SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 25


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Puan N ialah seorang pegawai penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Daerah X.

Terangkan dua pendekatan yang boleh dilakukan oleh Puan N untuk menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang kecil di kawasannya. [4 markah]

(a) Komunikasi berkesan.

Puan N dapat menyimpan maklumat tepat dan difahami oleh orang ramai.

(b) Keseragaman dalam penguatkuasaan.

Puan N mengenakan tindakan atau mengkompaun mengikut prosedur SOP yang seragam tanpa pilihan kasih.

(c) Professional.

Puan N sentiasa mengikut prosedur SOP dalam menjalankan tugas dan sikap professional dalam tindakannya yang mungkin mendapat reaksi negatif daripada orang ramai. 

SOALAN 2:

Terangkan dua cara pemilihan seorang ahli Dewan Negara. [4 markah]

  • 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. Setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli.
  • 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk 2 ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan seorang ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

SOALAN 3:

Nyatakan empat tugas Majlis Keselamatan Negara. [4 markah]

a._) Menangani ancaman keselamatan negara.

b._) Mengurus krisis dan bencana dalam negara.

c._) Menyelaraskan dasar-dasar keselamatan negara.

d._) Mempertahankan negara atau kepentingan strategik.

SOALAN 4:

Kemukakan tiga kelemahan birokrasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. [3 markah]

a. Kurang fleksibiliti.

b. Akauntabiliti yang rendah.

c. Menggalakkan perbuatan rasuah.

d. Berlaku ketidakcekapan dalam pengurusan.

SOALAN 5:

Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih empat syarat yang membolehkan seseorang itu layak memperoleh kewarganegaraan dengan cara tersebut. [4 markah]

(a) Berumur 21 tahun ke atas.

(b) Hadir di hadapan Pendaftar Warganegara.

(c) Berpengetahuan bahasa Melayu yang memadai.

(d) Ditaja oleh dua orang penyokong warganegara.

SOALAN 6:

Nyatakan tiga kuasa budi bicara seorang Sultan. [3 markah]

# Melantik Menteri Besar.

# Mempersetujui atau tidak mempersetujui meminda perubahan Dewan Undangan Negeri.

# Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan bagi membincangkan hal-hal berkenaan kebesaran Raja-Raja.

SOALAN 7:

Jelaskan empat bidang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan. [4 markah]

a) Meluluskan anggaran belanjawan.

b) Melantik ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

c) Mengesahkan undang-undang kecil Kerajaan Tempatan.

d) Menyediakan peruntukan kewangan kepada Kerajaan Tempatan.

SOALAN 8:

Berikan empat punca tadbir urus yang lemah dalam perkhidmatan awam. [4 markah]

- Menjejaskan daya saing.

- Kepimpinan yang lemah.

- Karenah birokrasi organisasi.

- Maklumat lama atau tidak diubah.

- Kekurangan sokongan atau galakkan.

- Peruntukan kewangan yang tidak terbatas.

- Sikap kakitangan yang negatif atau kurang professional.

- Sistem pengurusan yang tidak cekap atau tidak sistematik.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1