALAN 3:

Nyatakan tempoh pelaksanaan persempadanan semula sesuatu bahagian pilihan raya. [1 markah]

Tidak kurang daripada 8 tahun daripada atau sejak persempadanan semula yang terakhir.

SOALAN 4:

Kemukakan tiga pihak yang boleh membantah cadangan terhadap persempadanan semula bahagian pilihan raya. [3 markah]

(A) Kerajaan Negeri.

(B) Pihak Berkuasa Tempatan.

(C) Kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 orang pengundi atau pemilih di bahagian pilihan raya yang terkesan dalam daftar pemilih semula.

SOALAN 5:

Kemukakan empat keadaan yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen. [4 markah]

* Didapati tidak sempurna akal.

* Diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan.

* Memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

* Dengan sengaja memperoleh kewarganegaraan asing.

* Tidak hadir dalam persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa keizinan Parlimen.

* Tidak menghantar penyata pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh 31 hari daripada tarikh keputusan diwartakan.

* Disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau denda tidak kurang daripada RM 2,000.00 serta tidak mendapat pengampunan bebas.

SOALAN 6:

Senaraikan empat agensi Pusat yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. [4 markah]

a._ Unit Inovasi Khas (UNIK).

b._ Unit Perancang Ekonomi (EPU).

c._ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

d._ Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

e._ Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

f._ Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

SOALAN 7:

Nyatakan dua tujuan penubuhan Majlis Penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. [2 markah]

# Menjadi badan penghubung antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

# Menjadi badan penyelaras untuk aktiviti dalam bidangnya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

# Menjadi badan perunding berkaitan dengan isu dalam bidangnya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

SOALAN 8:

Nyatakan tiga tanggungjawab Ketua Kerajaan Persekutuan. [3 markah]

a. Melantik atau memecat setiausaha politik.

b. Menjadi penasihat Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

c. Membentuk dan mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

d. Menjadi jurucakap kerajaan dalam hal ehwal antarabangsa dan domestik.

e. Memohon kepada YDPA untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Rakyat.

f. Menamakan senarai Menteri Kabinet untuk dilantik atau dipecat oleh YDPA.

g. Melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA menerusi Kabinetnya.

h. Menasihati YDPA dalam soal pelantikan dan pemecatan jawatan-jawatan utama tertentu.

i. Merancang atau Menggubal atau Membuat keputusan tentang dasar-dasar awam atau kerajaan.

SOALAN 9:

Huraikan dua hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. [4 markah]

I. Kebebasan diri.

Seseorang itu tidak boleh dilucutkan nyawanya menurut undang-undang.

Sekiranya ditangkap, seseorang itu perlu diberitahu sebab-sebab ditangkap.

Tidak boleh ditahan melebihi 24 jam tanpa kebenaran majistret.

Berhak mendapatkan khidmat peguam sekiranya ditangkap.

II. Keabadian dan kerja paksa.

Seseorang itu tidak boleh dijadikan abadi.

Tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu kerja secara paksa tanpa upah.

III. Mendapatkan perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.

Seseorang itu tidak boleh dihukum kerana perbuatan yang menjadi kesalahan pada undang-undang.

Seseorang yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula atas kesalahan sama.

IV. Kesamarataan atau Hak sama rata.

Semua orang mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.

Rakyat Malaysia tidak boleh dibezakan dari segi agama, kaum, keturunan, jantina, dan tempat lahir.

V. Kebebasan bergerak dan larangan buang negeri.

Rakyat Malaysia tidak boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke Persekutuan.

Rakyat Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan selagi menurut undang-undang.

VI. Kebebasan bercakap atau bersuara; berhimpun dan menubuhkan persatuan.

Rakyat Malaysia bebas bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan selagi tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.

VII. Kebebasan beragama atau Hak untuk beragama.

Rakyat Malaysia bebas mengamalkan dan mengembangkan agamanya.

VIII. Hak terhadap pelajaran atau pendidikan.

Berhak mendapat pelajaran dan tidak boleh dibezakan dari segi agama, kaum, keturunan, dan jantina.

IX. Hak terhadap harta.

Rakyat Malaysia tidak boleh diambil hartanya tanpa diberi pampasan.

Rakyat Malaysia berhak mengumpul harta selagi tidak menyalahi undang-undang.

SOALAN 10:

Nyatakan empat cara Encik X boleh mempamerkan tadbir urus yang terbaik iaitu dari segi sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap kepada pelanggan. [4 markah]

a.) Melayan pelanggan tanpa diskriminasi.

b.) Menyampaikan maklumat yang jelas dan secukupnya.

c.) Menghargai masa pelanggan yang berurusan di kaunter.

d.) Menjawab pertanyaan pelanggan secara berhemah atau sopan.

e.) Mempermudahkan pelanggan mendapatkan maklumat di kaunter.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1