PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 33
SOALAN 1:
Yang manakah kesan utama sekiranya sesebuah negara berdaulat tidak diiktiraf oleh negara lain?A. Ancaman keselamatan.
B. Berlaku masalah pencerobohan sempadan.
C. Kesukaran menjalinkan hubungan diplomatik.
D. Kesukaran menyelesaikan masalah dalaman negara.
SOALAN 2:
Yang manakah bidang kuasa Keselamatan Dalam Negeri di bawah senarai perundangan Persekutuan?
I. Pertahanan awam.
II. Sekatan kediaman.
III. Perkhidmatan risikan.
IV. Senjata api dan bahan letupan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 3:
ü James seorang warganegara Ireland. ü Boleh berbahasa Melayu. ü Telah bermastautin di Kuala Lumpur selama 10 tahun
hingga 12 tahun. |
James layak memohon menjadi warganegara Malaysia melalui
A. masukan.
B. pendaftaran.
C. percantuman wilayah.
D. kuat kuasa undang-undang.
SOALAN 4:
Yang manakah merupakan ciri-ciri sesebuah negara demokrasi?
I. Mengamalkan pilihan raya yang bebas.
II. Kuasa pemerintahan terletak di Parlimen.
III. Ketua negara ialah seorang Perdana Menteri.
IV. Rakyat mempunyai kebebasan dan jaminan hak.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 5:
Yang manakah langkahh penyelesaian sekiranya percanggahan berlaku antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang Negeri?
A. Mahkamah akan meminda undang-undang tersebut.
B. Keseluruhan undang-undang Negeri akan dibatalkan.
C. Perisytiharan tidak sah akan dibuat di Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu.
D. Undang-undang Persekutuan akan diguna pakai dan undang-undang Negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggah.
SOALAN 6:
Seorang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dipecat apabila
A. didakwa kerana mengambil rasuah.
B. berada di luar negara tanpa kebenaran.
C. menjadi ahli Majlis Kerajaan Tempatan.
D. memegang apa-apa jawatan berpendapatan.
SOALAN 7:
Yang manakah perkara yang boleh dipinda melalui majoriti mudah Majlis Parlimen?
A. Keistimewaan Parlimen.
B. Perubahan sempadan negeri.
C. Persempadanan kawasan pilihan raya.
D. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.
SOALAN 8:
Proses Y boleh dilakukan apabila
A. mendapati prosiding mahkamah tidak adil.
B. pesalah telah terlebih dahulu membayar saman.
C. pihak pendakwa tidak melakukan sebarang tuntutan.
D. percaya terdapat kesalahan fakta atau undang-undang.
SOALAN 9:
Yang manakah yang sesuai dengan padanan berikut?
|
Hasil Kerajaan
Persekutuan |
Hasil Kerajaan
Negeri |
I. |
Cukai jalan. |
Cukai tanah. |
II. |
Hasil lombong. |
Duti tokok. |
III. |
Baitulmal. |
Pendapatan daripada
petroleum. |
IV. |
Duit setem. |
Duit hiburan. |
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 10:
Tindakan tatatertib terhadap penjawat awam boleh diambil atas kesalahan
A. ingkar perintah majikan.
B. melakukan kerja lebih masa.
C. menjalankan tugasan lain di luar waktu bekerja.
D. sering menggunakan wang sendiri untuk tujuan agensinya.
SOALAN 11:
© Menentukan corak pentadbiran negara. © Memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan
cekap. |
Pernyataan di atas merujuk kepada beberapa fungsi
A. Kementerian Pertahanan.
B. Jabatan Perdana Menteri.
C. Kementerian Dalam Negeri.
D. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
SOALAN 12:
Yang manakah sumber kewangan Kerajaan Tempatan?A. Cukai tanah.
B. Cukai sampah.
C. Cukai perniagaan.
D. Cukai pendapatan.
SOALAN 13:
Yang manakah pernyataan yang benar tentang fungsi agensi di bawah?
|
Unit Perancang
Ekonomi |
Perbendaharaan |
A. |
Menyediakan
belanjawan projek pembangunan. |
Melaksanakan dasar
kewangan negara. |
B. |
Menggubal dasar kerjasama
awam dan swasta. |
Mengumpulkan hasil
cukai. |
C. |
Merancang keperluan
tenaga manusia. |
Menyelia industri
insurans. |
D. |
Melaksanakan
penyelidikan ekonomi. |
Menjadi urus setia
kepada Majlis Pembangunan Negara. |
SOALAN 14:
Yang manakah faktor yang boleh menjejaskan daya saing negara?
A. Teknologi yang rendah.
B. Duti import yang tinggi.
C. Kemasukan tenaga kerja asing.
D. Kurang kerjasama pihak swasta.
SOALAN 15:
Ciri-ciri badan berkanun ialah
I. pentadbiran bebas birokrasi.
II. bebas dalam belanjawan dan rancangan.
III. ditubuhkan di bawah akta atau enakmen negeri.
IV. bertujuan memperoleh keuntungan untuk kerajaan.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!