EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 9
大家好吖,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:
(a) 20 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 2 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
还有,Latihan 的题目数量是根据得到的数据而定哦!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti buruh dan jumlah keluaran bagi barang X dalam pasaran persaingan sempurna.
Kuantiti buruh
(unit) |
Jumlah keluaran
(unit) |
0 |
0 |
1 |
20 |
2 |
35 |
3 |
45 |
4 |
50 |
5 |
52 |
Andaikan harga barang X ialah RM 5.00 per unit dan upah buruh ialah RM 25.00 per unit, kuantiti buruh yang digunakan untuk memaksimumkan keuntungan ialah
A. 2 unit.
B. 3 unit.
C. 4 unit.
D. 5 unit.
SOALAN 2:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan penawaran (SS) bagi buah anggur.
Pada tingkat harga RM 24.00,
A. keseimbangan pasaran dicapai.
B. wujud lebihan penawaran sebanyak 36 kg.
C. wujudnya lebihan permintaan sebanyak 20 kg.
D. firma akan menaikkan harga melebihi RM 24.00.
SOALAN 3:
Yang berikut adalah kebaikan pasaran persaingan bermonopoli berbanding pasaran persaingan sempurna kecuali
A. peningkatan kualiti barang.
B. pengguna mempunyai banyak pilihan.
C. pengiklanan memberi kebaikan kepada pengguna.
D. harga keluaran firma rendah.
SOALAN 4:
Firma dianggap beroperasi dalam tempoh jangka pendek apabila
A. terdapat input berubah sahaja.
B. input tetap senang diperolehi.
C. masa operasi firma kurang daripada lima tahun.
D. bilangan input pengganti yang sukar diperolehi.
SOALAN 5:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D0) dan keluk penawaran (S0) bagi faktor tanah.
WXY mewakili
A. sewa kuasi.
B. sewa ekonomi.
C. lebihan pengguna.
D. perolehan pindaan.
SOALAN 6:
Yang manakah faktor yang menyebabkan keanjalan penawaran anjal?
A. Harga input meningkat.
B. Bekalan input mudah diperolehi.
C. Bilangan firma yang sedikit di pasaran.
D. Bilangan input pengganti yang sukar diperolehi.
SOALAN 7:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi.
Pernyataan manakah yang benar?
A. Kos lepas peralihan titik D ke E adalah sifar.
B. Pengeluaran titik C adalah paling maksimum.
C. Pengeluaran pada titik A lebih cekap berbanding E.
D. Pembaziran pada titik B lebih besar daripada D.
SOALAN 8:
Mengapakah pasaran bermonopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber pada titik keseimbangan?
A. Harga melebihi kos sut.
B. Tingkat output pada kos sut menurun.
C. Input digunakan pada kuantiti minimum.
D. Output dikeluarkan pada kos purata minimum.
SOALAN 9:
Jadual di bawah menunjukkan harga barang X, kuantiti diminta barang X, dan kuantiti diminta barang Y.
Barang X |
Barang Y |
|
Harga (RM) |
Kuantiti diminta
(unit) |
Kuantiti diminta
(unit) |
4.00 |
60 |
50 |
6.00 |
40 |
80 |
Hitung keanjalan permintaan silang apabila harga barang X jatuh daripada RM 6.00 kepada RM 4.00.
A. -0.86.
B. -0.94.
C. 1.13
D. 1.50
SOALAN 10:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi barang X.
Yang manakah menyebabkan keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1?
A. Harga barang X di pasaran jatuh.
B. Harga barang X di pasaran meningkat.
C. Harga barang pengganti X meningkat.
D. Bilangan pengeluar barang X meningkat.
SOALAN 11:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan keluaran sut bagi sebuah firma.
Kuantiti buruh
(unit) |
Keluaran sut (unit) |
1 |
40 |
2 |
60 |
3 |
50 |
4 |
30 |
5 |
20 |
6 |
0 |
7 |
-10 |
Berapakah jumlah keluaran maksimum?
A. 60 unit.
B. 170 unit.
C. 200 unit.
D. 220 unit.
SOALAN 12:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara keluaran dengan jumlah kos sebuah firma pasaran persaingan sempurna.
Keluaran (unit) |
Jumlah kos (RM) |
25 |
220 |
35 |
270 |
45 |
330 |
55 |
400 |
65 |
490 |
Jika harga keluaran ialah RM 6.00 per unit, berapakah tingkat keluaran yang memaksimumkan keuntungan?
A. 35 unit.
B. 45 unit.
C. 55 unit.
D. 65 unit.
SOALAN 13:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti ditawar bagi baju di pasaran.
Harga (RM) |
Kuantiti ditawar
(unit) |
5.00 |
80 |
10.00 |
120 |
15.00 |
160 |
Persamaan penawaran bagi baju ialah
A. Qs = 20 + 5P
B. Qs = 40 + 8P
C. Qs = 20 + 10P
D. Qs = 40 + 10P
SOALAN 14:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos berubah purata (AVC), kos sut (MC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) bagi firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek.
Pada titik keseimbangan, hitung untung firma
A. RM 282.00
B. RM 552.00
C. RM -696.00
D. RM -1,081.00
SOALAN 15:
Apabila pertambahan permintaan terhadap basikal melebihi pertambahan penawaran basikal, maka pada titik keseimbangan baru pasaran basikal,
A. harga dan kuantiti basikal menurun.
B. harga dan kuantiti basikal meningkat.
C. harga basikal meningkat dan kuantiti basikal menurun.
D. harga basikal menurun dan kuantiti basikal tidak berubah.
SOALAN 16:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk MC, keluk AC, keluk MR, dan keluk AR firma monopoli.
Jika kerajaan campur tangan dengan menetapkan harga sama dengan kos sut, yang manakah tidak benar?
A. Harga akan jatuh kepada RM 43.00.
B. Kuantiti meningkat kepada 58 unit.
C. Firma akan mendapat untung normal sifar.
D. Kos purata firma yang baru ialah RM 36.00.
SOALAN 17:
Faktor pengeluaran yang tidak mencukupi dalam sesebuah ekonomi akan menyebabkan
A. Firma terpaksa menutup semua operasi pengeluaran.
B. Firma boleh mengeluarkan barang pengguna dan barang modal sahaja.
C. Pengeluaran barang sentiasa mencukupi untuk keperluan pengguna.
D. Pilihan mesti dibuat berdasarkan kos minimum dan untung maksimum.
SOALAN 18:
Butiran di bawah adalah tentang pengeluaran sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.
Kuantiti
keseimbangan (unit) |
= |
600
unit |
Harga
keseimbangan (RM) |
= |
RM
8.00 per unit |
Kos
berubah purata (RM) |
= |
RM
5.00 |
Untung (RM) |
= |
RM
1,500.00 |
Jumlah kos tetap bagi firma tersebut ialah
A. RM 120.00
B. RM 240.00
C. RM 300.00
D. RM 350.00
SOALAN 19:
Pengguna yang kaya atau berkemampuan akan mendapat barang berkualiti merujuk kepada masalah asas ekonomi iaitu
A. untuk siapa barang hendak dikeluarkan.
B. apa barang hendak dikeluarkan.
C. berapa barang hendak dikeluarkan.
D. bagaimana barang hendak dikeluarkan.
SOALAN 20:
Dalam teori pengeluaran, jangka panjang merujuk kepada jangka masa di mana
A. semua input boleh berubah.
B. tingkat pengeluaran boleh berubah.
C. faktor pengeluaran digunakan secara cekap.
D. pengeluaran beroperasi secara besar-besaran.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Dengan menggunakan contoh, terangkan perkaitan konsep kekurangan, pilihan, dan kos lepas bagi
a) Pengeluar. [5 markah]
* Modal atau Sumber atau Faktor-faktor pengetahuan yang terhad.
* Perlu membuat pilihan sama ada mengeluarkan barang X atau barang Y.
* Ini untuk memaksimumkan keuntungan.
* Pilihan melibatkan kos lepas.
b) Kerajaan. [5 markah]
* Kerajaan kekurangan hasil.
* Perlu membuat pilihan sama ada membina Projek A atau Projek B
* Ini untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
* Pilihan melibatkan kos lepas.
SOALAN 2:
a) Jelaskan maksud keanjalan silang. [2 markah]
Keanjalan silang mengukur peratus perubahan kuantiti diminta sesuatu barang akibat peratus perubahan harga barang lain.
atau
Keanjalan silang mengukur peratus perubahan kuantiti diminta barang X akibat peratus perubahan harga barang Y.
b) Berbantukan contoh berangka, terangkan kaitan antara nilai keanjalan silang dengan jenis barang. [8 markah]
Harga barang X (RM) |
Kuantiti diminta
(unit) |
|
Barang A |
Barang B |
|
5.00 |
10 |
10 |
10.00 |
16 |
8 |
Nilai keanjalan silang bagi barang A dan B apabila harga barang X meningkat daripada RM 5.00 kepada RM 10.00
Barang A:
Nilai keanjalan silang barang A positif, maka barang A merupakan barang pengganti kepada barang X.
Barang B:
Nilai keanjalan silang barang B negatif, maka barang B merupakan barang penggenap kepada barang X.
SOALAN 3:
a) Apakah maksud lebihan pengguna. [2 markah]
Maksud lebihan pengguna merujuk kepada perbezaan di antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna dengan harga sebenar dibayar oleh pengguna atau harga pasaran atau harga keseimbangan.
b) Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan ke atas lebihan pengguna apabila berlaku penurunan harga input pengeluaran. [8 markah]
Keseimbangan asal, lebihan pengguna asal AE0P0.
Harga input jatuh, kos pengeluaran berkurang.
Penawaran meningkat, keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1.
Keseimbangan baru, lebihan pengguna baru AE1P1.
Maka, lebihan pengguna meningkat atau bertambah sebanyak P1P0E0E1.
SOALAN 4:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi bidangan dalaman. [2 markah]
Ekonomi bidangan dalaman merujuk kepada faedah-faedah yang dinikmati oleh firma apabila mengeluarkan output secara besar-besaran disebabkan oleh faktor dalam firma itu sendiri dan menyebabkan kos purata jangka panjang berkurang atau menurun.
b) Huraikan empat faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan kos purata jangka panjang firma semakin menurun. [8 markah]
Faktor-faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan kos purata jangka panjang firma semakin menurun:
i._ Ekonomi pengurusan.
Pengurusan yang cekap, sistematik, daya keluaran akan meningkat, dan pengeluaran bertambah. Jadi, kos purata jangka panjang akan menurun atau berkurang.
ii._ Ekonomi pengkhususan.
Agihan kerja, pekerja cekap, daya keluaran meningkat, dan pengeluaran bertambah. Maka, kos purata jangka panjang akan menurun atau berkurang.
iii._ Ekonomi pemasaran.
Firma dapat membeli input secara pukal, kos per unit berkurang. Oleh itu, kos purata jangka panjang akan menurun atau berkurang.
iv._ Ekonomi kewangan.
Firma mudah mendapat pinjaman dengan kadar bunga yang rendah, dan tempoh pinjaman yang panjang. Jadi, kos purata jangka panjang akan menurun atau berkurang.
v._ Ekonomi teknikal.
Firma menggunakan teknologi moden, daya keluaran meningkat, dan pengeluaran bertambah. Oleh itu, kos purata jangka panjang akan menurun atau berkurang.
SOALAN 5:
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan firma pasaran persaingan bermonopoli yang meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian. [10 markah]
Keseimbangan pasaran keluk MC bersilang dengan keluk MR (MC = MR) di titik E0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.
Jumlah hasil sebanyak 0P0AQ0.
Jumlah kos sebanyak 0CBQ0.
Kerugian firma sebanyak P0CBA.
Walaupun rugi firma meneruskan operasi kerana jumlah hasil dapat menampung semua kos berubah (P0ADC1).
Firma dapat menampung semua kos berubah dan sebahagian daripada kos tetap (P0ADC1).
Firma meneruskan operasi, kerugian semakin kecil.
Jika firma berhenti operasi, kerugian semakin besar kerana menanggung semua kos tetap.
SOALAN 6:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan
i) sewa ekonomi. [2 markah]
Maksud sewa ekonomi merujuk kepada bayaran lebihan yang diterima oleh faktor pengeluaran untuk mengekalkan faktor pengeluaran itu dalam penggunaan sekarang.
ii) perolehan pindaan. [2 markah]
Maksud perolehan pindaan merujuk kepada sejumlah pendapatan minimum kepada faktor pengeluaran untuk mengekalkan faktor pengeluaran itu dalam penggunaan sekarang.
b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perbezaan antara sewa ekonomi dengan perolehan pindaan bagi keluk penawaran faktor yang anjal. [6 markah]
Keseimbangan asal berlaku apabila keluk permintaan faktor (D) bersilang dengan keluk penawaran faktor (S) pada titik E, harga faktor (P), dan kuantiti faktor ialah Q.
Jumlah sewa ekonomi sebanyak APE.
Jumlah perolehan pindaan sebanyak 0AEQ.
Oleh kerana keluk penawaran faktor yang anjal, maka perolehan pindahan melebihi sewa ekonomi iaitu 0AEQ > APE.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti ditawar bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga.
Harga (RM) |
10 |
15 |
20 |
25 |
30 |
Kuantiti ditawar
(kg) |
120 |
150 |
180 |
210 |
240 |
a) Berdasarkan jadual di atas, terbitkan fungsi penawaran barang tersebut. [1 markah]
Qs = 60 + 6P
b) Jika fungsi permintaan ialah Qd = 220 - 4P,
i) dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran. [2 markah]
Tiada jawapan.
ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang tersebut. [2 markah]
Harga keseimbangan = RM 16.00
Kuantiti keseimbangan = 156 kg
c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluaran barang tersebut sebanyak RM 5.00 per unit,
i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [3 markah]
Harga keseimbangan = RM 19.00
Kuantiti keseimbangan = 144 kg
ii) hitung peratus beban cukai yang ditanggung oleh pengguna. [2 markah]
Peratus beban cukai yang ditanggung oleh pengguna = 3/5 x 100
Peratus beban cukai yang ditanggung oleh pengguna = 60%
SOALAN 2:
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti barang Y dan kos purata jangka panjang bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.
Kuantiti barang Y
(tan) |
Kos purata (RM) |
1 |
140.00 |
2 |
130.00 |
3 |
120.00 |
4 |
117.50 |
5 |
121.00 |
6 |
125.00 |
a) Sediakan jadual yang menunjukkan jumlah kos dan kos sut bagi barang Y. [2 markah]
Kuantiti barang Y (unit) |
Kos purata (RM) |
Jumlah kos (RM) |
Kos sut (RM) |
1 |
140.00 |
140.00 |
140.00 |
2 |
130.00 |
260.00 |
120.00 |
3 |
120.00 |
360.00 |
100.00 |
4 |
117.50 |
470.00 |
110.00 |
5 |
121.00 |
605.00 |
135.00 |
6 |
125.00 |
750.00 |
145.00 |
b) Jika harga barang Y ialah RM 135.00 per tan, hitung kuantiti keseimbangan firma ini? [2 markah]
Kuantiti keseimbangan sama dengan keluk MR bersilang dengan keluk MC
= 5 tan
c) Hitung keuntungan atau kerugian pada tingkat keseimbangan? [2 markah]
Untung atau Rugi = RM 675.00 - RM 605.00
Untung = RM 70.00
d) Jika harga per tan barang Y ialah RM 100.00,
i) hitung keuntungan atau kerugian, jika kuantiti pengeluaran barang Y adalah 4 tan. [2 markah]
Untung atau Rugi = RM 400.00 - RM 470.00
Rugi = RM -70.00
ii) apakah tindakan yang perlu diambil oleh firma ini? Mengapa? [2 markah]
Firma akan berhenti atau menutup operasi kerana kerugian dalam jangka panjang.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!