EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 10
大家好吖,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:
(a) 20 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
还有,Latihan 的题目数量是根据得到的数据而定哦!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Barang percuma merupakan barang yang
A. tidak mempunyai kos lepas.
B. diberikan percuma oleh kerajaan.
C. tidak memberikan kepuasan kepada pengguna.
D. diberikan percuma oleh pengeluar kepada pengguna.
SOALAN 2:
Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran bagi barang X dan barang Y.
Kombinasi |
A |
B |
C |
D |
E |
Barang X (unit) |
0 |
1 |
2 |
3 |
4 |
Barang Y (unit) |
10 |
9 |
7 |
4 |
0 |
Berapakah kos lepas bagi menambah pengeluaran barang Y daripada 4 unit kepada 9 unit?
A. 1 unit barang X.
B. 2 unit barang X.
C. 3 unit barang X.
D. 5 unit barang X.
SOALAN 3:
Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran padi.
Keluk penawaran padi beralih dari S0S0 ke S1S1 disebabkan
A. kenaikan harga padi.
B. kenaikan upah petani.
C. kejatuhan harga beras.
D. berlaku kemajuan teknologi.
SOALAN 4:
Satu sifat sistem ekonomi pasaran bebas ialah
A. tidak wujud monopoli.
B. mencapai guna tenaga penuh.
C. pemilikan individu bagi sumber.
D. pengeluaran secara besar-besaran.
SOALAN 5:
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti ditawarkan bagi suatu barang di pasaran.
Harga (RM) |
Kuantiti ditawarkan
(unit) |
2.00 |
80 |
4.00 |
100 |
Fungsi penawaran barang tersebut ialah
A. Qs = -60 + 10P
B. Qs = 60 - 10P
C. Qs = 60 + 10P
D. Qs = 80 + 10P
SOALAN 6:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi sesuatu barang.
Pada tingkat harga RM 20.00,
A. harga keseimbangan tercapai.
B. wujud lebihan penawaran sebanyak 50 unit.
C. wujud lebihan permintaan sebanyak 90 unit.
D. lebihan permintaan menyebabkan harga barang meningkat.
SOALAN 7:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi barang Z.
Berapakah nilai keanjalan permintaan harga apabila harga barang Z menurun?
A. -0.20
B. -0.50
C. -2.00
D. -5.00
SOALAN 8:
Sekiranya permintaan terhadap sesuatu barang menurun apabila pendapatan pengguna meningkat, maka barang tersebut ialah barang
A. biasa.
B. mesti.
C. mewah.
D. bawahan.
SOALAN 9:
Sekiranya barang X dan barang Y ialah barang penggenap,
A. kenaikan harga barang X meningkatkan permintaan barang Y.
B. kenaikan harga barang X mengurangkan permintaan barang Y.
C. penurunan harga barang X mengurangkan permintaan barang Y.
D. penurunan harga barang X tidak mengubah permintaan barang Y.
SOALAN 10:
Dasar harga maksimum yang dilaksanakan oleh kerajaan menyebabkan
I. wujud lebihan penawaran.
II. wujud lebihan permintaan.
III. penetapan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.
IV. penetapan harga lebih rendah daripada harga pasaran.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SOALAN 11:
Dalam teori pengeluaran, konsep jangka pendek merujuk kepada jangkamasa di mana
A. pengeluaran dijalankan dengan cepat.
B. kedua-duanya input tetap dan input berubah.
C. pengeluaran dijalankan dalam masa kurang daripada satu tahun.
D. pengeluaran dijalankan dengan menggabungkan input tetap dengan input berubah.
SOALAN 12:
Dalam pengeluaran secara besar-besaran, penggunaan mesin dan robot dapat menjimatkan kos purata jangka panjang merupakan
A. Ekonomi teknikal.
B. Ekonomi pemasaran.
C. Ekonomi kewangan.
D. Ekonomi pengurusan.
SOALAN 13:
Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang kos dan harga keluaran bagi sebuah firma persaingan sempurna pada tingkat keseimbangan.
Kos tetap purata |
RM 350.00 |
Kos berubah purata |
RM 750.00 |
Harga seunit |
RM 1,000.00 |
Apakah tindakan yang akan diambil oleh firma tersebut?
A. Memberhentikan operasi dalam jangka pendek.
B. Memberhentikan operasi dalam jangka panjang.
C. Meneruskan operasi dalam jangka pendek dan jangka panjang.
D. Memberhentikan operasi dalam jangka pendek dan jangka panjang.
SOALAN 14:
Berdasarkan kepada rajah di bawah, keluk MC, AC, dan AVC masing-masing adalah keluk kos sut, keluk kos purata, dan keluk kos berubah bagi sebuah firma persaingan sempurna.
Hitungkan jumlah untung yang diperolehi firma
A. RM 731.00
B. RM 903.00
C. RM 1,122.00
D. RM 1,634.00
SOALAN 15:
Yang berikut ialah maklumat fungsi hasil sut (MR) dan kos sut (MC) bagi sebuah firma monopoli.
MR = 40 - 0.5Q
MC = RM 4.00
Dengan Q ialah tingkat output yang dikeluarkan (unit).
Tingkat output yang memaksimumkan untung firma tersebut ialah
A. 36 unit.
B. 38 unit.
C. 72 unit.
D. 88 unit.
SOALAN 16:
Apabila firma pasaran persaingan sempurna menjadi firma pasaran monopoli, keadaan ini menyebabkan
A. harga meningkat.
B. keluaran meningkat.
C. lebihan pengguna meningkat.
D. kecekapan peruntukan sumber tercapai.
SOALAN 17:
Firma persaingan bermonopoli mencapai keseimbangan apabila
A. harga sama dengan kos sut.
B. kos sut sama dengan hasil sut.
C. hasil purata sama dengan kos purata.
D. kos berubah purata sama dengan hasil purata.
SOALAN 18:
Maklumat di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kos pada tingkat keseimbangan bagi firma pasaran persaingan bermonopoli dalam jangka pendek.
Harga |
RM 23.00 |
Kos purata |
RM 25.00 |
Kos berubah purata |
RM 14.00 |
Jika keluaran keseimbangan ialah 30 unit, berapakah jumlah kos tetap firma ini?
A. RM 60.00
B. RM 80.00
C. RM 270.00
D. RM 330.00
SOALAN 19:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran hasil purata (ARP) dan keluk keluaran hasil sut (MRP) bagi sebuah firma.
Keluk permintaan faktor ditunjukkan oleh
A. RT.
B. SR.
C. RV.
D. PR.
SOALAN 20:
Berdasarkan kepada rajah di bawah, keluk MC, AC, dan AVC masing-masing adalah keluk kos sut, keluk kos purata, keluk kos berubah purata bagi sebuah firma.
Hitung jumlah sewa kuasi firma
A. RM 224.00
B. RM 360.00
C. RM 630.00
D. RM 1,125.00
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Mengapa sistem ekonomi pasaran bebas berbeza berbanding dengan sistem ekonomi perancangan pusat. Huraikan. [10 markah]
(i) Campur tangan kerajaan.
Sistem ekonomi pasaran bebas tiada campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi manakala sistem ekonomi perancangan pusat mempunyai campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi.
(ii) Pemilikan sumber ekonomi.
Sistem ekonomi pasaran bebas adalah individu dan pihak swasta bebas memiliki sumber dan harta persendirian manakala sistem ekonomi perancangan pusat adalah semua sumber dimiliki oleh kerajaan.
(iii) Keputusan tentang peruntukan sumber ekonomi.
Sistem ekonomi pasaran bebas adalah individu dan pihak swasta bebas menggunakan sumber manakala sistem ekonomi perancangan pusat adalah semua keputusan ditentukan oleh kerajaan.
(iv) Keputusan tentang agihan pendapatan.
Sistem ekonomi pasaran bebas adalah agihan pendapatan ditentukan melalui mekanisme harga manakala sistem ekonomi perancangan pusat adalah agihan pendapatan ditetapkan oleh kerajaan.
(v) Sistem insentif.
Sistem ekonomi pasaran bebas bertujuan pengeluaran adalah untuk memaksimumkan keuntungan manakala sistem ekonomi perancangan pusat bertujuan pengeluaran untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
SOALAN 2:
(a) Dengan contoh berangka dan jadual terangkan bagaimana lebihan pengguna dihitung. [6 markah]
Kuantiti (unit) |
Harga sanggup bayar
(RM) |
Harga pasaran (RM) |
Lebihan pengguna (RM) |
1 |
10.00 |
5.00 |
10.00 – 5.00 = 5.00 |
2 |
8.00 |
5.00 |
8.00 – 5.00 = 3.00 |
3 |
5.00 |
5.00 |
5.00 – 5.00 = 0 |
4 |
3.00 |
5.00 |
- |
Jumlah lebihan
pengguna (RM) |
8.00 |
Pada kuantiti 1 unit, harga yang sanggup dibayar ialah RM 10.00 manakala harga sebenar di pasaran ialah RM 5.00. Maka, lebihan pengguna adalah RM 5.00.
Pada kuantiti 2 unit, harga yang sanggup dibayar ialah RM 8.00 manakala harga sebenar di pasaran ialah RM 5.00. Maka, lebihan pengguna adalah RM 3.00.
Jumlah lebihan pengguna dihitung dengan menjumlahkan lebihan pengguna pada setiap kuantiti baru iaitu RM 8.00.
(b) Dengan bantuan rajah keseimbangan minyak kelapa sawit, terangkan kesan perkembangan teknologi dalam pengeluaran minyak kelapa sawit terhadap lebihan pengguna. [4 markah]
Keseimbangan asal di titik E, apabila permintaan D0D0 bersilang dengan penawaran S0S0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.
Perkembangan teknologi dalam pengeluaran minyak kelapa sawit meningkatkan produktiviti.
Maka, penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1.
Lebihan pengguna naik dari P0P2E0 kepada P1P2E1.
Maka, perkembangan teknologi dalam pengeluaran minyak kelapa sawit telah meningkatkan lebihan pengguna sebesar P1P0E0E1.
Keseimbangan baru di E1 apabila D0D0 bersilang dengan S1S1 pada harga P1 dan kuantiti Q1.
SOALAN 3:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan silang? [2 markah]
Maksud keanjalan silang merujuk kepada peratus perubahan kuantiti permintaan suatu barang akibat daripada peratus perubahan tingkat harga barang lain.
(b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana sesuatu barang itu dikelaskan sebagai barang pengganti atau barang penggenap. [8 markah]
Harga barang X (RM) |
Kuantiti diminta
(unit) |
|
Barang A |
Barang B |
|
5.00 |
200 |
160 |
6.00 |
260 |
80 |
Andaikan harga barang X naik dari RM 5.00 ke RM 6.00.
Tentukan hubungan barang X dengan barang A:
Ec = Peratus perubahan kuantiti diminta barang A / Peratus perubahan harga barang X
Ec = (Q1 - Q0) / Q0 x P0 / (P1 - P0)
Ec = (260 - 200) / 200 x 5 / (6 - 5)
Ec = 1.5
Maka, barang X dan barang A adalah barang pengganti kerana nilai Ecnya positif.
Tentukan hubungan barang X dengan barang B:
Ec = Peratus perubahan kuantiti diminta barang B / Peratus perubahan harga barang X
Ec = (Q1 - Q0) / Q0 x P0 / (P1 - P0)
Ec = (80 - 160) / 160 x 5 / (6 - 5)
Ec = -2.5
Maka, barang X dan barang B adalah barang penggenap kerana nilai Ecnya negatif.
SOALAN 4:
Dengan menggunakan gambar rajah,
(a) Terangkan hukum pulangan sut berkurang. [3 markah]
Hukum pulangan sut berkurang:
Hukum pulangan sut berkurang adalah suatu keadaan apabila keluaran bertambah dengan kadar yang berkurang.
Hukum pulangan sut berkurang berlaku samasa keluaran fizikal sut (MP) menurun tetapi masih positif, iaitu semasa penggunaan buruh QL0 ke QL1.
(b) Jelaskan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran sut dengan keluaran purata. [7 markah]
Hubungan antara TP dengan MP:
Apabila TP meningkat, MP positif.
Apabila TP maksimum, MP sifar.
Apabila TP menurun, MP negatif.
Hubungan antara AP dengan MP:
Apabila AP meningkat, AP lebih kecil daripada MP.
Apabila AP maksimum, AP sama dengan MP.
Apabila AP menurun, AP lebih besar daripada MP.
SOALAN 5:
(a) Apakah maksud pasaran persaingan sempurna. [2 markah]
Maksud pasaran persaingan sempurna merujuk kepada pasaran dengan banyak firma menjual barangan yang homogen.
(b) Terangkan empat perbezaan ciri-ciri pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli. [8 markah]
Perbezaan ciri-ciri pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli:
(i) Bilangan firma.
Pasaran persaingan sempurna terdiri daripada ramai penjual dan pembeli manakala pasaran monopoli terdiri daripada satu firma tunggal.
(ii) Jenis barang.
Barang yang ditawarkan dalam pasaran persaingan sempurna adalah homogen iaitu pengganti sempurna manakala barang yang ditawarkan dalam pasaran monopoli tidak mempunyai pengganti hampir.
(iii) Kebebasan keluar masuk firma dalam pasaran.
Firma dalam pasaran persaingan sempurna bebas masuk dan keluar dari pasaran manakala firma dalam pasaran monopoli tidak bebas masuk dan keluar dari pasaran.
(iv) Kuasa menentukan harga.
Firma dalam pasaran persaingan sempurna tidak mempunyai kuasa menentukan harga manakala firma dalam pasaran monopoli mempunyai kuasa menentukan harga.
SOALAN 6:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan upah wang dan upah benar? [2 markah]
Upah wang merujuk kepada bayaran yang diterima oleh buruh dalam bentuk wang.
Upah benar merujuk kepada kuasa beli upah wang, iaitu kuantiti barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan menggunakan upah wang.
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan dua cara kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah. [8 markah]
Cara kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah:
i._ Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh (MRRL).
Keseimbangan asal dicapai di titik E0, apabila permintaan D0D0 bersilang dengan penawaran S0S0 pada upah 0W0 dan buruh QL0.
Daya pengeluaran sut buruh meningkat melalui program latihan yang dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran buruh.
Apabila MRRL meningkat, keluk DD akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1.
Kesannya, kadar upah naik dari W0 ke W1 dan kuantiti buruh naik dari QL0 ke QL1.
ii._ Mengurangkan penawaran buruh.
Keseimbangan asal dicapai di titik E0, apabila permintaan D0D0 bersilang dengan penawaran S0S0 pada upah 0W0 dan buruh QL0.
Apabila penawaran buruh dihadkan, keluk SS beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.
Kesannya, tingkat upah naik dari W0 ke W1 dan kuantiti buruh turun dari QL0 ke QL1.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Persamaan permintaan dan penawaran sesuatu barang di pasarann adalah seperti yang berikut:
P = 100 - 2Q
P = 20 + 2Q
Dengan P = Harga (RM/kg) dan Q = Kuantiti (kg).
a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan penawaran serta nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan. [3 markah]
Qd = Qs
100 - 2Q = 20 + 2Q
-2Q - 2Q = 20 - 100
-4Q = -80
Q0 = 20kg
P = 100 - 2Q
P = 100 - 2 (20)
P = 100 - 40
P0 = RM 60.00
b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 4.00/kg ke atas pengeluaran barang tersebut:
i) lukis keluk penawaran selepas cukai pada rajah di (a). [2 markah]
ii) hitung peratus beban cukai yang ditanggung oleh pengguna di pasaran. [2 markah]
Beban cukai pengguna seunit = P1 - P0
Beban cukai pengguna seunit = RM 62.00 - RM 60.00
Beban cukai pengguna seunit = RM 2.00
Peratus beban cukai pengguna = 2 / 4 x 100%
Peratus beban cukai pengguna = 50%
iii) berapakah jumlah cukai yang dipungut oleh kerajaan. [1 markah]
Jumlah cukai yang dipungut oleh kerajaan = Cukai x Q1
Jumlah cukai yang dipungut oleh kerajaan = RM 4.00 x 19kg
Jumlah cukai yang dipungut oleh kerajaan = RM 76.00
c) Hitung keanjalan permintaan harga di atas kesan pengenaan cukai oleh kerajaan. [2 markah]
Keanjalan permintaan (Ed) = (Q1 - Q0) / Q0 x P0 / (P1 - P0)
Keanjalan permintaan (Ed) = (19 - 20) / 20 x 60 / (62 - 60)
Keanjalan permintaan (Ed) = -1.5
SOALAN 2:
Setelah tamat belajar, Nabila ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan tahunan sebanyak RM 24,000.00 setahun. Namun begitu, dia menolak tawaran tersebut dan membuka perniagaan sendiri dengan berbekalkan modal sebanyak RM 200,000.00 daripada simpanan bank yang dibayar faedah pada kadar bunga 5% setahun. Dia tidak perlu menyewa premis perniagaan kerana mempunyai premis sendiri yang sebelum ini disewakan dengan nilai RM 18,000.00 setahun.
Berikut ialah jumlah hasil dan kos-kos lain yang ditanggung dalam tempoh setahun:
Jumlah hasil = RM 150,000.00
Upah buruh = RM 36,000.00
Kos bahan mentah = RM 50,000.00
Berdasarkan kenyataan ini, hitung
(a) kos lepas menukar kerjaya sebagai pengusaha. [2 markah]
Kos lepas menukar kerjaya sebagai pengusaha = RM 24,000.00
(b) jumlah kos implisit. [2 markah]
Jumlah kos implisit = RM 24,000.00 + (200,000 x 5%) + RM 18,000.00
Jumlah kos implisit = RM 24,000.00 + RM 10,000 + RM 18,000.00
Jumlah kos implisit = RM 52,000.00
(c) jumlah kos eksplisit. [2 markah]
Jumlah kos eksplisit = RM 36,000.00 + RM 50,000.00
Jumlah kos eksplisit = RM 86,000.00
(d) untung perakaunan. [2 markah]
Untung perakaunan = Jumlah hasil - Jumlah kos eksplisit
Untung perakaunan = RM 150,000.00 - RM 86,000.00
Untung perakaunan = RM 64,000.00
(e) untung ekonomi. [2 markah]
Untung ekonomi = Jumlah hasil - (Jumlah kos eksplisit + Jumlah kos implisit)
Untung ekonomi = RM 150,000.00 - (RM 86,000.00 + RM 52,000.00)
Untung ekonomi = RM 150,000.00 - RM 138,000.00
Untung ekonomi = RM 12,000.00
SOALAN 3:
Gambar rajah di bawah menunjukkan struktur kos bagi firma dalam pasaran persaingan sempurna.
(a) Pada tingkat output keseimbangan, hitung
(i) jumlah hasil. [1 markah]
Jumlah hasil = AR x Q
Jumlah hasil = RM 30.00 x 110 unit
Jumlah hasil = RM 3,300.00
(ii) jumlah kos. [1 markah]
Jumlah kos = AC x Q
Jumlah kos = RM 20.00 x 110 unit
Jumlah kos = RM 2,200.00
(iii) jumlah kos tetap. [2 markah]
Jumlah kos tetap = Jumlah kos - Jumlah kos berubah
Jumlah kos tetap = RM 2,200.00 - (AVC x Q)
Jumlah kos tetap = RM 2,200.00 - (RM 15.00 x 110 unit)
Jumlah kos tetap = RM 2,200.00 - RM 1,650.00
Jumlah kos tetap = RM 550.00
(iv) jumlah untung. [2 markah]
Jumlah untung = TR - TC
Jumlah untung = RM 3,300.00 - RM 2,200.00
Jumlah untung = RM 1,100.00
(b) Hitung sewa kuasi yang dibayar kepada faktor pengeluaran. [2 markah]
Sewa kuasi = Jumlah hasil - Jumlah kos berubah
Sewa kuasi = RM 3,300.00 - RM 1,650.00
Sewa kuasi = RM 1,650.00
(c) Berdasarkan jawapan anda di (a) dan di (b), terangkan hubungan antara sewa kuasi dengan kos tetap. [2 markah]
Apabila firma mendapat untung lebih normal, sewa kuasi melebihi kos tetap.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!