PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 39
SOALAN 1:
Yang manakah menunjukkan Malaysia sebuah negara berdaulat?
I. Bebas dari pengaruh asing.
II. Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara.
III. Kepimpinan negara yang berwawasan.
IV. Mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 2:
Pilih padanan yang betul berkaitan dengan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan, dan Senarai Bersama sebahagian dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
|
Senarai Negeri |
Senarai Persekutuan |
Senarai Bersama |
A. |
Pertanian dan
Perhutanan. |
Kewangan. |
Biasiswa. |
B. |
Kerajaan Tempatan. |
Biasiswa. |
Tanah. |
C. |
Ternakan. |
Pertanian dan
Perhutanan. |
Perikanan. |
D. |
Hal ehwal agama
Islam. |
Sumber manusia. |
Kebajikan masyarakat. |
SOALAN 3:
X Rony dilahirkan di Jogjakarta, Indonesia selepas Hari
Malaysia. X Bapanya seorang warganegara Malaysia. X Ibunya seorang warganegara Indonesia. |
Yang manakah cara Rony memperoleh kewarganegaraan Malaysia?
A. Masukan.
B. Pendaftaran.
C. Penggabungan wilayah.
D. Kuat kuasa undang-undang.
SOALAN 4:
Yang manakah
I. Majlis Tanah Negara.
II. Majlis Perumahan Negara.
III. Majlis Keselamatan Negara.
IV. Majlis Pembangunan Negara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 5:
Pilih padanan yang betul antara jawatan dengan pihak yang melantik penjawatnya.
I. Ketua Polis Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
II. Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Speaker Dewan Rakyat.
III. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Perdana Menteri.
IV. Majistret dilantik oleh Sultan, Raja, atau Yang di-Pertua Negeri.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 6:
a Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. a Mewujudkan persefahaman antara pentadbiran Persekutuan
dengan Negeri. |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Jawatankuasa Kabinet.
B. Majlis Tindakan Negeri.
C. Majlis Pembangunan Negeri.
D. Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
SOALAN 7:
Yang manakah benar tentang Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun?
|
Badan Berkanun |
Badan Tidak Berkanun |
I. |
Boleh
menubuhkan anak syarikat. |
Tidak
boleh menubuhkan anak syarikat. |
II. |
Pegawai
Perkhidmatan Awam boleh dipinjam. |
Pegawai
Perkhidmatan Awam tidak boleh dipinjam. |
III. |
Anggaran
belanjawan tahunan tidak tertakluk kepada kawalan agensi pusat. |
Anggaran
belanjawan tahunan tertakluk kepada kawalan agensi pusat. |
IV. |
Ditubuhkan
di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri. |
Ditubuhkan
di bawah Akta Syarikat. |
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 8:
Yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Tempatan?
I. Bayaran lesen penjaja.
II. Bayaran lesen kenderaan.
III. Bayaran lesen perniagaan.
IV. Bayaran lesen binatang peliharaan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 9:
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?
I. Melaksanakan kuasa eksekutif negeri.
II. Diketuai oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
III. Jumlah keahlian adalah sama bagi setiap negeri.
IV. Terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 10:
v Akta Parlimen. v Perundangan Subsidiari. v Enakmen dan Ordinan. |
Senarai di atas merujuk kepada
A. Doktrin Duluan.
B. Undang-Undang Bertulis.
C. Undang-Undang Tidak Bertulis.
D. Kandungan Perlembagaan Persekutuan.
SOALAN 11:
% Seorang wanita bernama Y didapati mati. % Keterangan saksi diperlukan. % Tiada sesiapa didakwa. % Tiada hukuman dijatuhkan. |
Mahkamah manakah yang mendengar kes ini?
A. Mahkamah Tinggi.
B. Mahkamah Sesyen.
C. Mahkamah Koroner.
D. Mahkamah Juvana.
SOALAN 12:
Yang di-Petua Dewan
Rakyat telah mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan
Parlimen P. |
Antara manakah, yang manakah situasi yang menyebabkan tindakan di atas diambil?
A. Ahli Parlimen tersebut telah bankrap dan belum dilepaskan.
B. Ahli Parlimen tersebut telah didakwa di Mahkamah Tinggi atas kes rasuah.
C. Ahli Parlimen tersebut tidak menghadiri persidangan Parlimen selama tempoh 2 bulan kerana berada di luar negara.
D. Ahli Parlimen tersebut gagal mengemukakan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya dalam masa dan cara yang dikehendaki.
SOALAN 13:
Yang manakah langkah bagi memenuhi ekspektasi pelanggan dan pihak berkepentingan terhadap perkhidmatan organisasi awam?
A. Pemimpin berwawasan.
B. Memastikan tuntutan pelanggan dipenuhi.
C. Pembangunan bakat dan kepakaran ditingkatkan.
D. Pengurusan modal insan secara cekap dan berkesan.
SOALAN 14:
Masalah yang wujud dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam ialah
A. karenah birokrasi.
B. sistem dan prosedur kerja.
C. penguatkuasaan undang-undang.
D. perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
SOALAN 15:
Z Berkongsi maklumat yang jelas dengan pihak
berkepentingan. Z Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan
kerajaan. |
Pernyataan di atas merujuk kepada tadbir urus negara yang berteraskan prinsip
A. integriti.
B. akauntabiliti.
C. ketelusan.
D. pengamanahan.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!