PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 31
SOALAN 1:
Mengapakah Malaysia memerlukan penduduknya sendiri?
I. Memelihara kedaulatan negara.
II. Menjamin bekalan makanan rakyat.
III. Menggerak kekuatan ekonomi negara.
IV. Mengoptimum sumber kekayaan negara.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 2:
Ahmad seorang warganegara Singapura telah berkahwin dengan wanita tempatan di Malaysia selama lima tahun. Ahmad boleh terus tinggal di Malaysia dengan cara menjadi
A. warganegara secara percantuman wilayah.
B. warganegara secara pendaftaran.
C. warganegara secara naturalisasi.
D. pemastautin tetap.
SOALAN 3:
Yang manakah merupakan tugas-tugas Kabinet?
I. Menggubal dasar-dasar kerajaan.
II. Melaksanakan undang-undang negara.
III. Mengendalikan kes-kes kecemasan negara.
IV. Mentadbir Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 4:
Yang manakah syarat menjadi seorang Perdana Menteri?
I. Berumur 60 tahun ke atas.
II. Mestilah seorang ahli Dewan Negara.
III. Mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat.
IV. Mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 5:
Majlis Raja-Raja ditubuhkan untuk
I. mempertimbangkan perubahan sempadan antara negeri.
II. memberikan nasihat tentang pelantikan seorang Ketua Audit Negara.
III. mengemukakan idea-idea yang berkaitan dengan dasar-dasar negara.
IV. memberikan pengampunan terhadak kesalahan-kesalahan yang dirujuk kepadanya.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 6:
Bidang kuasa
pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berbeza mengikut
negeri masing-masing. |
Yang manakah benar tentang peranan pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?
A. Menyelaras pelaksanaan dasar-dasar negeri.
B. Memberikan idea-idea terhadap dasar-dasar negeri.
C. Menasihati ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam menjalankan tugas-tugas negeri.
D. Mempersetujui tindakan dan aktiviti yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
SOALAN 7:
Yang manakah dikategorikan sebagai perbuatan menghina mahkamah (contempt of court)?
A. Datang lambat ke sesi perbicaraan dengan alasan munasabah.
B. Meninggikan suara semasa sesi perbicaraan.
C. Mengkritik keputusan kes mahkamah.
D. Berdiam diri sewaktu sesi soal jawab.
SOALAN 8:
u Menguruskan semua harta Kerajaan Persekutuan. u Menguruskan istiadat dan protokol negara. |
Pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara di atas ialah
A. Jabatan Perdana Menteri.
B. Jabatan Perkhidmatan Awam.
C. Kementerian Kewangan Malaysia.
D. Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya.
SOALAN 9:
Yang manakah sumber kewangan Kerajaan Negeri Sarawak?
I. Duti setem.
II. Duti import kenderaan.
III. Royalti hasil eksport negeri.
IV. Cukai pendapatan penduduk Sarawak.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 10:
Yang manakah perkara yang diambil kira dalam proses persempadanan semula kawasan pilihan raya?
A. Luas kawasan.
B. Jumlah penduduk.
C. Polarisasi penduduk.
D. Pembangunan kawasan.
SOALAN 11:
Yang manakah syarat seorang calon yang kalah bertanding dalam pilihan raya layak memperoleh wang pertaruhannya semula?
A. Membuang undi di pusat yang ditetapkan.
B. Tidak didenda melebihi RM 2,000 oleh Mahkamah Tinggi.
C. Jumlah undi yang diperoleh melebihi 1/8 daripada jumlah keseluruhan.
D. Menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh tiga tahun.
SOALAN 12:
Yang manakah cabaran utama dalam usaha meningkatkan integriti perkhidmatan awam?
A. Rasuah.
B. Kurang motivasi.
C. Kemajuan teknologi.
D. Kelemahan sistem dan prosedur.
SOALAN 13:
Apakah impak utama pengawalan prinsip akauntabiliti dalam sektor awam?
A. Mengurangkan karenah birokrasi.
B. Mengelakkan pembaziran sumber awam.
C. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter.
D. Membendung masalah ketidakcekapan pegawai bertugas.
SOALAN 14:
Yang manakah merupakan sekatan-sekatan terhadap kebebasan asasi mengikut Perlembagaan Persekutuan?
I. Kerajaan berhak mengawal pergerakan rakyat ke sesebuah negeri.
II. Kerajaan berkuasa menahan rakyat yang berdemonstrasi secara aman tanpa kebenaran.
III. Kerajaan boleh mengenakan perintah berkurang dan mendakwa rakyat yang melanggar arahan.
IV. Kerajaan Persekutuan boleh menahan seseorang yang disyaki bersalah tanpa diberitahu sebab-sebab ditangkap.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 15:
Kewibawaan sesebuah negara dapat dikekalkan melalui
A. kekuatan parti politik.
B. modal insan yang ramai.
C. perpaduan rakyat yang kukuh.
D. dasar pembangunan ekonomi yang banyak.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!