SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 22


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Nyatakan dua cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia. [2 markah]

a. Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu.

b. Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia.

SOALAN 2:

Jelaskan dua jenis pemilih yang didaftarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. [4 markah]

i.) Pengundi biasa.

Pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.

ii.) Pengundi tidak hadir.

Pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. 

SOALAN 3:

Nyatakan tiga cara Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda. [3 markah]

(a) Cara melalui deklarasi darurat (Perkara 150).

(b) Cara pungutan suara majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen.

(c) Cara pungutan suara majoriti mudah ahli hadir Majlis Parlimen.

(d) Cara pungutan suara majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja.

(e) Cara pungutan suara majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri (Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak).

SOALAN 4:

Senaraikan tiga bidang kuasa rayuan Mahkamah Tinggi. [3 markah]

# Menyelia dan boleh mengubah keputusan Mahkamah Bawahan.

# Membicarakan semua kes rayuan sivil daripada Mahkamah Bawahan.

# Membicarakan semua kes rayuan jenayah daripada Mahkamah Bawahan.

SOALAN 5:

Nyatakan tiga kebaikan pemantapan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. [3 markah]

- Memudahkan pengurusan perkhidmatan awam.

- Meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam.

- Meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa.

- Meningkatkan keyakinan atau kekuasan pelanggan terhadap perkhidmatan awam.

- Melahirkan perkhidmatan awam yang cekap, berkeyakinan tinggi, dan berkemahiran.

SOALAN 6:

Huraikan dua ciri perbezaan antara ahli Dewan Rakyat dengan ahli Dewan Negara. [4 markah]

Ciri-ciri

Huraian

Dewan Rakyat

Dewan Negara

Umur

21 tahun.

30 tahun.

Tempoh berkhidmat

Sepenggal 5 tahun.

Sepenggal 3 tahun.

Cara menduduki kerusi

Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri atau dilantik oleh YDPA.

Tempoh perkhidmatan maksimum

Memegang jawatan selagi menang dalam pilihan raya.

Memegang jawatan maksimum 6 tahun (dua penggal).

SOALAN 7:

Berikan tiga cara layanan yang baik perlu dipamerkan oleh seseorang pegawai kaunter di pejabat kerajaan kepada pelanggan. [3 markah]

a) Bersedia membantu tanpa diminta.

b) Bercakap dengan suara yang lembuh.

c) Bercakap dengan cara yang terang atau jelas.

d) Melayan pelanggan dengan mesra dan sopan.

e) Bersedia mengambil pesanan bagi pihak pegawai lain yang tiada di pejabat.

f) Tidak membiarkan pelanggan menunggu terlalu lama di ruangan menunggu.

SOALAN 8:

Nyatakan dua cara Orang Kena Tuduh (OKT) memberi keterangan dalam mahkamah. [2 markah]

* Memilih untuk berdiam diri.

* Memilih memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

* Memilih untuk tidak mahu memberi keterangan bersumpah, sebaliknya membaca kenyataan daripada "kandang OKT", bukan kandang saksi.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1