SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 21
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Nyatakan empat hak kebebasan diri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]
a) Seseorang yang ditahan berhak untuk mendapatkan khidmat guaman.
b) Seseorang berhak memohon habeas corpus apabila merasakan ia ditahan secara tidak sah.
c) Tiada seseorang boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang.
d) Seseorang tidak ditahan berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa.
e) Seseorang tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali dengan kebenaran mahkamah atau mendapat perintah tahanan reman.
SOALAN 2:
Apakah tanggungjawab Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. [2 markah]
Memastikan akauntabiliti pengurusan wang awam oleh pegawai-pegawai awam dengan meneliti laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan peruntukan kerajaan sama ada mendatangkan "nilai untuk wang" kepada kerajaan.
SOALAN 3:
Terangkan dua perkara yang tidak boleh dipersoalkan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]
(i) Agama Persekutuan.
Agama Islam sebagai agama Persekutuan.
(ii) Kedudukan istimewa.
Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
(iii) Kedudukan bahasa.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan soal kerakyatan.
SOALAN 4:
Jelaskan dua jenis Rang Undang-Undang yang diterima pakai di Malaysia. [4 markah]
i. Rang Undang-Undang Awam atau Kerajaan.
Melibatkan keseluruhan undang-undang yang berkaitan dengan dasar awam, negara, dan rakyat.
Dikemukakan oleh pihak kerajaan.
ii. Rang Undang-Undang Persendirian.
Melibatkan sekumpulan orang, badan, atau pertubuhan (melibatkan orang yang terhad sahaja).
Bercorak tempatan atau persendirian dan melibatkan semua lapisan masyarakat.
iii. Rang Undang-Undang Ahli Persendirian.
Dibentangkan oleh mana-mana ahli Dewan Perundangan selain daripada seorang menteri.
Boleh meliputi seluruh negara atau pihak-pihak tertentu sahaja.
iv. Rang Undang-Undang Hibrid.
Undang-undang campuran antara dasar kerajaan dan kepentingan pihak tertentu yang pada pandangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu didahulukan.
SOALAN 5:
Nyatakan tiga jenis pengundian di Malaysia. [3 markah]
a._ Pengundian pos.
b._ Pengundian awal.
c._ Pengundian biasa.
SOALAN 6:
Huraikan dua keadaan yang bercanggah dengan ciri-ciri negara berdaulat. [4 markah]
(a) Tidak mempunyai identiti sendiri.
(b) Tidak merdeka iaitu masih dijajah oleh kuasa asing.
(c) Tidak boleh berkuasa sendiri iaitu tidak mampu mentadbir.
(d) Kurang berwibawa iaitu tidak mampu menjamin keamanan dan keselamatan rakyat.
SOALAN 7:
Nyatakan empat peranan Ketua Setiausaha Negara dalam badan eksekutif. [4 markah]
A.) Setiausaha Kabinet.
B.) Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan.
C.) Pegawai tadbir utama di Jabatan Perdana Menteri.
D.) Pengerusi mesyuarat Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
E.) Penasihat utama kepada Perdana Menteri dalam pentadbiran.
F.) Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
SOALAN 8:
Kerajaan Persekutuan membelanjakan sebahagian besar kewangan untuk pembangunan negara. Jelaskan dua sumber berkenaan. [4 markah]
I._ Hasil cukai.
Cukai langsung adalah cukai secara terus ke atas pendapatan atau kekayaan mengikut akta yang diluluskan. Contohnya, cukai pendapatan dan duti setem.
Cukai tak langsung adalah cukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas individu apabila membeli barang atau perkhidmatan. Sebagai contoh, cukai jalan dan cukai perkhidmatan.
II._ Hasil bukan cukai.
Hasil bukan cukai merujuk kepada hasil yang dikutip dari perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat. Misalnya, lesen, denda atau hukuman, dan bayaran pendaftaran dan premit.
III._ Terimaan bukan hasil.
Kutipan yang bukan berasaskan mana-mana akta atau perundangan. Bukti yang paling jelas adalah pulangan balik perbelanjaan, bayaran balik, dan pemberian dan caruman.
IV._ Hasil Wilayah Persekutuan.
Hasil yang diterima dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tamsilnya, cukai tanah, duti hiburan, dan lesen serta premit.
V._ Dividen dan Royalti.
Dividen yang diagihkan oleh Petronas syarikat milik kerajaan Persekutuan (GLC) dan royalti petroleum serta bayaran tunai gas yang dijual oleh kerajaan.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!