PERAKAUNAN - NOTA PELUPUSAN ASET TETAP


NOTA PELUPUSAN ASET TETAP

MAKSUD DAN HURAIAN PELUPUSAN

Pelupusan merujuk kepada satu proses untuk mengeluarkan aset tetap daripada milikan, kawalan, simpanan, dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

Aset tetap boleh dijual kepada pembeli atau dilupuskan pada akhir hayat atau dalam usianya. Lazimnya, aset tetap dilupuskan pada akhir tempoh pada nilai skrap. Sebagai contoh, peniaga menjual kereta sebagai besi buruk.

Apabila aset tetap dilupuskan, akaun pelupusan aset yang berkaitan perlu diwujudkan manakala akaun aset tetap yang dilupuskan itu perlu ditutup. Sehubungan dengan itu, aset yang telah dilupuskan itu tidak lagi ditunjukkan di dalam Penyata Kedudukan Kewangan perniagaan.

Akaun pelupusan ini digunakan untuk menentukan sama ada terdapat untung atau rugi dalam pelupusan aset tetap yang berkaitan.

TIGA OBJEKTIF PELUPUSAN

(a) Mendapatkan hasil pulangan yang terbaik apabila aset dilupuskan.

(b) Menjimatkan ruang simpanan atau pejabat dalam sesuatu organisasi atau perniagaan.

(c) Memastikan perniagaan tidak menyimpan aset yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan.

CONTOH ASET BOLEH DILUPUSKAN BERDASARKAN JUSTIFIKASI

a.)  Tiada alat ganti.

b.) Usang (obsolete).

c.) Melebihi keperluan.

d.) Perubahan teknologi.

e.) Luput tempoh penggunaan.

f.) Tidak ekonomi untuk dibaiki.

g.) Rosak dan tidak dapat digunakan.

h.) Tidak lagi diperlukan oleh perniagaan.

i.) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan.

j.) Keupayaan aset atau inventori tidak lagi pada peringkat optimum.

PELUPUSAN 1:

ASET DILUPUSKAN TANPA LABA ATAU RUGI (HARGA JUALAN = NILAI BUKU)

Jika sebuah peralatan yang telah dibeli pada 1 Januari 2013 dengan kos RM 2,000 telah dijual pada 31 Disember 2014 dengan harga RM 1,200. Peralatan disusutnilaikan dengan kaedah garis lurus. Anggaran usia guna aset itu ialah 5 tahun dan tiada nilai sisa.

CATATAN JURNAL PELUPUSAN ASET TETAP

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

    Peralatan

(merekod pelupusan peralatan)

 

2,000

 

 

2,000

Tunai

Susut nilai terkumpul peralatan

Pelupusan peralatan

(merekod penjualan peralatan secara tunai)

1,200

800

 

 

2,000

Susut nilai terkumpul peralatan = (RM 2,000.00 / 5) x 2 tahun

Susut nilai terkumpul peralatan = RM 800.00

Nilai buku peralatan = RM 2,000.00 - RM 800.00

Nilai buku peralatan = RM 1,200.00

Akaun Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Jan 1

 

Baki b/b

 

2,000

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

 

2,000


Akaun Susut nilai terkumpul Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

 

800

2014

Jan 1

Dis 31

 

Baki b/b

Belanja susut nilai

 

400

400


Akaun Pelupusan Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Dis 31

 

Peralatan

 

2,000

2014

Dis 31

 

Susut nilai terkumpul

Tunai

 

800

1,200

PELUPUSAN 2:

ASET DILUPUSKAN DENGAN LABA ATAS JUALAN (HARGA JUALAN > NILAI BUKU)

Berdasarkan Pelupusan 1, pada 31 Disember 2014, peralatan tersebut dijual dengan harga RM 1,600.

CATATAN JURNAL PELUPUSAN ASET TETAP

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

    Peralatan

(merekod pelupusan peralatan)

 

2,000

 

 

2,000

Tunai

Susut nilai terkumpul peralatan

Pelupusan peralatan

Untung pelupusan peralatan

(merekod pelupusan peralatan dan laba pelupusan)

1,600

800

 

 

2,000

400

Susut nilai terkumpul peralatan = (RM 2,000.00 / 5) x 2 tahun

Susut nilai terkumpul peralatan = RM 800.00

Nilai buku peralatan = RM 2,000.00 - RM 800.00

Nilai buku peralatan = RM 1,200.00

Untung = RM 1,600.00 - RM 1,200.00

Untung = RM 400.00

Akaun Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Jan 1

 

Baki b/b

 

2,000

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

 

2,000


Akaun Susut nilai terkumpul Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

 

800

2014

Jan 1

Dis 31

 

Baki b/b

Belanja susut nilai

 

400

400


Akaun Pelupusan Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Dis 31

 

Peralatan

Untung pelupusan

 

2,000

400

2014

Dis 31

 

Susut nilai terkumpul

Tunai

 

800

1,600

PELUPUSAN 3:

ASET DILUPUSKAN DENGAN RUGI ATAS JUALAN (HARGA JUALAN < NILAI BUKU)

Berdasarkan Pelupusan 1, pada 31 Disember 2014, peralatan tersebut dijual dengan harga RM 1,000.

CATATAN JURNAL PELUPUSAN ASET TETAP

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

    Peralatan

(merekod pelupusan peralatan)

 

2,000

 

 

2,000

Tunai

Susut nilai terkumpul peralatan

Rugi pelupusan peralatan

Pelupusan peralatan

(merekod pelupusan dan mengalami kerugian)

1,600

800

200

 

 

 

2,000

 

Susut nilai terkumpul peralatan = (RM 2,000.00 / 5) x 2 tahun

Susut nilai terkumpul peralatan = RM 800.00

Nilai buku peralatan = RM 2,000.00 - RM 800.00

Nilai buku peralatan = RM 1,200.00

Rugi = RM 1,000.00 - RM 1,200.00

Rugi = RM 200.00

Akaun Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Jan 1

 

Baki b/b

 

2,000

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

 

2,000


Akaun Susut nilai terkumpul Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Dis 31

 

Pelupusan peralatan

 

800

2014

Jan 1

Dis 31

 

Baki b/b

Belanja susut nilai

 

400

400


Akaun Pelupusan Peralatan

Tarikh

Butiran

RM

Tarikh

Butiran

RM

2014

Dis 31

 

Peralatan

 

 

2,000

 

2014

Dis 31

 

Susut nilai terkumpul

Tunai

Rugi pelupusan

 

800

1,000

200

CONTOH SOALAN

Berikut adalah maklumat aset terpilih Syarikat Ku Berhad pada akhir tempoh perakaunan:

Kos mesin

RM 90,000.00

Susut nilai terkumpul

RM 50,000.00

Nilai buku

RM 40,000.00

Dikehendaki:

Sediakan catatan jurnal berkaitan dengan pelupusan mesin di atas bagi setiap situasi yang berikut:

(i) Melupuskan mesin tersebut pada akhir tempoh. [3 markah]

(ii) Melupuskan mesin tersebut dengan menjual pada harga RM 50,000. [3 markah]

(iii) Melupuskan mesin tersebut dengan menjual pada harga RM 36,000. [4 markah]

SKEMA JAWAPAN

Syarikat Ku Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

(i)

Pelupusan mesin

    Mesin

(merekod pelupusan mesin)

90,000

 

 

90,000

 

(ii)

Tunai / Bank

Susut nilai terkumpul mesin

Pelupusan mesin

Untung pelupusan mesin

(merekod untung atas pelupusan mesin)

50,000

50,000

 

 

 

90,000

10,000

 

(iii)

Pelupusan mesin

Mesin

(merekod pelupusan mesin)

90,000

 

 

90,000

 

Tunai / Bank

Susut nilai terkumpul mesin

Rugi pelupusan mesin

Pelupusan mesin

(merekod rugi atas pelupusan mesin)

36,000

50,000

4,000

 

 

 

90,000

 

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1