SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 29
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Huraikan dua cara yang perlu dilakukan ke arah memupuk kesedaran untuk menghayati prinsip Rukun Negara. [4 markah]
i. Melalui kempen Rukun Negara.
Bagi menanamkan dan menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri individu.
ii. Melalui pendidikan.
Di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Sebagai contoh, penerapan prinsip Rukun Negara melalui mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral.
iii. Melalui media massa.
Media elektronik dan media cetak menyiarkan iklan, artikel, atau program yang memberi kesedaran kepada penonton dan pembaca tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.
iv. Melalui peranan ibu bapa.
Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan memastikan anak-anak memahami dan mematuhi prinsip Rukun Negara sejak kecil hingga dewasa.
SOALAN 2:
Huraikan dua kesan penghayatan Rukun Negara dan rakyat Malaysia. [4 markah]
i. Mengeratkan perpaduan.
Memahami dan menghormati antara kaum di Malaysia.
ii. Mengekalkan cara hidup demokratik.
Dapat hidup dengan aman dan memilih pemimpin yang disukai atau mengekalkan kestabilan politik.
iii. Mewujudkan masyarakat yang adil.
Adil dalam melaksanakan apa jua tugasan.
iv. Mengekalkan tradisi budaya.
Bertolak ansur terhadap tradisi dan budaya kaum-kaum lain.
v. Menghormati undang-undang.
Undang-undang negara dipatuhi.
vi. Mengamalkan ajaran agama atau nilai murni.
SOALAN 3:
Berikan tiga hasrat negara yang ingin dicapai melalui Rukun Negara. [3 markah]
- Memelihara cara hidup demokratik.
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.
- Membina sebuah masyarakat prograsif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
- Membentuk satu sikap yang liberala terhadap kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
- Mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama secara adil.
SOALAN 4:
Jelaskan dua cara bagaimana anda dapat memanifestasikan prinsip kedua Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam kehidupan negara. [4 markah]
(i) Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi.
Melalui sukan atau Melalui pekerjaan atau Melalui penglibatan dalam ekonomi.
(ii) Mengelakkan penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan imej negara.
Khabar angin atau Memburukkan negara.
(iii) Menghormati institusi raja-raja berperlembagaan.
Simbol perpaduan.
(iv) Menghormati lambang-lambang negara.
Sebagai contoh, bendera, jata negara, dan lagu kebangsaan.
SOALAN 5:
Berikan tiga sebab ideologi negara perlu difahami dan dihayati oleh setiap warganegara Malaysia. [3 markah]
* Mewujudkan perpaduan antara kaum.
* Pemangkin keamanan dan keharmonian negara.
* Melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi.
* Mewujudkan masyarakat yang demokratik, saintifik, dan bersifat terbuka.
* Melahirkan masyarakat bangsa Malaysia yang taat dan setia kepada agama dan undang-undang negara.
SOALAN 6:
Jelaskan dua kesan jika prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan tidak diamalkan oleh masyarakat. [4 markah]
i._ Keharmonian hidup rakyat terjejas.
Kurang pegangan agama sebagai panduan hidup.
ii._ Meruntuhkan jati diri rakyat.
Rakyat mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
iii._ Lunturnya sikap saling menghormati dalam masyarakat.
Pengabaian golongan tua, kanak-kanak, atau wanita.
iv._ Berleluasanya masalah sosial.
Mudah terjerumus dalam masalah sosial kerana pegangan agama yang lemah.
v._ Meningkatkan kadar jenayah.
Kes jenayah akan bertambah.
SOALAN 7:
Nyatakan tiga cara bagaimana kita boleh menghayati prinsip Rukun Negara? [3 markah]
- Menghormati lambang-lambang negara.
- Mengenang jasa pejuang atau tokoh-tokoh negara.
- Menghormati institusi perundangan dan kehakiman negara.
- Mematuhi undang-undang negara (elak perlakuan jenayah).
- Mengelakkan penyebaran maklumat yang menjejaskan imej negara.
- Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi.
- Memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang negara.
SOALAN 8:
Terangkan dua usaha kerajaan untuk mengukuhkan penghayatan prinsip Rukun Negara dalam kalangan belia. [4 markah]
i_) Menubuhkan Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah.
Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid.
ii_) Menubuhkan Sekretariat Rukun Negara di peringkat Universiti.
Memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayata, dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!