PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 36
SOALAN 1:
Yang manakah situasi yang mencabar kedaulatan negara Malaysia?
I. Pertukaran kerajaan yang sah disebabkan perubahan bilangan kerusi Parlimen.
II. Kapal asing berlabuh melebihi masa yang diizinkan di perairan Malaysia.
III. Kemasukan pekerja asing tanpa izin di dalam negara.
IV. Tindakan lanun menceroboh perairan Sabah.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 2:
Encik
X, seorang warganegara Indonesia berumur 55 tahun dan telah bermastautin di
Pahang lebih daripada 15 tahun. Beliau telah memohon menjadi warganegara
Malaysia. |
Encik X boleh memperoleh kewarganegaraan melalui
A. pendaftaran.
B. percantuman wilayah.
C. kemasukan atau naturalisasi.
D. kuat kuasa undang-undang.
SOALAN 3:
Yang manakah antara berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang Negeri?
A. Undang-undang Persekutuan akan digunakan dan undang-undang Negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja.
B. Undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan.
C. Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
D. Undang-undang Persekutuan akan dibatalkan.
SOALAN 4:
Yang manakah tertakluk kepada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?
A. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
B. Melantik seorang Perdana Menteri.
C. Melantik Speaker Dewan Rakyat.
D. Membuat perisytiharan Darurat.
SOALAN 5:
Yang manakah pihak yang menentukan tarikh mula perbicaraan sesuatu kes di mahkamah?
A. Hakim yang membicarakan kes.
B. Pendaftar mahkamah.
C. Peguam Negara.
D. Pendakwa.
SOALAN 6:
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Dewan Undangan Negeri?
I. Merupakan dewan perundangan di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
II. Berkuasa untuk membuat pindaan bagi peraturan menentukan waris takhta.
III. Berkuasa untuk meluluskan rang undang-undang perbelanjaan negeri.
IV. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dipilih oleh rakyat.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 7:
Yang manakah badan berkuasa yang terlibat dalam penggubalan undang-undang awam?
I. Kabinet.
II. Yang di-Pertuan Agong.
III. Jabatan Perdana Menteri.
IV. Jabatan Percetakan Negara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 8:
Pernyataan yang manakah benar tentang pengundian melalui pos untuk warganegara Malaysia?
I. Berada di luar negara kerana melancong.
II. Sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.
III. Sedang mendapat rawatan perubatan di luar negara.
IV. Berkhidmat dengan kedutaan Malaysia di luar negara.
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. II dan IV
SOALAN 9:
«
Pembangunan
modal insan. «
Teknologi
maklumat dan komunikasi. |
Perkara-perkara di atas adalah berkaitan dengan
A. cabaran untuk melaksanakan tadbir urus baik.
B. kepentingan melaksanakan tadbir urus baik.
C. objektif tadbir urus baik.
D. bentuk tadbir urus baik.
SOALAN 10:
Yang manakah yang tepat tentang tadbir urus baik?
A. Pertambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan yang tinggi.
B. Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa.
C. Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja.
D. Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara.
SOALAN 11:
Yang manakah yang benar tentang badan berkanun?
I. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat.
II. Sebuah Lembaga Pengarah akan diwujudkan.
III. Ahli Lembaga Pengarahnya dilantik oleh menteri yang mengawalnya.
IV. Anggaran belanjawannya mesti diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 12:
Yang manakah bidang kuasa Kerajaan Tempatan?A. Mengawal status penggunaan tanah seluruh negeri.
B. Mengeluarkan lesen tanah perkuburan.
C. Mengutip cukai keuntungan syarikat.
D. Menyediakan perumahan awam.
SOALAN 13:
Yang manakah merupakan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I. Majlis Keselamatan Negara.
II. Majlis Perancang Negara.
III. Majlis Air Negara.
IV. Majlis Raja-Raja.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 14:
Yang manakah langkah bagi tadbir urus baik dalam mengurangkan isu penyalahgunaan kuasa penjawat awam?
I. Penggunaan perkhidmatan ketiga.
II. Perisytiharan harta pegawai awam.
III. Melantik pegawai berpengetahuan tinggi.
IV. Mengurangkan karenah birokrasi yang rigid.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 15:
Corak tadbir urus yang manakah yang menjejaskan daya saing negara?
I. Tidak responsif kepada kepentingan pelanggan.
II. Red tape pentadbiran yang boleh lentur.
III. Sistem penyampaian yang lemah.
IV. Bilangan kakitangan yang terhad.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!