EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 11
大家好吖,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:
(a) 20 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
还有,Latihan 的题目数量是根据得到的数据而定哦!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan
A. masyarakat terpaksa membuat pilihan dan menghadapi kos lepas.
B. masyarakat mempunyai keupayaan membeli yang semakin tinggi.
C. masyarakat mengalami masalah kekurangan barang dan perkhidmatan.
D. masyarakat dapat memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang.
SOALAN 2:
Manakah yang berikut tidak dapat diterangkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran
A. Konsep kos lepas.
B. Konsep perubahan harga barang.
C. Konsep kecekapan pengeluaran.
D. Konsep pembaziran sumber yang ada.
SOALAN 3:
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, masalah asas ekonomi "bagaimana barang hendak dikeluarkan" ditentukan oleh
A. jumlah pendapatan masyarakat.
B. jumlah barang yang ada di pasaran.
C. gelagat perbelanjaan masyarakat.
D. pengeluaran barang berdasarkan intensif buruh.
SOALAN 4:
Gambar rajah di bawah menunjukkan SS ialah keluk penawaran bagi suatu barang.
Yang manakah akan menyebabkan peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1.
A. penemuan input baru.
B. harga petrol meningkat.
C. kenaikan harga barang tersebut.
D. cita rasa pengguna terhadap barang tersebut meningkat.
SOALAN 5:
Apabila berlakunya kejatuhan penawaran ikan lebih besar daripada kenaikan permintaan ikan pada masa yang sama maka
A. harga dan kuantiti ikan keseimbangan turun.
B. harga dan kuantiti ikan keseimbangan naik.
C. harga keseimbangan ikan naik dan kuantiti ikan keseimbangan turun.
D. harga keseimbangan ikan turun dan kuantiti ikan keseimbangan naik.
SOALAN 6:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dan jumlah hasil yang diterima oleh seorang pengeluar terhadap barang X.
Jumlah hasil (RM) |
|
2.00 |
30.00 |
3.00 |
60.00 |
4.00 |
100.00 |
5.00 |
150.00 |
Fungsi penawaran firma ini ialah
A. Qs = -5 - 5P
B. Qs = 5 - 5P
C. Qs = 5 + 5P
D. Qs = -5 + 5P
SOALAN 7:
Yang manakah menyebabkan kesan peningkatan harga rumah?
A. Keluk permintaan rumah beralih ke kiri.
B. Keluk penawaran rumah beralih ke kanan.
C. Keluk permintaan simen beralih ke kiri.
D. Keluk penawaran simen beralih ke kanan.
SOALAN 8:
Apabila harga teh naik daripada RM 5.00 kepada RM 6.00, kuantiti penawaran teh akan meningkat sebanyak 10%, manakala permintaan terhadap kopi pula jatuh 20%.
Keanjalan permintaan silang kopi dan teh ialah
A. -0.6
B. -0.8
C. -1.0
D. -1.2
SOALAN 9:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga barang Q dengan kuantiti diminta barang R.
Harga barang Q (RM) |
Kuantiti diminta
barang R (unit) |
5.00 |
500 |
8.00 |
1,000 |
Jika harga barang Q jatuh maka barang R bersifat
A. anjal dan pengganti kepada barang X.
B. anjal dan penggenap kepada barang X.
C. tak anjal dan pengganti kepada barang X.
D. tak anjal dan penggenap kepada barang X.
SOALAN 10:
Jumlah hasil jualan akan bertambah apabila
A. harga dinaikkan pada tahap permintaan anjal.
B. harga diturunkan pada tahap permintaan anjal.
C. harga dinaikkan pada tahap permintaan anjal satu.
D. harga diturunkan pada tahap permintaan tak anjal sempurna.
SOALAN 11:
Faedah ekonomi bidangan dalaman dalam suatu proses pengeluaran mungkin disebabkan oleh
A. ekonomi integrasi.
B. strategi pemasaran yang berkesan.
C. sistem pengangkutan yang efisien.
D. pemusatan firma-firma di kawasan perindustrian.
SOALAN 12:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan DD dan keluk penawaran SS bagi suatu barang.
Jika kerajaan menarik balik subsidi yang diberikan, maka lebihan pengguna
A. bertambah sebanyak P0E0E1P1.
B. bertambah sebanyak P0E0AP1.
C. berkurang sebanyak E0E1P1P0.
D. berkurang sebanyak DP1E1.
SOALAN 13:
Data-data di bawah menunjukkan kos-kos sebuah firma.
Jumlah kos berubah |
= |
RM 7,200.00 |
Kos tetap purata |
= |
RM 20.00 |
Kos purata |
= |
RM 100.00 |
Hitung output firma tersebut
A. 60 unit.
B. 75 unit.
C. 90 unit.
D. 120 unit.
SOALAN 14:
Jika firma sedang mengeluarkan pada tingkat output kos sut sama dengan hasil sut, firma tersebut patut
A. keluar dari industri tersebut.
B. meningkatkan output supaya hasil sut adalah kurang daripada kos sut.
C. mengurangkan output supaya hasil sut melebihi kos sut dan untung firma naik.
D. menetapkan keluaran pada tingkat output ini kerana untungnya maksimum.
SOALAN 15:
Berdasarkan kepada rajah di bawah, keluk MC, AC, dan AVC masing-masing adalah keluk kos sut, keluk kos purata, dan keluk kos berubah purata bagi sebuah firma persaingan sempurna.
Hitungkan jumlah untung yang diperolehi firma
A. RM 731.00
B. RM 903.00
C. RM 1,122.00
D. RM 1,634.00
SOALAN 16:
Firma bermonopoli berbeza dengan firma monopoli dari segi
A. dalam jangka panjang firma bermonopoli mendapat untung normal, manakala firma monopoli mendapat untung lebih normal.
B. keluaran firma bermonopoli merupakan tiada pengganti, manakala keluaran firma monopoli mempunyai pengganti yang sempurna.
C. firma bermonopoli mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan harga, manakala firma monopoli tidak kuasa menentukan harga.
D. keluk permintaan firma bermonopoli berbentuk tidak anjal sempurna, manakala keluk permintaan firma monopoli berbentuk anjal.
SOALAN 17:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk LMC, keluk LAC, keluk MR, dan keluk AR firma monopoli.
Hitung jumlah kos tetap firma
A. RM 60.00
B. RM 76.00
C. RM 105.00
D. RM 133.00
SOALAN 18:
Jadual di bawah menunjukkan kos berubah purata bagi sebuah firma di dalam pasaran persaingan sempurna.
Kuantiti keluaran
(unit) |
Jumlah kos (RM) |
0 |
10.00 |
1 |
50.00 |
2 |
58.00 |
3 |
64.00 |
4 |
82.00 |
5 |
110.00 |
6 |
148.00 |
Jika hasil purata firma ini ialah RM 18.00, berapakah kuantiti output keseimbangan?
A. 3 unit.
B. 4 unit.
C. 5 unit.
D. 6 unit.
SOALAN 19:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran hasil purata (ARP) dan keluk keluaran hasil sut (MRP) bagi sebuah firma.
Keluk permintaan faktor ditunjukkan oleh
A. RT.
B. SR.
C. RV.
D. PR.
SOALAN 20:
Berdasarkan kepada rajah di bawah, keluk MC, AC, dan AVC masing-masing adalah keluk kos sut, kos purata, dan keluk kos berubah purata bagi sebuah firma.
Hitung jumlah sewa kuasi firma
A. RM 224.00
B. RM 360.00
C. RM 630.00
D. RM 1,125.00
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
a) Bagaimanakah pengguna memilih penggunaan sesuatu barang untuk memaksimumkan kepuasan. Apakah kesannya terhadap penghasilan barang tersebut dalam ekonomi. [4 markah]
Sekiranya barang X lebih memberikan kepuasan berbanding dengan barang Y, maka pengguna akan memilih lebih banyak barang X berbanding barang Y.
Pilihan tersebut menyebabkan lebih banyak barang X dikeluarkan, pengeluaran barang Y dikurangkan.
b) Huraikan dengan ringkas bagaimanakah masalah kekurangan yang dihadapi oleh pengguna dan pengeluar dikaitkan dengan masalah pilihan dan kos lepas. [6 markah]
(i) Masalah kekurangan.
Pengeluar: Kekurangan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan akibat dari faktor-faktor pengeluaran yang terbatas.
Pengguna: Kekurangan dari segi pendapatan untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas.
(ii) Pilihan.
Pengeluar: Pilihan kepada pengeluaran barang yang memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.
Pengguna: Pilihan kepada penggunaan barang dan perkhidmatan yang memaksimumkan kepuasan.
(iii) Kos lepas.
Kos lepas merujuk kepada pilihan kedua terbaik yang harus dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik.
Pengeluar: Kos lepas mengeluarkan barang X adalah barang Y.
Pengguna: Kos lepas menggunakan barang X adalah penggunaan barang Y.
SOALAN 2:
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan sesuatu barang sekiranya,
a) berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara. [5 markah]
Kemelesetan menyebabkan pendapatan atau kuasa beli merosot.
Keluk permintaan beralih ke kiri dari D0 ke D1.
Pada harga yang sama adalah P0.
Kuantiti berkurang dari Q0 ke Q1.
b) cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut. [5 markah]
Apabila cukai import berkurang, harga jatuh dari P0 ke P1.
Kuantiti diminta meningkat dari Q0 ke Q1.
Pergerakan pada keluk permintaan (DD) yang sama.
Ini berlaku pengembangan permintaan.
SOALAN 3:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan
i. ekonomi bidangan luaran. [1 markah]
Ekonomi bidangan luaran merujuk kepada faedah-faedah yang dinikmati oleh firma yang mengeluarkan output secara besar-besaran disebabkan oleh faktor-faktor luar firma atau perkembangan industri secara keseluruhannya yang menyebabkan kos purata jangka panjang menurun.
ii. tak ekonomi bidangan luaran. [1 markah]
Tak ekonomi bidangan luaran merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh firma yang mengeluarkan output secara besar-besaran disebabkan oleh faktor-faktor luar firma atau perkembangan industri secara keseluruhannya yang menyebabkan kos purata jangka panjang meningkat.
b) Jelaskan faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan luaran. [8 markah]
Empat faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan luaran:
i. Kemudahan infrastruktur.
Kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik yang disediakan oleh kerajaan. Kos pengeluaran dapat dijimatkan menyebabkan kos purata jangka panjang berkurang.
ii. Bekalan tenaga buruh.
Tenaga buruh mahir atau buruh kurang mahir senang diperolehi. Kos latihan dapat dijimatkan menyebabkan kos purata jangka panjang berkurang.
iii. Ekonomi teknologi maklumat.
Kerjasama antara firma dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), hasil R&D dapat disebarkan melalui media atau teknologi maklumat.
iv. Ekonomi integrasi.
Ekonomi integrasi membolehkan firma bekerjasama dengan firma-firma lain di dalam industri dalam bentuk integrasi mendatar, menegak, atau melebar.
SOALAN 4:
Dengan bantuan gambar rajah, terangkan perbezaan antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan sempurna pada tingkat keseimbangan dari segi: [2 markah]
i) harga. [2 markah]
Harga pasaran monopoli lebih tinggi daripada harga pasaran persaingan sempurna (Pm > Pps).
ii) kuantiti. [2 markah]
Kuantiti pasaran monopoli sedikit berbanding kuantiti pasaran persaingan sempurna (Qm > Qps).
iii) keuntungan. [2 markah]
Pasaran monopoli mendapat untung lebih normal manakala firma pasaran persaingan sempurna mendapat untung normal.
DCBPps kawasan untung pasaran monopoli mendapat untung lebih normal.
Keluk TR sama dengan keluk TC iaitu untung normal sahaja.
iv) kecekapan peruntukan. [2 markah]
Pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana harga monopoli lebih daripada kos sut (Pm > R).
Pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan peruntukan kerana harga PPs sama dengan kos sut (Pps = Pps).
SOALAN 5:
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana firma monopoli menentukan tingkat output dan harga keseimbangan berdasarkan pendekatan kos sut dan hasil sut. [10 markah]
Keseimbangan asal di E apabila keluk MC bersilang dengan keluk MR pada harga keseimbangan Pe dan kuantiti keseimbangan Qe.
Sebelum output keseimbangan Qe, keluk MC kurang daripada keluk MR (MC < MR).
Firma menambahkan output kerana tambahan hasil melebihi tambahan kos.
Sehingga mencapai keseimbangan Qe, keluk MC sama dengan keluk MR (MC = MR).
Selepas output keseimbangan Qe, keluk MC lebih daripada keluk MR (MC > MR).
Firma mengurangkan output kerana tambahan kos melebihi tambahan hasil.
Sehingga mencapai keseimbangan keluk MC sama dengan keluk MR (MC = MR).
SOALAN 6:
a) Huraikan dua tujuan penubuhan kesatuan sekerja. [4 markah]
Dua tujuan penubuhan kesatuan sekerja:
(i) Menuntut upah yang lebih tinggi.
Melalui rundingan atau melalui peningkatan daya keluaran sut.
(ii) Menuntut faedah sampingan.
Majikan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan dan perumahan.
b) Terangkan tiga cara kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah yang tinggi untuk ahlinya. [6 markah]
Tiga cara kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah yang tinggi untuk ahlinya:
i._ Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh.
Apabila MRP meningkat, untung meningkat, dan permintaan meningkat jadi upah meningkat.
ii._ Menghadkan penawaran buruh.
Melalui kuota keahlian, ahli sahaja dibenarkan bekerja dalam industri atau mengurangkan masa kerja, penawaran buruh berkurang, dan upah yang dibayar tinggi.
iii._ Menuntut tingkat upah minimum.
Upah yang lebih tinggi daripada upah pasaran, kuantiti buruh diguna berkurang, dan upah meningkat.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Persamaan permintaan dan penawaran sesuatu barang di pasaran adalah seperti yang berikut:
P = 100 - 2Q
P = 20 + 2Q
Dengan P = Harga (RM / kg) dan Q = Kuantiti (kg).
a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan penawaran serta nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan. [3 markah]
Tiada jawapan.
b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 4.00/kg ke atas pengeluaran barang tersebut:
i) lukis keluk penawaran selepas cukai pada rajah di (a). [2 markah]
Tiada jawapan.
ii) hitung peratus beban cukai yang ditanggung oleh pengguna di pasaran. [2 markah]
Peratus beban cukai yang ditanggung oleh pengguna = 2 / 4 x 100
Peratus beban cukai yang ditanggung oleh pengguna = 50%
iii) berapakah jumlah cukai yang dipungut oleh kerajaan? [1 markah]
Jumlah cukai yang dipungut oleh kerajaan = RM 76.00
c) Hitung keanjalan permintaan harga di atas kesan pengenaan cukai oleh kerajaan. [2 markah]
Keanjalan permintaan harga (Ed) = (19 - 20) / 20 x 60 / (62 - 60)
Keanjalan permintaan harga (Ed) = -1.5
SOALAN 2:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi pasaran A (SA) dan di pasaran B (SB) bagi barang X.
a) Hitung keanjalan penawaran barang X jika harga di kedua-dua pasaran meningkat daripada RM 8.00 kepada RM 10.00. [4 markah]
Pasaran A:
Keanjalan penawaran barang X = (120 - 100) / 100 x 8 / (10 - 8)
Keanjalan penawaran barang X = 0.8
Pasaran B:
Keanjalan penawaran barang X = (150 - 100) / 100 x 8 / (10 - 8)
Keanjalan penawaran barang X = 2
b) Hitung
i) perubahan jumlah hasil di pasaran A. [2 markah]
Perubahan jumlah hasil di pasaran A = RM 1,200.00 - RM 800.00
Perubahan jumlah hasil di pasaran A = RM 400.00
ii) perubahan jumlah hasil di pasaran B. [2 markah]
Perubahan jumlah hasil di pasaran B = RM 1,500.00 - RM 800.00
Perubahan jumlah hasil di pasaran B = RM 700.00
c) Berdasarkan jawapan anda di (a) dan (b), jelaskan hubungan antara keanjalan penawaran dengan jumlah hasil firma. [2 markah]
Hubungan antara keanjalan penawaran dengan jumlah hasil firma:
Semakin anjal keanjalan penawaran semakin banyak jumlah hasil yang diterima pengeluar jika harga meningkat.
atau
Semakin tak anjal keluk penawaran semakin kecil jumlah hasil yang diterima pengeluar jika harga meningkat.
SOALAN 3:
Jadual di bawah menunjukkan maklumat bagi sebuah firma pasaran bermonopoli pada tingkat keseimbangan dalam jangka pendek.
Kuantiti
keseimbangan |
1,000 unit |
Harga seunit |
RM 3.00 |
Kos berubah purata |
RM 2.50 |
Kos tetap purata |
RM 2.00 |
Kos sut |
RM 1.50 |
a) Hitung hasil sut firma pada tingkat keseimbangan. [2 markah]
Hasil sut = RM 1.50
* Kos sut (MC) sama dengan hasil sut (MR).
b) Hitung jumlah hasil yang diterima dan jumlah kos yang ditanggung oleh firma. [4 markah]
Jumlah hasil (TR) yang diterima = RM 3.00 x 1,000 unit
Jumlah hasil (TR) yang diterima = RM 3,000.00
Jumlah kos yang ditanggung = RM 4.50 x 1,000 unit
Jumlah kos yang ditanggung = RM 4,500.00
c) Hitung jumlah keuntungan atau kerugian firma pada tingkat keseimbangan. [2 markah]
Untung atau Rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos
Untung atau Rugi = RM 3,000.00 - RM 4,500.00
Rugi = RM -1,500.00
d) Berdasarkan jawapan anda di (c), apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh firma dan berikan alasan. [2 markah]
Tindakan yang perlu dilakukan oleh firma adalah meneruskan operasi firma kerana jumlah hasil lebih besar dari jumlah kos berubah.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!