PERAKAUNAN - NOTA SUSUT NILAI ASET TETAP
TAKRIF SUSUT NILAI ASET TETAP
Susut nilai merujuk kepada suatu proses atau cara mengagihkan kos sesuatu aset tetap sepanjang usia guna aset tetap tersebut.
SEBAB ASET TETAP MENGALAMI SUSUT NILAI
i.) Penggunaan.
Aset tetap yang digunakan dari semasa ke semasa pasti akan mengalami penurunan kecekapan akibat penggunaannya.
ii.) Kemerosotan fizikal.
Aset tetap seperti kenderaan dan mesin mempunyai usia yang terhad dan sentiasa mengalami kehausan, keusangan, dan kereputan fizikal seperti karat, reput, dan hakisan akibat daripada terdedah kepada angin, matahari, dan hujan.
iii.) Faktor ekonomi.
Perubahan teknologi baru dan cita rasa menyebabkan aset tidak dapat digunakan walaupun ia masih berada dalam keadaan fizikal yang baik.
iv.) Peredaran masa.
Peredaran masa adalah ditetapkan oleh undang-undang tentang usia guna atau tamat tempoh penggunaannya.
SEBAB ASET TETAP PERLU DISUSUTNILAIKAN
SEBAB PERTAMA:
Mematuhi prinsip pemadanan di mana aset tetap boleh digunakan untuk beberapa tempoh perakaunan. Maka, agihan kos aset tetap sepanjang tempoh usia guna untuk menentukan susut nilai supaya dapat dipadankan dengan hasil untuk mendapatkan untung bersih yang sebenar.
SEBAB KEDUA:
Penurunan nilai ekonomi akibat penggunaan dan kelusuhan serta usang kerana perubahan teknologi.
EMPAT KAEDAH PENGIRAAN BELANJA SUSUT NILAI
KAEDAH GARIS LURUS
MAKSUD, RUMUS, DAN HURAIAN
Amaun belanja susut nilai harus menjadi sama rata untuk setiap tempoh penggunaannya.
Rumus:
Belanja susut nilai tahunan = (Kos aset - Anggaran nilai sisa) / Anggaran usia guna
CONTOH SOALAN
Kos mesin |
RM 70,000 |
Anggaran nilai sisa |
RM 5,000 |
Anggaran usia guna |
5 tahun |
SKEMA JAWAPAN
Belanja susut nilai tahunan = (RM 70,000 - RM 5,000) / 5 tahun
Belanja susut nilai tahunan = RM 13,000
Jadual berikut menunjukkan susut nilai akan sama rata setiap tahun, amaun susut nilai terkumpul akan bertambah manakala nilai buku atau nilai buku bersih akan berkurang.
Tahun |
Kos |
Susut nilai tahunan |
Susut nilai terkumpul |
Nilai buku |
1 |
RM 70,000 |
RM 13,000 |
RM 13,000 |
RM 57,000 |
2 |
RM 70,000 |
RM 13,000 |
RM 26,000 |
RM 44,000 |
3 |
RM 70,000 |
RM 13,000 |
RM 39,000 |
RM 31,000 |
4 |
RM 70,000 |
RM 13,000 |
RM 52,000 |
RM 18,000 |
5 |
RM 70,000 |
RM 13,000 |
RM 65,000 |
RM 5,000 |
Andaikan tempoh perniagaan berakhir setiap tahun pada 31 Disember. Oleh itu, pada akhir tempoh perakaunan, perniagaan akan merekodkan belanja susut nilai untuk mesin adalah seperti yang berikut:
Jurnal Am |
|||
Tarikh |
Butiran |
Debit RM |
Kredit RM |
Dis 31 |
Belanja
susut nilai mesin Susut nilai terkumpul mesin (merekod
belanja susut nilai mesin semasa) |
13,000 |
13,000 |
KAEDAH BAKI BERKURANGAN
MAKSUD, RUMUS, DAN HURAIAN
Amaun susut nilai di bawah kaedah baki berkurangan memberikan corak yang sesuai dengan prinsip pemadanan iaitu amaun susut nilai adalah tinggi pada awal tahun dan berkurangan di akhir tahun penggunaan.
Rumus:
Susut nilai tahunan = Kadar (%) x Nilai buku
CONTOH SOALAN BERDASARKAN CONTOH DI ATAS
Kadar setahun = 1/5 x 100% = 20% (Andaikan usia guna aset 5 tahun)
Baki kaedah baki berkurangan berganda:
Kadar susut nilai tahunan = 2 x 1/5 x 100% = 40%
SKEMA JAWAPAN
Berikut adalah jadual yang menunjukkan belanja susut nilai baki berkurangan berganda dan nilai aset bersih akan berkurangan jika berdasarkan contoh di atas:
Tahun |
Belanja susut nilai tahunan |
Susut nilai terkumpul |
Nilai buku |
0 |
RM 70,000 |
- |
- |
1 |
40% x RM 70,000 = RM 28,000 |
RM 28,000 |
RM 42,000 |
2 |
40% x RM 42,000 = RM 16,800 |
RM 44,800 |
RM 25,200 |
3 |
40% x RM 25,200 = RM 10,080 |
RM 54,880 |
RM 15,120 |
4 |
40% x RM 15,120 = RM 6,048 |
RM 60,928 |
RM 9,072 |
5 |
RM 4,072 |
RM 65,000 |
RM 5,000 |
Jumlah |
RM 65,000 |
|
Nota: Nilai buku mesin pada tahun kelima adalah sama seperti anggaran nilai baki skrap atau nilai sisa pada akhir tahun kelima bagi kaedah garis lurus dan baki berkurangan.
KAEDAH JUMLAH ANGKA TAHUN
MAKSUD, RUMUS, DAN HURAIAN
Amaun belanja susut nilai tahunan di bawah kaedah ini menunjukkan amaunnya tinggi dalam tahun permulaan penggunaan aset dan berkurangan dalam tahun akhir penggunaannya.
Rumus:
Susut nilai tahunan = Nilai boleh susut x Pecahan tahun jumlah angka
Jumlah angka tahun = n (n + 1) / 2
* di mana n = usia guna
CONTOH SOALAN
Nilai mesin adalah RM 70,000, nilai sisa adalah RM 5,000, dan anggaran usia guna adalah 5 tahun.
SKEMA JAWAPAN
Jumlah angka tahunan = 5 (5 + 1) / 2
Jumlah angka tahunan = 15
Jadual belanja susut nilai bagi kaedah jumlah angka tahun yang menunjukkan belanja susut nilai adalah tinggi pada awal tahun penggunaannya dan kemudian semakin berkurangan di akhir tahun penggunaannya.
Tahun |
Susut nilai tahunan |
Susut nilai terkumpul |
Nilai buku |
0 |
RM 70,000 |
- |
- |
1 |
5/15 x RM 65,000 = RM 21,667 |
RM 21,667 |
RM 48,333 |
2 |
4/15 x RM 65,000 = RM 17,333 |
RM 38,900 |
RM 31,000 |
3 |
3/15 x RM 65,000 = RM 13,000 |
RM 51,900 |
RM 18,100 |
4 |
2/15 x RM 65,000 = RM 8,667 |
RM 60,667 |
RM 9,333 |
5 |
1/15 x RM 65,000 = RM 4,333 |
RM 65,000 |
RM 5,000 |
KAEDAH UNIT PENGELUARAN ATAU KAEDAH UNIT AKTIVITI
MAKSUD, RUMUS, DAN HURAIAN
Kaedah ini menyebabkan usia aset tetap dalam bentuk ukuran aktiviti atau pengeluaran bukannya tahun atau masa yang dijangkakan daripada aset tetap tersebut. Contoh unit aktiviti atau unit pengeluaran ialah kilometer bagi kenderaan, unit pengeluaran, dan jam beroperasi bagi mesin dan peralatan kilang.
Rumus:
Kadar susut nilai seunit = (Kos - Nilai sisa) / Jumlah anggaran unit aktiviti
Belanja susut nilai tahunan = Kadar susut nilai seunit x Jumlah unit aktiviti sepanjang tahun
CONTOH SOALAN
Kos mesin adalah RM 70,000, nilai sisa adalah RM 5,000. Anggaran jam beroperasi sepanjang 5 tahun ialah 10,000 jam. Bagi tahun pertama operasi, jumlah jam beroperasi ialah 2,500 jam.
SKEMA JAWAPAN
Kadar susut nilai sejam = (RM 70,000 - RM 5,000) / 10,000 jam
Kadar susut nilai sejam = RM 6.50 sejam
Oleh itu, belanja susut nilai pada tahun pertama perniagaan:
Belanja susut nilai tahunan = RM 6.50 sejam x 2,500 jam
Belanja susut nilai tahunan = RM 16,250
NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!