PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 34


这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah ciri-ciri kerajaan Malaysia?

I.      Kerajaan Kesatuan.

II.     Demokrasi terpilih.

III.    Kerajaan Persekutuan.

IV.    Raja Berperlembagaan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 2:

Yang manakah yang benar tentang hak asasi kewarganegaraan?

I.      Boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri.

II.     Berhak memohon habeas corpus apabila ditahan secara tidak sah.

III.    Boleh ditahan sebagai abdi bagi perkhidmatan kerahan tenaga (kerja paksa).

IV.    Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 3:

Keluruhan Perlembagaan negara bermaksud

A. Perlembagaan mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong.

B. undang-undang Persekutuan mestilah selaras dengan undang-undang Negeri.

C. mahkamah berkuasa meminda akta sekiranya bercanggah dengan Perlembagaan.

D. Perlembagaan memperuntukkan hak yang setara kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

SOALAN 4:

7 Jurucakap negara.

7 Ketua pentadbir utama negara.

Fungsi tugas di atas dijalankan oleh 

A. Menteri di Kementerian Luar Negeri.

B. Ketua Setiausaha Negara.

C. Yang di-Pertuan Agong.

D. Ketua Kerajaan.

SOALAN 5:

Fungsi Parlimen ialah

A. meluluskan dasar-dasar kerajaan.

B. menyemak semula bajet kerajaan.

C. meluluskan cadangan hasil cukai baharu.

D. menyelaras rancangan pembangunan kerajaan.

SOALAN 6:

I  Memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

I  Mempertimbangkan perubahan sempadan antara negeri.

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan 

A. Majlis Raja-Raja.

B. Yang di-Pertuan Agong.

C. Sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

D. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

SOALAN 7:

f Menggubal dasar fiskal kewangan negara.

f Mendapatkan pinjaman bagi pihak kerajaan.

Peranan di atas dilaksanakan oleh 

A. Majlis Kewangan Negara.

B. Unit Perancang Ekonomi Negara.

C. Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

D. Kementerian Kewangan Malaysia.

SOALAN 8:

Yang manakah yang benar tentang Ketua Setiausaha Kementerian?

I.      Pentadbir utama sesebuah kementerian.

II.     Menjadi penasihat kepada Timbalan Perdana Menteri.

III.    Memastikan dasar sesebuah kementerian dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

IV.    Menganggotai Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 9:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang kebebasan badan kehakiman di Malaysia?

I.      Bebas daripada pengaruh politik mana-mana pihak.

II.     Hakim bebas daripada didakwa dalam mana-mana mahkamah.

III.    Bebas mengisytiharkan sesuatu undang-undang itu adalah tidak sah.

IV.    Hanya Parlimen boleh berbincang kelakuan hakim dengan usul 1/4 sokongan ahli Dewan Rakyat.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 10:

a Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

a Menganggotai Majlis Air Negara.

Tugas di atas dilaksanakan oleh 

A. Ketua Kerajaan Negeri.

B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

C. Pegawai Kewangan Negeri.

D. Penasihat Undang-Undang Negeri.

SOALAN 11:

Yang manakah yang benar tentang peringkat pentadbiran negeri di Semenanjung Malaysia?

I.      Penghulu merupakan personel awam.

II.     Ketua Kampung di mukim dilantik oleh Pegawai Daerah.

III.    Kampung ditadbir oleh Penghulu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

IV.    Peringkat Daerah ditadbir oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh Pegawai Daerah.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

Yang manakah impak daripada sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lemah?

I.      Kos operasi yang tinggi dan mahal.

II.     Wujud budaya kerja negatif yang berleluasa.

III.    Reputasi perkhidmatan awam dan kerajaan meningkat.

IV.    Kemasukan pelabur-pelabur asing semakin bertambah.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 13:

Yang manakah keperluan diadakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri?

A. Seorang Menteri Besar meletakkan jawatan.

B. Kerajaan Negeri kehilangan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri.

C. Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan sedang dalam perbicaraan di mahkamah.

D. Kekosongan kerusi berlaku dua tahun sebelum Dewan Undangan Negeri tamat tempoh.

SOALAN 14:

Tadbir urus kerajaan yang cemerlang merangkumi aspek

I.      strategi.

II.     objektif.

III.    tatacara.

IV.    struktur.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 15:

*        Piagam Pelanggan.

*        Kod Etika Kerja.

*        Biro Pengaduan Awam.

Pelaksanaan elemen-elemen di atas bertujuan untuk meningkatkan aspek 

A. kepatuhan kepada undang-undang.

B. akauntabiliti dan integriti.

C. penghematan.

D. ketelusan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1