SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 23


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Penjawat awam yang berkemahiran tinggi mampu menyelesaikan tugasnya dengan komitmen dan efisien dalam masa yang singkat.

Nyatakan empat usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan lebih ramai penjawat awam yang berkemahiran tinggi. [4 markah]

# Meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti.

# Memperkasakan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak.

# Memperkasakan pengajian tinggi dalam melahirkan graduan berbakat.

# Mempergiatkan program latihan dan kemahiran dalam meningkatkan produktiviti negara.

Memantapkan pendidikan rendah dan menengah dalam melahirkan pelajar berpengetahuan.

Memperkasakan pendidikan teknik dan profesional dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran.

SOALAN 2:

Berikan empat punca tadbir urus yang lemah dalam perkhidmatan awam. [4 markah]

- Kepimpinan yang lemah.

- Kurang sokongan atau galakkan.

- Sistem pengurusan yang tidak sistematik atau dinamik.

- Sikap kakitangan yang negatif atau Kurang profesional. 

SOALAN 3:

Nyatakan tiga sebab amalan sistem pemerintahan berasaskan Doktrin Pengasingan Kuasa dilaksanakan di negara ini. [3 markah]

a.) Meningkatkan kecekapan pemerintahan negara.

b.) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak.

c.) Mengelakkan pemusatan kuasa pada mana-mana satu pihak kerajaan.

SOALAN 4:

Encik Lai menunggu hampir 2 jam untuk menguruskan pertukaran hak milik kenderaan di pejabat X.

Berdasarkan situasi di atas, nyatakan tiga kesan perkhidmatan yang diberikan oleh pejabat X. [3 markah]

a._ Menjejaskan imej kakitangan perkhidmatan atau organisasi.

b._ Menjejaskan daya saing kakitangan perkhidmatan atau organisasi.

c._ Melahirkan tenaga kerja yang tidak produktiviti atau bersikap negatif.

d._ Melanggarkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

e._ Mewujudkan tanggapan negatif pelanggan negatif terhadap perkhidmatan yang diberikan.

SOALAN 5:

Nyatakan tiga bidang kuasa Mahkamah Khas Raja-Raja. [3 markah]

* Membicarakan kesalahan yang melibatkan kes sivil dan jenayah seseorang raja sesuatu negeri atas sifat peribadi di bawah Fasal (1).

* Prosiding dalam Mahkamah Khas dibuat dibuat secara tertutup dan diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamat.

* Mengawal selia keterangan dan pembuktian dalam prosiding jenayah dan sivil dibuat di Mahkamah Bawahan, Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Persekutuan.

SOALAN 6:

Berdasarkan gambar rajah di bawah, senaraikan empat tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

(a) Kenaikan pangkat.

(b) Kawalan tatatertib.

(c) Pengesahan dalam perkhidmatan.

(d) Pemberian taraf berpencen.

SOALAN 7:

Nyatakan empat fungsi Parlimen. [4 markah]

A. Menggubal undang-undang Persekutuan.

B. Meluluskan undang-undang Persekutuan.

C. Menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan.

D. Meminda undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan.

E. Meluluskan perbelanjaan kerajaan dan hasil-hasil cukai yang baharu.

F. Menjadi forum kritikan dan membincangkan pendapat awam tentang isu semasa.

SOALAN 8:

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Doktrin Pengasingan Kuasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan Doktrin Pengasingan Kuasa? [1 markah]

Doktrin Pengasingan Kuasa merujuk kepada pengasingan kuasa antara badan pentadbiran (eksekutif), badan perundangan (legislatif), dan badan kehakiman (judisiari).

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1