SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 28


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Prinsip keempat Rukun Negara: Kedaulatan Undang-Undang. 

Huraikan dua kesan kepada negara jika prinsip dii atas tidak diamalkan. [4 markah]

i) Kedaulatan negara tergugat.

Orang luar mudah menceroboh masuk tanpa kawalan.

ii) Ekonomi negara terjejas.

Penyeludupan barang dan penipuan perdagangan berleluasa.

iii) Keselamatan rakyat terancam.

Jenayah berlaku secara berleluasa menyebabkan rakyat berasa tidak selamat.

iv) Imej negara tercemar.

Nama baik negara tercemar kerana pemimpin dan rakyat tidak mematuhi undang-undang negara.

v) Keamanan negara terancam.

Berlaku tunjuk perasaan, rusuhan, dan perhimpunan haram.

SOALAN 2:

Kemukakan empat implikasi negatif sekiranya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan tidak diamalkan oleh rakyat Malaysia. [4 markah]

* Meruntuhkan nilai moral.

* Hilang jati diri dan wawasan.

* Institusi kekeluargaan terjejas.

* Wujud sikap mementingkan diri.

* Berleluasanya pergaulan bebas.

* Pelanggaran batas agama berlaku.

* Luntur nilai budaya dan adat resam.

SOALAN 3:

Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara. [4 markah]

I) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat.

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

II) Memelihara satu cara hidup demokratik.

Perlembagaan negara menjamin kebebasan asasi dan hak-hak ini tidak boleh disalahgunakan untuk mencetus isu perkauman dan memusnahkan demokrasi.

III) Mencipta satu masyarakat yang adil.

Semua rakyat mempunyai hak memiliki kekayaan secara adil dan saksama.

IV) Menjamin cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan setiap kaum.

Setiap kaum bebas mengamalkan agama, adat resam, dan kebudayaan masing-masing.

V) Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

Rakyat yang bergerak maju seiring dengan kemajuan sains dan teknologi menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

SOALAN 4:

Jelaskan dua kesan penghayatan Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan terhadap masyarakat di negara ini. [4 markah]

  • Memupuk nilai kejujuran dan amanah dalam diri masyarakat.
  • Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agama.
  • Melahirkan masyarakat yang saling menghormati walaupun berbeza agama.
  • Membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri yang menolak ajaran agama yang songsang atau sesat.

SOALAN 5:

Nyatakan empat cara setia warganegara Malaysia dapat mengamalkan prinsip Keluhurkan Perlembagaan dalam kehidupan mereka. [4 markah]

a.) Mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

b.) Memelihara Keluhuran atau Ketertinggian Perlembagaan.

c.) Merujuk kepada Perlembagaan untuk menyelesaikan pertikaian.

d.) Memahami latar belakang pembentukan Perlembagaan Malaysia.

SOALAN 6:

Jelaskan tiga cabaran bagi merealisasikan prinsip Rukun Negara. [6 markah]

i. Memastikan keharmonian negara berkekalan.

Rakyat yang tidak mematuhi prinsip Rukun Negara dianggap tidak menghormati rakyat Malaysia yang lain.

ii. Memastikan perpaduan negara terus utuh.

Rakyat yang tidak menjaga sensitiviti orang lain boleh mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat lain.

iii. Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi.

Rakyat tidak perlu mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin setiap kaum.

iv. Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama.

Rakyat mudah terpengaruh kepada ajaran sesat, liberalisasi yang melampau dan ekstrimis negara.

v. Mendaulatkan institusi raja-raja.

Rakyat yang mematuhi prinsip Rukun Negara akan mempertahankan institusi kesultanan dan beraja.

vi. Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Rakyat yang mematuhi prinsip Rukun Negara akan mewujudkan rasa saling menghormati dan memahami.

vii. Mempertahankan kemuliaan atau kesucian Perlembagaan.

Rakyat yang mematuhi prinsip Rukun Negara akan menerima, mematuhi, dan mempertahankan Keluhuran Perlembagaan.

SOALAN 7:

Berikan tiga rasional yang membawa kepada penggubalan Rukun Negara. [3 markah]

(A) Cabaran globalisasi.

(B) Penularan budaya liberalisasi.

(C) Wujud tindakan yang menggugat institusi beraja.

(D) Wujud situasi yang menggugat perpaduan negara.

(E) Wujud tindakan yang mempersoalkan Perlembagaan.

SOALAN 8:

Huraikan dua cara prinsip Kesopanan dan Kesusilaan diaplikasikan dalam kehidupan harian. [4 markah]

i._ Menghormati orang lain.

Menjalinkan hubungan baik dengan saling menghormati.

ii._ Tidak membangkitkan isu sensitif atau perkauman.

Menjaga hubungan antara kaum dengan tidak membangkitkan isu sensitif.

iii._  Menjaga pertuturan.

Tidak menuturkan kata-kata yang kesat yang boleh menjejaskan hubungan baik.

iv._ Menjaga tingkah laku dan pergaulan.

Mengelakkan pergaulan melampaui batas.

v._ Mematuhi etika atau cara berpakaian.

Tidak mengenakan pakaian yang kurang sopan.

vi._ Menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

Memberikan bantuan tanpa mengira kaum, jantina, bangsa, dan agama.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1