EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 12


大家好吖,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:

(a) 20 题的 Soalan Objektif

(b) 6 题的 Soalan Esei

(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif

Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!

还有,Latihan 的题目数量是根据得到的数据而定哦!

请看:

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1:

Masalah asas ekonomi yang berkait rapat dengan corak agihan pendapatan masyarakat ialah 

A. berapa hendak dikeluarkan.

B. bagaimana hendak dikeluarkan.

C. untuk siapa hendak dikeluarkan.

D. apakah barang yang hendak dikeluarkan.

SOALAN 2:

Kecekapan pengeluaran yang maksimum dicapai oleh sebuah ekonomi apabila ekonomi tersebut

A. berupaya mengeluarkan semua barang.

B. tidak berupaya mengeluarkan semua barang.

C. berupaya menambahkan kuantiti suatu barang tanpa mengurangkan kuantiti barang lain.

D. tidak berupaya menambahkan kuantiti suatu barang tanpa mengurangkan kuantiti barang lain.

SOALAN 3:

Berikut adalah ciri-ciri sistem ekonomi campuran kecuali

A. pengguna boleh membuat pilihan barang awam.

B. pengeluar bebas mengeluarkan barang ekonomi.

C. kerajaan menentukan cukai dan subsidi dalam ekonomi.

D. wujud dasar harga maksimum dan dasar harga minimum dalam ekonomi.

SOALAN 4:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi komputer.

Yang manakah akan menyebabkan keluk D0D0 beralih ke D1D1?

A. Harga komputer di pasaran berkurang.

B. Bilangan pengeluar komputer berkurang.

C. Teknologi pengeluaran komputer meningkat.

D. Cita rasa pengguna terhadap komputer meningkat.

SOALAN 5:

Pengurangan kuantiti penawaran rumah di pasaran mungkin disebabkan oleh peningkatan

A. harga rumah.

B. subsidi rumah.

C. jumlah penduduk.

D. harga bahan binaan.

SOALAN 6:

Berikut adalah fungsi permintaan (Qd) dan fungsi penawaran (Qs) bagi suatu barang.

Qd = 120 - 10P

Qs = 60 + 10P

Dengan P ialah harga (RM) dan Q ialah kuantiti (unit).

Penetapan harga maksimum pada RM 2.50 per unit akan mewujudkan 

A. kurangan penawaran sebanyak 10 unit.

B. kurangan permintaan sebanyak 60 unit.

C. lebihan penawaran sebanyak 85 unit.

D. lebihan permintaan sebanyak 95 unit.

SOALAN 7:

Pertambahan permintaan suatu barang dengan kadar yang lebih besar daripada pertambahan penawaran akan menyebabkan

A. harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.

B. harga tidak berubah dan kuantiti keseimbangan meningkat.

C. harga keseimbangan menurun dan kuantiti keseimbangan meningkat.

D. harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun.

SOALAN 8:

Beban cukai lebih banyak ditanggung oleh pengguna berbanding pengeluar sekiranya

A. permintaan anjal.

B. permintaan tak anjal.

C. permintaan anjal uniti.

D. permintaan anjal sempurna.

SOALAN 9:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keadaan pasaran barang J.

Peralihan keluk penawaran dari SS ke S1S1, menyebabkan perubahan lebihan pengguna

A. berkurang sebanyak RM 10.00.

B. berkurang sebanyak RM 60.00.

C. bertambah sebanyak RM 15.00.

D. bertambah sebanyak RM 60.00.

SOALAN 10:

Permintaan terhadap barang K meningkat sebanyak 40% apabila pendapatan pengguna meningkat daripada RM 6,000.00 kepada RM 7,000.00. 

Jenis barang dan nilai keanjalan pendapatan ialah

 

Jenis barang K

Keanjalan permintaan pendapatan

A.

Barang biasa

0.42

B.

Barang mewah

2.40

C.

Barang bawahan

-0.42

D.

Barang tidak berkaitan

0.00

SOALAN 11:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan keluaran dengan jumlah kos bagi sebuah firma.

Keluaran (unit)

Jumlah kos (RM)

0

100.00

1

190.00

2

270.00

3

340.00

4

400.00

Berdasarkan jadual, berapakah kos tetap purata dan kos berubah purata pada keluaran ke-4?

 

Kos tetap purata (RM)

Kos berubah purata (RM)

A.

100.00

25.00

B.

25.00

25.00

C.

25.00

35.00

D.

25.00

75.00

SOALAN 12:

Firma dianggap beroperasi dalam tempoh jangka pendek apabila

A. menggunakan modal yang kecil.

B. beroperasi kurang dari setahun.

C. pengeluaran dibuat secara besar-besaran.

D. terdapat input tetap dalam pengeluarannya.

SOALAN 13:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Apakah yang menyebabkan keluk LAC bergerak ke LAC1?

A. Wujud peraturan yang berjaya mengawal pencemaran.

B. Berlaku penyelewengan dan kawalan pekerja yang longgar oleh pengurus.

C. Penggunaan mesin yang tak terkawal menyebabkan kos alat ganti meningkat.

D. Bilangan firma dalam industri terlalu banyak menyebabkan wujud kesesakan.

SOALAN 14:

Ciri persamaan antara firma pasaran persaingan sempurna dengan pasaran persaingan bermonopoli ialah kedua-dua firma

A. mengeluarkan barang yang sama.

B. memperoleh untung normal dalam jangka panjang.

C. menentukan jumlah pengeluaran dan harga yang sama.

D. mencapai keseimbangan pada titik minimum kos purata.

SOALAN 15:

Pernyataan yang manakah tidak benar tentang sebuah firma persaingan sempurna?

A. Kos sut tersebut sama dengan harga.

B. Keluk permintaan firma tersebut adalah anjal sempurna.

C. Firma tersebut perlu menurunkan harga untuk meningkatkan jualan.

D. Penawaran dalam pasaran tidak terjejas walaupun firma tersebut memberhentikan.

SOALAN 16:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), dan hasil purata (AR) sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

Jika keluk permintaan berubah dari D0 ke D1, maka keuntungan firma bertambah

A. RM 71.40

B. RM 84.60

C. RM 104.00

D. RM 156.00

SOALAN 17:

Untuk memperoleh kenaikan jumlah hasil, monopoli akan menaikkan harga barang pada ketika permintaannya

A. anjal.

B. anjal satu.

C. tidak anjal.

D. anjal sifar.

SOALAN 18:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos dan hasil sebuah firma monopoli.

Firma ini akan

A. mengeluarkan keluaran sebanyak Q1 unit.

B. mengeluarkan keluaran sebanyak Q1 unit dan memperoleh untung normal.

C. mengeluarkan keluaran sebanyak Q0 unit dan mengalami kerugian.

D. mengeluarkan keluaran sebanyak Q0 unit dan memperoleh untung maksimum.

SOALAN 19:

Jumlah keluaran yang diperolehi daripada tambahan penggunaan seunit buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran merupakan

A. keluaran hasil sut.

B. keluaran fizikal sut.

C. keluaran hasil purata.

D. keluaran fizikal purata.

SOALAN 20:

Kesatuan sekerja akan berjaya menuntut kenaikan upah dan membantu mengurangkan pengangguran dengan cara

A. menggunakan budi bicara.

B. menghadkan penggunaan buruh.

C. melaksanakan dasar upah minimum.

D. meningkatkan daya pengeluaran sut buruh.

SOALAN ESEI

SOALAN 1:

(a) Berikan definisi sistem ekonomi pasaran bebas. [1 markah]

Definisi sistem ekonomi pasaran bebas merujuk kepada satu sistem ekonomi di mana individu bebas membuat keputusan dan menjalankan aktiviti ekonomi tanpa campur tangan kerajaan. Contohnya, Amerika Syarikat.

(b) Semua negara mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas tetapi dengan darjah campur tangan kerajaan yang berbeza. Terangkan sebab campur tangan berikut:

(i) menyediakan barang awam. [3 markah]

Barang awam adalah barang yang dinikmati oleh semua golongan pengguna berdasarkan prinsip tiada pengecualian. Ini bermakna tiada sesiapa dikecualikan daripada menikmati sesutau barang.

Contohnya, perkhidmatan polis dan mahkamah undang-undang tidak disediakan oleh pihak swasta. Oleh itu, kerajaan menyediakan perkhidmatan awam tersebut untuk memaksimumkan kebajikan rakyat.

(ii) mengawal kuasa monopoli. [3 markah]

Firma monopoli adalah firma besar yang menjual barang pada harga yang tinggi, mengeluarkan tingkat output yang rendah dan menikmati keuntungan tinggi.

Campur tangan kerajaan diperlukan untuk mengawal tingkat harga dan menambah tingkat output supaya lebih ramai pengguna dapat menikmati barang. 

(iii) mencapai kestabilan ekonomi. [3 markah]

Apabila wujud ketidakstabilan harga (inflasi) atau ketidakstabilan guna tenaga (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk mengawal ketidakstabilan ekonomi.

Sebagai contoh, semasa kemelesetan ekonomi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan atau dasar fiskal mengembang untuk mengawal masalah pengangguran.

SOALAN 2:

(a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keseimbangan pasaran kereta tempatan kesan tindakan kerajaan menaikkan cukai import kereta yang kadarnya lebih besar berbanding pengurangan cukai ke atas pengeluar. [6 markah]

Keseimbangan asal kereta tempatan pada E0 apabila permintaan sama dengan penawaran pada harga P0 dan kuantiti Q0.

Apabila kerajaan menaikkan cukai import kereta, harga kereta import naik. 

Maka, pengguna meningkatkan permintaan terhadap kereta tempatan kerana kedua-duanya barang pengganti.

Jadi, keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1

Kerajaan juga mengurangkan cukai ke atas pengeluar kereta, maka kos pengeluaran berkurang, penawaran kereta tempatan meningkat. 

Keluk penawaran beralih dari S0S0 ke S1S1.

Peralihan keluk permintaan lebih besar daripada peralihan keluk penawaran.

Keseimbangan baru dicapai di E1

Kesannya, harga kereta tempatan meningkat dari P0 ke P1 dan kuantitinya juga meningkat dari Q0 ke Q1.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit akibat kenaikan harga minyak kacang soya. [4 markah]

Kuantiti penawaran asal minyak kelapa sawit adalah Q0.

Minyak kacang soya adalah barang pengganti kepada minyak kelapa sawit.

Jadi, apabila harga minyak kacang soya meningkat, maka pengeluar minyak kelapa sawit akan beralih mengeluarkan minyak kacang soya.

Ini menyebabkan penawaran minyak kelapa sawit berkurang dan keluk penawarannya beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.

Kesannya, kuantiti penawaran minyak kelapa sawit berkurang dari Q0 ke Q1.

SOALAN 3:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga? Dengan menggunakan contoh berangka, bagaimanakah keanjalan permintaan harga diukur? [4 markah]

Maksud keanjalan permintaan harga merujuk kepada mengukur peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada peratus perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus.

Contoh berangka:

Apabila harga barang A turun dari RM 15.00 ke RM 14.00, kuantiti diminta meningkat dari 50 unit ke 70 unit.

(b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga ke atas sesuatu barang. [6 markah]

Tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga ke atas sesuatu barang:

(i) Kewujudan barang pengganti.

Barang yang mempunyai banyak pengganti lebih anjal daripada barang yang mempunyai sedikit pengganti atau tiada pengganti.

Sebagai contoh, sayur kobis mempunyai banyak pengganti berbanding dengan garam, maka sayur kobis mempunyai permintaan yang anjal berbanding dengan garam yang mempunyai permintaan yang tidak anjal.

(ii) Nisbah perbelanjaan pengguna daripada pendapatan.

Jika perbelanjaan ke atas sesuatu barang melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar daripada pendapatan, maka barang itu adalah anjal.

Misalnya, kereta adalah lebih anjal berbanding dengan pen kerana nisbah perbelanjaan daripada pendapatan untuk kereta adalah lebih besar.

(iii) Kegunaan barang.

Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan, permintaan ke atasnya adalah lebih anjal berbanding dengan barang yang sedikit kegunaanya.

Tamsilnya, komputer adalah lebih anjal daripada mesin taip kerana mempunyai banyak kegunaan.

(iv) Jangka masa.

Semakin lama jangka masa, permintaan menjadi semakin anjal kerana pengguna mempunyai lebih banyak masa untuk mencari barang pengganti.

(v) Kepentingan barang.

Semakin penting sesuatu barang, semakin tidak anjal permintaan berbanding dengan barang yang kurang penting.

Contohnya, minyak masak mempunyai permintaan yang tidak anjal berbanding dengan lampu perhiasan. Apabila harga minyak masak naik dengan banyak, kuantiti diminta minyak masak hanya berkurang sedikit sahaja.

SOALAN 4:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perkara berikut mempengaruhi keluk kos purata jangka panjang firma:

a) Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana di kawasan perindustrian. [3 markah]

Langkah kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana di kawasan perindustrian seperti bekalan air dan elektrik serta sistem perhubungan yang baik mewujudkan ekonomi bidangan luaran yang menurunkan kos pengeluaran firma dalam jangka masa panjang.

Perubahan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC ke bawah dari LAC1 ke LAC2.

b) Kekurangan tenaga buruh. [3 markah]

Kekurangan tenaga buruh menjejaskan perkembangan industri secara keseluruhan. Persaingan antara firma untuk mengupah tenaga buruh antara firma akan menaikkan kos pengeluaran firma.

Ini menyebabkan tak ekonomi bidangan luaran yang ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC ke atas dari LAC2 ke LAC1.

c) Pengambilan pekerja yang terlatih dalam proses pengeluaran. [4 markah]

Pengambilan pekerja yang terlatih dalam proses pengeluaran meningkatkan produktiviti firma serta mengurangkan pembaziran. Firma menikmati faedah ekonomi bidangan dalaman yang membawa kepada penurunan kos purata.

Perubahan ini ditunjukkan oleh pergerakkan di sepanjang keluk LAC bahagian yang mencerun ke bawah, misalnya dari titik A ke titik B apabila output firma bertambah dari Q1 ke Q2.

SOALAN 5:

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna yang meneruskan operasi dalam jangka pendek walaupun mengalami kerugian. [10 markah]

Firma mencapai keseimbangan jangka pendek pada titik E di mana keluk MR bersilang dengan keluk MC (MR = MC) dan kuantiti keluaran adalah 0Q serta mengalami kerugian sebesar PP1AE.

Walaupun firma mengalami kerugian, firma harus meneruskan operasi kerana hasil firma dapat menutup semua kos berubah ialah 0P2BQ dan menutup sebahagian kos tetap iaitu P2PEB.

Jika firma menutup operasi jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh firma adalah lebih besar iaitu P2P1AB atau bersamaan dengan jumlah kos tetap.

Selain itu, firma juga dapat menjaga imej dan menjaga pelanggan setia mereka.

Kesimpulannya, firma harus meneruskan operasi untuk meminimumkan kerugian.

SOALAN 6:

(a) Dengan contoh berangka, terangkan dua perbezaan kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar. [4 markah]

Kadar bunga nominal merujuk kepada ganjaran kepada faktor modal yang diberi dipinjam manakala kadar bunga nominal merujuk kepada kadar bunga yang telah diselaraskan atau ditolak dengan kadar inflasi.

Sebagai contoh, Ali meminjam RM 10 ribu di bank dengan kadar bunga 10%.

Kadar bunga 10% dinamakan Kadar bunga nominal.

Jika kadar inflasi 4%, maka kadar bunga benar ialah 10% - 4% = 6%.

Rumus: 

Kadar bunga benar = Kadar bunga nominal – Kadar inflasi

(b) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, terangkan dua cara kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah untuk ahli-ahlinya. [6 markah]

Dua cara kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah untuk ahli-ahlinya:

i. Menghadkan penawaran buruh.

Kesatuan sekerja boleh mengadakan kuota keahlian atau mengurangkan penawaran masa bekerja dan melambatkan masa kerja.

Kesannya, keluk penawaran buruh SLSL akan berpindah ke kiri ke SL1SL1. Upah naik dari W ke W1 dan kuantiti buruh turun dari L ke L1.

ii. Menetapkan upah minimum.

Kesatuan sekerja yang mempunyai kuasa monopoli boleh menetapkan upah minimum kepada majikan iaitu upah yang lebih tinggi daripada pasaran.

Upah di pasaran pada W, apabila upah dinaikkan pada W1, menyebabkan berlaku pengangguran sebanyak L0L1.

iii. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh.

Kesatuan sekerja boleh meningkatkan daya pengeluaran buruh atau ahlinya dengan menghantar ahli mengikut kursus atau latihan bagi meningkatkan kemahiran.

Kesannya, daya pengeluaran naik dan keluk permintaan atau keluk MRP akan bergerak ke kanan ke DL1 dan upah akan naik ke W1 dan kuantiti buruh naik ke L1.

SOALAN KUANTITATIF

SOALAN 1:

Persamaan permintaan dan penawaran ikan adalah seperti yang berikut:

P = 20 - 2Q

P = 5 + 3Q

Dengan P = Harga (RM / kg) dan Q = Kuantiti ikan (000' kg).

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2 markah] 

Harga keseimbangan:

P = 20 - 2Q

P = 20 - 2 (3)

P = RM 14.00

Kuantiti keseimbangan: 

5Q = = 15

Q = 3,000 kg

(b) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM 2.00 sekilogram kepada pengeluar:

(i) berikan persamaan penawaran baharu. [1 markah]

P + 2 = 5 + 30

P = 3 + 3Q

(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2 markah]

Kuantiti keseimbangan:

20 - 2Q = 3 + 3Q

5Q = 17

Q = 3,400 kg

Harga keseimbangan:

P = 20 - 2Q

P = 20 - 2 (3.4)

P = RM 13.20 

(iii) hitung jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan. [1 markah]

Jumlah subsidi = RM 2.00 x 3,400 kg

Jumlah subsidi = RM 6,800.00

(iv) apakah kesan dasar tersebut terhadap pasaran ikan? [1 markah]

Kuantiti ikan di pasaran meningkat sebanyak 400 kg.

(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis penawaran ikan sebelum dan selepas subsidi diberikan. [3 markah]

Keluk penawaran ikan sebelum dan selepas subsidi:

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang X dan barang Y pada pelbagai tingkat harga barang X.

Harga barang X

(RM per unit)

Kuantiti diminta barang X

(unit)

Kuantiti diminta barang Y

(unit)

1.00

50

4

2.00

40

6

3.00

30

8

4.00

20

10

(a) Hitung jumlah perbelanjaan pengguna barang X pada setiap tingkat harga. [2 markah]

Harga barang X (RM per unit)

Jumlah perbelanjaan barang X (RM)

1.00

RM 1.00 x 50 = RM 50.00

2.00

RM 2.00 x 40 = RM 80.00

3.00

RM 3.00 x 30 = RM 90.00

4.00

RM 4.00 x 20 = RM 80.00

(b) Hitung nilai keanjalan permintaan harga barang X,

(i) apabila harga naik daripada RM 2.00 kepada RM 3.00. [2 markah]

Nilai keanjalan permintaan harga barang X apabila harga naik daripada RM 2.00 kepada RM 3.00:

Nilai keanjalan permintaan harga barang X = (30 - 40) / (3 - 2) x 2 / 40

Nilai keanjalan permintaan harga barang X = -0.5 atau 0.5

(ii) apabila harga turun daripada RM 4.00 kepada RM 3.00. [2 markah]

Nilai keanjalan permintaan harga barang X apabila harga turun daripada RM 4.00 kepada RM 3.00:

Nilai keanjalan permintaan harga barang X = (30 - 20) / (3 - 4) x 4 / 20

Nilai keanjalan permintaan harga barang X = -2 atau 2

(c)

(i) Hitung keanjalan silang barang Y apabila harga barang X naik daripada RM 3.00 kepada RM 4.00. [2 markah]

Keanjalan silang barang Y = (10 - 8) / (4 - 3) x 3 / 8

Keanjalan silang barang Y = 0.75

(ii) Berdasarkan jawapan (c)(i), jelaskan hubungan antara barang X dengan barang Y. [2 markah]

Hubungan antara barang X dengan barang Y:

Nilai keanjalan silang bernilai positif, maka hubungan antara barang X dengan barang Y adalah barang pengganti.

SOALAN 3:

Jadual di bawah menunjukkan tingkat keluaran dengan jumlah kos yang ditanggung oleh sebuah firma penerima harga.

Keluaran (unit)

Jumlah kos (RM)

0

30.00

1

40.00

2

45.00

3

51.00

4

59.00

5

70.00

6

84.00

7

104.00

8

125.00

(a) Hitung jumlah kos tetap purata yang ditanggung oleh firma pada keluaran ke-4 unit. [2 markah]

Jumlah kos tetap = RM 30.00 / 4 unit

Jumlah kos tetap = RM 7.50

(b) Hitung kos purata, kos sut, dan hasil sut firma pada setiap tingkat keluaran jika harga seunit keluaran ialah RM 20.00. [3 markah]

Keluaran (unit)

Jumlah kos (RM)

MC (RM)

TR (RM)

MR (RM)

0

30.00

-

0

-

1

40.00

10.00

20.00

20.00

2

45.00

5.00

40.00

20.00

3

51.00

6.00

60.00

20.00

4

59.00

8.00

80.00

20.00

5

70.00

11.00

100.00

20.00

6

84.00

14.00

120.00

20.00

7

104.00

20.00

140.00

20.00

8

125.00

23.00

160.00

20.00

(c) Hitung tingkat keluaran yang memaksimumkan untung firma. [2 markah]

Keluaran yang memaksimumkan untung adalah keluk MC sama dengan keluk MR, iaitu RM 20.00 (MC = MR = RM 20.00).

(d) Hitung jumlah keuntungan atau kerugian firma pada tingkat keseimbangan. [2 markah]

Untung atau Rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos 

Untung atau Rugi = RM (20.00 x 7 unit) - RM 104.00

Untung atau Rugi = RM 140.00 - RM 104.00

Untung = RM 36.00

(e) Berdasarkan jawapan (d), apakah kesan terhadap bilangan firma dalami pasaran? [1 markah]

Bilangan firma dalam pasaran meningkat.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1