PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 30
SOALAN 1:
Yang manakah yang benar tentang ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?
I. Memiliki sempadan negara yang jelas.
II. Mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik.
III. Mempunyai ketua negara yang dilantik oleh rakyat.
IV. Membuat hubungan diplomatik dengan semua negara luar.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 2:
Yang manakah menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat?
I. Penduduk yang berbilang kaum.
II. Parti politik yang memimpin negara.
III. Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara.
IV. Mempercepatkan proses kemerdekaan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 3:
« Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah
menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. « Orang yang dilahirkan di Malaysia pada Julai 1982. |
Pernyataan di atas merujuk kepada perolehan kewarganegaraan melalui
A. Kuat kuasa undang-undang.
B. Naturalisasi.
C. Pendaftaran.
D. Penggabungan wilayah.
SOALAN 4:
Yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?
I. Badan yang sama menjalankan kuasa kerajaan.
II. Sesuatu pihak tidak boleh terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu bidang kuasa pemerintahan.
III. Pihak berkuasa yang lain tidak boleh mengganggu tindakan yang diambil oleh sesuatu komponen kerajaan.
IV. Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang dimiliki oleh pihak yang lain.
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 5:
Yang manakah persamaan kuasa antara Sultan dengan Yang di-Pertuan Agong?
I. Memperkenan pengisytiharan darurat.
II. Merupakan komponen badan perundangan.
III. Melaksanakan tugas sebagai ketua agama Islam.
IV. Memberi perkenan pelantikan Perdana Menteri dan Kabinetnya.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 6:
¥ Calon A mengesyaki pihak lawannya memberi rasuah kepada
pengundi. ¥ Calon A membuat pestiyen atas tindakan tersebut. |
Merujuk pernyataan di atas, pihak mana boleh menyelesaikan isu terlibat
A. Tribunal Pilihan Raya.
B. Suruhanjaya Pilihan Raya.
C. Mahkamah Tinggi Pilihan Raya.
D. Badan Pemerhati Pilihan Raya.
SOALAN 7:
Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
I. Integriti.
II. Prosedur.
III. Budi bicara.
IV. Akauntabiliti.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 8:
Yang manakah strategi yang digunakan bagi mewujudkan ketelusan dalam pentadbiran
I. Penetapan harta dalam perkhidmatan.
II. Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional.
III. Pengisytiharan harta oleh kakitangan awam.
IV. Penyiasatan terpilih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 9:
Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I. Perancangan bandar dan desa.
II. Pertanian dan perhutanan.
III. Kutipan zakat dan fitrah.
IV. Kesihatan awam.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 10:
6 Menjadi pemangkin perubahan yang berani dalam
penyampaian sektor awam dan swasta. 6 Menyokong kementerian dalam proses perancangan
penyeludupan. |
Tugas di atas dilaksanakan oleh
A. Unit Inovasi Khas (UNIK).
B. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
C. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
D. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
SOALAN 11:
Yang manakah komponen utama tadbir urus yang mantap?
I. Mengutamakan pelanggan.
II. Mengamalkan kejujuran.
III. Membangunkan modal insan.
IV. Mengulas dasar kerajaan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 12:
Yang manakah menunjukkan langkah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam?
I. Membangunkan budaya kerja berkualiti.
II. Mengurangkan kos operasi perkhidmatan awam.
III. Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama Organisasi.
IV. Memberi keutamaan yang menyeluruh kepada pelanggan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 13:
Yang manakah benar tentang tadbir urus terbaik?
A. Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara.
B. Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja.
C. Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa.
D. Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan daripada universiti.
SOALAN 14:
|
Pernyataan di atas merujuk kepada prinsip tadbir urus baik?
A. Keterbukaan.
B. Pengurusan risiko.
C. Kepatuhan dalaman dan luaran.
D. Transparensi perkongsian maklumt.
SOALAN 15:
Yang manakah pernyataan yang boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik?
A. Prosedur kerja yang kompleks.
B. Kepimpinan yang bersifat terbuka.
C. Penggunaan sumber yang maksimum.
D. Struktur organisasi diperkemas dari semasa ke semasa.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!