SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 26


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Jelaskan dua kuasa Dewan Negara ke atas rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. [4 markah]

  • Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tidak berkuasa menolaknya.
  • Dewan Negara membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.
  • Dewan Negara hanya boleh meminta Dewan Rakyat mengkaji semula rang undang-undang apabila ditangguhkan.

SOALAN 2:

Nyatakan tiga tanggungjawab Ketua Setiausaha Negara. [3 markah]

a. Memberikan perkhidmatan sokongan.

b. Menjalinkan arahan-arahan menteri.

c. Menjadii penasihat pentadbir utama negeri.

SOALAN 3:

Nyatakan empat fungsi badan kehakiman di Malaysia. [4 markah]

(A) Mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan dan undang-undang.

(B) Menyemak undang-undang yang diluluskan oleh DUN dan Parlimen.

(C) Mengisytiharkan sah atau tidak sah sebarang undang-undang atau tindakan.

(D) Melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif, orang perseorangan, dan orang-orang tertentu.

SOALAN 4:

Terangkan dua prinsip utama yang menjadi teras kepada tadbir urus baik. [4 markah]

i.) Fokus kepada pelanggan.

Tadbir urus yang terbaik sentiasa memberikan keutamaan menyeluruh kepada pelanggan.

ii.) Pengamanahan dan pengawasan.

Pegawai kerajaan pemegang amanah dan pengawas terhadap penggunaan kuasa dan sumber yang dipertanggungjawabkan.

SOALAN 5:

Huraikan dua cara menjadi warganegara Malaysia. [4 markah]

(i) Melalui kuat kuasa undang-undang.

Seseorang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan.

Seseorang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia.

(ii) Melalui pendaftaran.

Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan perkahwinannya telah didaftarkan.

Seseorang yang di bawah umur 21 tahun sekiranya ibu bapanya adalah seorang warganegara.

Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

(iii) Melalui kemasukan atau naturalisasi.

Seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki atau berkelakuan baik atau pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

(iv) Melalui percantuman wilayah.

Mana-mana wilayah baru diterima masuk ke dalam Persekutuan selepas Hari Malaysia, Parlimen boleh menetapkan penduduk wilayah tersebut adalah warganegara.

SOALAN 6:

Huraikan dua jenis pilihan raya di Malaysia. [4 markah]

i.) Pilihan Raya Umum.

Diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun.

ii.) Pilihan Raya Kecil.

Diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian, peletakan jawatan, hilang kelayakan, atau pembatalan keputusan pilihan raya.

SOALAN 7:

Nyatakan tiga tugas Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam pentadbiran. [3 markah]

* Sebagai penasihat kepada Sultan atau yang Di Pertua Negeri.

* Menteri Besar atau Ketua Menteri mentadbir Kerajaan Negeri.

* Menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

* Menasihati Raja atau Yang Di Pertua Negeri dalam pelantikan dan penentuan portfolio ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

SOALAN 8:

Nyatakan empat kepentingan tadbir urus baik. [4 markah]

a.) Menarik pelaburan asing.

b.) Menjana potensi modal insan.

c.) Memperkasa daya saing negara.

d.) Meningkatkan kredibiliti kerajaan.

e.) Menerajui transformasi perkhidmatan.

f.) Memenuhi kepuasan pelanggan atau stakeholder.

g.) Mengekalkan profesionalisme dalam perkhidmatan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1