PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 23

标题所见,这篇文章是 Sem 3 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN 1:

Antara yang berikut, yang manakah diambil kira oleh Malaysia dalam menentukan dasar luarnya?

I.      Keutamaan hubungan baik dengan negara-negara Asia Tenggara.

II.     Keuntungan ekonomi yang diperolehi daripada negara-negara Utara.

III.    Pengekalan hubungan baik dengan negara-negara anggota Komanwel.

IV.    Pegangan ideologi sesebuah negara seperti fahaman Maximisme atau Sosialis.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 2:

Yang manakah bentuk kerjasama yang menggambarkan dasar luar Malaysia yang pro-Barat sebelum tahun 1970?

A. Penubuhan Persatuan Asia Tenggara (ASA).

B. Perjanjian Penubuhan Asia Tenggara (SEATO).

C. Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaysia (AMDA).

D. Kawasan Bebas daripada Senjata Nuklear di Asia Tenggara (SEANWFZ).

SOALAN 3:

Yang manakah pernyataan yang menggambarkan dasar luar yang aktif dan berkesan mewujudkan keuntungan yang besar kepada negara?

A. Pertambahan bilangan pelajar asing di institusi pengajian tinggi Malaysia.

B. Kejayaan dalam misi penghantaraan angkasawan Malaysia.

C. Pembelian kapal selam Scorpene.

D. Menjalin hubungan dengan negara Kesatuan Eropah.

SOALAN 4:

Yang manakah menggambarkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang liberal?

A. Menjalin hubungan dengan negara-negara Arab.

B. Menjalin hubungan dengan negara di Benua Afrika.

C. Menjalin hubungan dengan negara China dan Rusia.

D. Menjalin hubungan dengan negara Kesatuan Eropah.

SOALAN 5:

Usaha Amerika Syarikat untuk mengambil alih kawalan di Selat Melaka.

Malaysia dan Indonesia menolak hasrat Amerika Syarikat berkenaan kerana

A. Menggugat kedaulatan negara.

B. Amerika tidak hak mengawal Selat Melaka.

C. Menutup ruang pengeksploitasian sumber alam.

D. Kesepakatan dua negara mampu mengatasi isu berbangkit.

SOALAN 6:

Yang manakah usaha Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kesepakatan ekonomi serantau?

I.      Forum Kerjasama Serantau (ARF).

II.     Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN.

III.    Pelaksanaan projek perindustrian ASEAN.

IV.    Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO).

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 7:

Projek

I.

Fabrikasi Tembaga.

II.

Vaksin Hepatitis B.

III.

Perlombongan Garam Abu Soda.

IV.

Baja Urea.


Negara ASEAN

P

Filipina.

Q

Thailand.

R

Singapura.

S

Indonesia.

Yang manakah padanan yang betul tentang projek-projek usaha sama ASEAN dengan negara-negara anggota yang melaksanakan projek tersebut di negara masing-masing?

 

I.

II.

III.

IV.

A.

Q

P

S

R

B.

S

R

P

Q

C.

R

S

Q

P

D.

P

R

Q

S

SOALAN 8:

Antara yang berikut, yang manakah bidang yang menjadi tumpuan kerjasama Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN?

I.      Pentadbiran.

II.     Pelancongan.

III.    Infrastruktur.

IV.    Pelabuhan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 9:

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)?

I.      ASEAN merupakan kesepakatan serantau berkaitan dengan politik, ekonomi, dan sosiobudaya.

II.     ASEAN merupakan saluran utama bagi meningkatkan kualiti keselamatan dan kemajuan negara-negara anggota.

III.    ASEAN ditubuhkan bagi memperkukuhkan keselamatan serantau dan menyaingi kekuatan kuasa-kuasa besar dunia.

IV.    ASEAN ialah sebuah badan kerjasama serantau dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang pertama diwujudkan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 10:

Yang manakah merupakan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

I.      Memikirkan kepentingan sosial antarabangsa?

II.     Mewujudkan hubungan baik dengan negara yang merdeka.

III.    Memelihara hak asasi manusia tanpa mengira kaum dan agama.

IV.    Memberi kerjasama antara negara dunia dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan, dan politik. 

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 11:

Yang manakah cara Malaysia menangani pergolakan politik yang berlaku di beberapa buah negara di dunia? 

I.      Memberi bantuan ketenteraan dan senjata.

II.     Memberi nasihat berkaitan strategi menghadapi pergolakan.

III.    Menyertai misi pengaman di bawah panji Majlis Keselamatan PBB.

IV.    Memberi kerjasama kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

Persidangan X

§  Mewujudkan kerjasama mengeratkan perpaduan dalam kalangan negara anggota.

§  Memperjuangkan nasib yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Persidangan X di atas merujuk kepada

A. Persidangan Nairobi.

B. Sidang Kemuncak ASEAN.

C. Dialog Antarabangsa Langkawi (LID).

D. Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

SOALAN 13:

*        Mengekalkan keamanan dunia.

*        Menghentikan pencerobohan terhadap negara lain.

Yang manakah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melaksanakan fungsi di atas?

A. Majlis Keselamatan.

B. Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

C. Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.

D. Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR).

SOALAN 14:

Malaysia banyak menyertai misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menghantar tentera di bawah panji PBB. Yang manakah menjelaskan penglibatan Malaysia?

A. Sebagai usaha melobi jawatan di agensi PBB.

B. Sebagai memenuhi tuntutan keanggotaan dalam PBB.

C. Sebagai menyokong usaha menegakkan keamanan dunia.

D. Sebagai usaha meningkatkan pengalaman dan keupayaan tentera Malaysia.

SOALAN 15:

Yang manakah yang memperlihatkan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

I.      Ahli tidak tetap Majlis Keselamatan.

II.     Menyertai semua misi pengaman PBB.

III.    Menjadi pentadbir sementara di Timor Leste.

IV.    Menjadi pengerusi Majlis Perhimpunan Agung PBB.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1