SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 13


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Huraikan dua sebab hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan boleh disekat. [4 markah]

A) Menjaga kesihatan awam.

Mengelakkan penularan wabak penyakit atau penyakit berjangkit.

B) Menjamin keselamatan negara.

Mengawal ancaman dalaman yang menggugat keselamatan negara.

C) Menjaga ketenteraman awam atau morality.

Memastikan rakyat menikmati kehidupan dengan aman.

D) Menjalani hukuman.

Seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara sehingga dibebaskan.

E) Melaksanakan perkhidmatan kerahan tenaga.

Undang-undang mengerahkan rakyat untuk melakukan kerahan tenaga untuk negara.

F) Melindungi hak individu lain.

Hak individu dilindungi dengan sekatan terhadap perkara-perkara yang boleh menjejaskan hak individu.

G) Menjamin perpaduan.

Penyebaran maklumat atau sentimen atau isu perkauman dapat disekat.

H) Menjaga hubungan baik dengan negara luar.

Menghalang informasi atau pergerakan keluar negara bagi mengekalkan hubungan baik dengan negara luar.

SOALAN 2:

Kemukakan empat cabaran yang dihadapi negara dalam melaksanakan tadbir urus baik. [4 markah]

* Amanah rasuah.

* Kareneh birokrasi.

* Ancaman globalisasi.

* Memantapkan integriti penjawat awam.

* Menerajui transformasi perkhidmatan kerajaan.

* Menghadapi persaingan di peringkat antarabangsa.

* Pembangunan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

* Meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

* Memenuhi ekspektasi pelanggan atau stakeholder atau Memenuhi kehendak pelanggan yang berubah-ubah.

SOALAN 3:

Jelaskan dua cara tertuduh boleh memberi keterangan di mahkamah. [4 markah]

i. Memilih keterangan di kandang orang salah.

Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh Pendakwa.

ii. Memilih memberi keterangan bersumpah.

Keterangannya boleh dicabar oleh Pendakwa raya dengan cara soal balas dan lain-lain.

iii. Memilih untuk berdiam diri.

Pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah sehingga tidak ada syak wasangka yang munasabah.

SOALAN 4:

Nyatakan dua majlis yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. [2 markah]

a.) Majlis Raja-Raja.

b.) Majlis Tanah Negara.

c.) Majlis Angkatan Tentera.

d.) Majlis Kewangan Negara.

e.) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

SOALAN 5:

Jelaskan empat bidang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan. [4 markah]

- Melantik ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

- Meluluskan belanjawan Kerajaan Tempatan.

- Mengesahkan undang-undang kecil Kerajaan Tempatan.

- Menetapkan taraf, status, dan sempadan Kerajaan Tempatan.

- Menyediakan peruntukan kewangan kepada Kerajaan Tempatan.

- Meluluskan jawatan baharu yang hendak diwujudkan oleh Kerajaan Tempatan.

- Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan Kerajaan Tempatan.

SOALAN 6:

Jelaskan dua cara penamatan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia. [4 markah]

(i) Penolakan.

Seseorang warganegara yang ingin menolak kewarganegaraan Malaysia mestilah memenuhi syarat seperti berusia 21 tahun atau lebih, sempurna akal dan telah mendapat kewarganegaraan negara lain.

(ii) Pelucutan.

Memperoleh kewarganegaraan negara asing.

Menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.

Menunjukkan ketidaksetiaan terhadap negara melalui perbuatan dan pertuturan.

Membuat hubungan dengan negara musuh semasa peperangan.

SOALAN 7:

Nyatakan empat persamaan antara ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. [4 markah]

a.) Tidak muflis.

b.) Sempurna akal.

c.) Warganegara Malaysia.

d.) Berumur 18 atau 21 tahun ke atas.

e.) Tidak memegang jawatan berpendapatan atau bergaji.

f.) Dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya atau Menang dalam pilihan raya.

SOALAN 8:

Huraikan dua ciri Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. [4 markah]

A) Merdeka atau Bebas daripada kuasa penjajah.

Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang bebas daripada campur tangan mana-mana pihak asing.

B) Berwibawa.

Suara Malaysia didengari di peringkat antarabangsa terutamanya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

C) Beridentiti.

Malaysia mempunyai pelbagai lambang yang menggambarkan identiti negara seperti jata negara, bendera, lagu kebangsaan, dan lain-lain lagi.

D) Berideologi.

Malaysia mempunyai ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang harus difahami dan dihayati oleh setiap warganya.

E) Perlembagaan yang berkuasa.

Perlembagaan Malaysia digubal mengikut lunas undang-undang oleh Badan Perundangan dan menjadi panduan kerajaan dalam mentadbir negara.

F) Dihormati dan diiktiraf.

Malaysia diiktiraf oleh negara dunia yang lain.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1