PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 12

这篇是 Sem 3 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, aliran perkembangan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad. Mengapakah perkhidmatan keretapi antara bandar semakin kurang diminati?

SEMENANJUNG MALAYSIA: BILANGAN PENUMPANG KTMB MENGIKUT JENIS PERKHIDMATAN DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2016

JENIS PERKHIDMATAN

TAHUN (BILANGAN PENUMPANG / RIBU ORANG )

2013

2014

2015

2016

Keretapi Antara Bandar

2,703

2,223

2,014

1,923

KTM Komuter

43,957

46,957

49,690

41,469

ETS

1,563

1,692

2,059

3,565

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan

Tahunan Leretapi Tanah Melayu Berhad

(KTMB), tahun 2017)

PENDAHULUAN 开头:

Jadual ini menunjukkan bilangan penumpang KTMB mengikut jenis perkhidmatan dari tahun 2013 hingga tahun 2016 di Semenanjung Malaysia. Terdapat sebab-sebab perkhidmatan keretapi antara bandar semakin kurang diminati.

SKEMA JAWAPAN:

Bil.

Isi / Idea

Huraian

A.

1.

POLA PERUBAHAN

Bilangan penumpang KTMB mengikut jenis perkhidmatan ETS dari tahun 2013 hingga tahun 2016 yang mencatat peningkatan.

ETS

Pada tahun 2013, bilangan penumpang seramai 1,563 ribu orang meningkat kepada 3,565 ribu orang penumpang pada tahun 2016.

Peningkatan sebanyak 2,002 ribu orang penumpang iaitu bersamaan 128.09%.

2.

Bilangan penumpang KTMB mengikut jenis perkhidmatan Keretapi Antara Bandar dari tahun 2013 hingga tahun 2016 yang mencatat penurunan.

 

Keretapi Antara Bandar

Pada tahun 2013, bilangan penumpang seramai 2,703 ribu orang menurun kepada 1,923 ribu orang penumpang pada tahun 2016.

Penurunan sebanyak 780 ribu orang penumpang iaitu bersamaan 28.86%.

3.

Bilangan penumpang KTMB mengikut jenis perkhidmatan KTM Komuter dari tahun 2013 hingga tahun 2016 yang mencatat tidak konsisten.

KTM Komuter

Pada tahun 2013, bilangan penumpang seramai 43,957 ribu orang meningkat kepada 49,690 ribu orang penumpang pada tahun 2015. Peningkatan sebanyak 5,733 ribu orang bersamaan 13.04%.

Pada tahun 2016 pula, bilangan penumpang menurun kepada 41,469 ribu orang. Penurunan sebanyak 8,221 ribu orang bersamaan 19.82%.

B.

4.

SEBAB

Terdapat alternatif lain.

 

Pengguna semakin banyak pilihan yang lebih baik dan memudahkan mereka menyebabkan perkhidmatan keretapi antara bandar semakin kurang penumpang.

Pengangkutan alternatif menawarkan kemudahan yang lebih baik berbanding keretapi antara bandar.

5.

Masa perjalanan yang panjang.

Keretapi antara bandar masih menggunakan teknologi lama dan agak perlahan kelajuannya berbanding jenis perkhidmatan KTMB yang lain seperti train KTM Komuter dan train ETS.

6.

KOC yang semakin uzur.

Kebanyakan KOC yang digunakan oleh KTMB untuk perkhidmatan antara bandar sudah agar lama dan uzur.

Banyak kemudahan yang telah rosak di dalam KOC.

Pengguna kurang selesa.

KESIMPULAN结尾:

Dalam kesimpulannya, penurunan minat terhadap perkhidmatan keretapi antara bandar adalah suatu fenomena kompleks yang melibatkan pelbagai faktor seperti perubahan gaya hidup, kemajuan teknologi, dan perubahan keperluan pengangkutan. Bagi mengatasi cabaran ini, perlu adanya usaha serius dari pihak berkuasa, operator perkhidmatan, dan masyarakat untuk meningkatkan kualiti, keselesaan, dan kebolehcapaian perkhidmatan keretapi. Dengan pendekatan yang holistik, kita boleh merestorasi minat masyarakat dan membentuk semula peranan penting perkhidmatan keretapi dalam sistem pengangkutan awam negara.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1