PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 32


这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?

A. Rakyat yang bermoral dan beretika.

B. Jurang ekonomi rakyat yang dapat dirapatkan.

C. Mempunyai Rukun Negara yang dipatuhi rakyat.

D. Kepimpinan negara yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

SOALAN 2:

@ Meningkatkan kecekapan pentadbiran negara.

@ Mengelakkan pertindihan kuasa oleh mana-mana badan kerajaan.

Pernyataan di atas merujuk kepada 

A. Akta Parlimen.

B. Doktrin Pengasingan Kuasa.

C. Konsep pembahagian kuasa.

D. Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

SOALAN 3:

Yang manakah pernyataan yang menunjukkan kepentingan sesebuah Perlembagaan kepada negara?

I.      Pengagihan kuasa antara institusi kerajaan dilakukan.

II.     Menjadi rujukan dalam membuat sebarang keputusan.

III.    Menggariskan peruntukan bidang kuasa perundangan yang mutlak.

IV.    Menyediakan garis panduan untuk mengekalkan sesebuah kerajaan yang memerintah.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 4:

X  Jenna berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia.

X  Jenna memegang kerakyatan Australia dan tidak pandai berbahasa Melayu.

Apakah syarat-syarat Jenna untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

I.      Perkahwinannya didaftarkan di Persekutuan.

II.     Ibu atau bapanya seorang warganegara Malaysia.

III.    Mempunyai anak yang dilahirkan selepas 16 September 1962 di Persekutuan.

IV.    Telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum memohon.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 5:

Yang manakah keadaan yang membolehkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri diadakan?

A. Ahli Dewan Rakyat meninggal dunia.

B. Seorang menteri meletakkan jawatan. 

C. Ketua Negeri membubarkan Parlimen.

D. Ahli Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan.

SOALAN 6:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan seorang Peguam Negara?

A. Saraannya ditentukan oleh Kabinet.

B. Cara pemecatannya sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

C. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

D. Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam semua aspek pentadbiran negara.

SOALAN 7:

Yang manakah perkara-perkara yang tidak membolehkan siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Diraja?

I.      Isu-isu melibatkan adat istiadat Melayu.

II.     Siasatan berhubung dengan negeri Sabah.

III.    Masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

IV.    Mencari punca kematian seorang kakitangan kerajaan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 8:

M Sekatan kediaman.

M Institusi pemulihan akhlak.

M Pendaftaran pendudukan negara.

Perkara di atas merujuk kepada tanggungjawab 

A. Jabatan Perdana Menteri.

B. Kementerian Pertahanan.

C. Kementerian Dalam Negeri.

D. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. 

SOALAN 9:

Yang manakah tujuan utama penubuhan perbadanan awam?

A. Membolehkan kerajaan terlibat langsung dalam bidang yang enggan diceburi oleh badan swasta.

B. Memberikan peluang kepada rakyat untuk aktif dalam bidang ekonomi.

C. Meluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

D. Meningkatkan produktiviti negara.

SOALAN 10:

Dasar-dasar negara diluluskan oleh

A. Dewan Rakyat.

B. Kementerian.

C. Parlimen.

D. Kabinet.

SOALAN 11:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Mahkamah Sesyen?

A. Dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

B. Membicarakan kes tuntutan tidak melebihi RM 200,000.

C. Boleh menjatuhkan semua jenis hukuman yang dibenarkan.

D. Berkuasa menjalankan siasatan permulaan kes untuk Mahkamah Tinggi.

SOALAN 12:

Yang manakah faktor penentu tadbir urus yang baik?

A. Kepimpinan yang baik.

B. Proses kerja yang kompleks.

C. Bilangan pekerja yang ramai.

D. Kos penyelenggaraan yang maksimum.

SOALAN 13:

Antara amalan baik seorang ketua jabatan dalam sesebuah agensi kerajaan ialah

I.      mempunyai hubungan erat dengan stakeholders.

II.     bijak menangani risiko dalam pelaksanaan projek.

III.    mempunyai Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang statik.

IV.    bergantung sepenuhnya kepada staf yang lain dalam penentuan KPI.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 14:

: Bilangan penduduk.

: Keluasan kawasan.

Pernyataan di atas merujuk kepada kriteria pemberian geran 

A. Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Tempatan.

B. Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Tempatan.

C. Kerajaan Tempatan kepada pihak swasta.

D. Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri.

SOALAN 15:

Ciri-ciri piagam pelanggan yang baik ialah

I.      adil.

II.     telus.

III.    praktikal.

IV.    kebolehpercayaan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1