PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 1


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 (ramalan).

    Perkembangan dalam pembangunan ekonomi Malaysia telah meningkatkan KDNK pada setiap tahun. Perkembangan dalam sektor-sektor terpilih pula menunjukkan bahawa ekonomi negara ini semakin mantap pada setiap tahun. Dari tahun 2010 hingga tahun 2012, sektor ini didapati meningkat dan dijangkakan pada tahun 2013 terus meningkat dengan kadar yang lebih tinggi.

    Pada tahun 2010, jumlah KDNK sebanyak RM 287,643 juta dan dijangka meningkat kepada RM 319,198 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2010, sektor pertanian menyumbang sebanyak RM 51,263 juta dan dijangka meningkat sebanyak RM 5,651 juta pada tahun 2013. Walaupun sumbangan sektor pertanian kurang berbanding dengan sektor lain, namun KDNK tetap meningkat pada setiap tahun. Pada tahun 2012, jumlahnya lebih tinggi berbanding dengan tahun 2011, iaitu sebanyak RM 451 juta. Pada tahun 2012, jumlahnya ialah RM 54,750 juta.

    KDNK sektor perlombongan dan kuari tidak stabil pada tempoh berkenaan. Harga pasaran yang tidak stabil mempengaruhi jumlah berkenaan. Dalam tempoh tersebut, KDNK paling tinggi dijangka pada tahun 2013, iaitu RM 66,351 juta berbanding dengan RM 66,122 juta pada tahun 2010. Pada tahun 2011, nilainya menurun sebanyak RM 3,788 juta berbanding dengan tahun 2010. Pada tahun 2012, nilainya meningkat sedikit kepada RM 63,220 juta.

    KDNK sektor perkilangan meningkat agak ketara dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 2010, sektor ini menyumbang sebanyak RM 170,258 juta, meningkat kepada RM 178,333 juta pada tahun berikutnya dan meningkat lagi sebanyak RM 8,535 juta pada tahun 2012, manakala pada tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 195,933 juta. Sektor perkilangan telah menyumbang pendapatan yang besar kepada negara dengan pembinaan kawasan industri dan pembinaan banyak kilang baharu di seluruh negara.

    Keseluruhannya, semua sektor menjadi penyumbang yang sentiasa menunjukkan peningkatan kecuali sektor perlombongan dan kuari. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai urus tadbir yang betul ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada suatu hari nanti.

SKEMA JAWAPAN:

MALAYSIA: KADAR PERUBAHAN TAHUNAN KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) MENGIKUT SEKTOR TERPILIH DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2013 (RAMALAN)

Sektor

Tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar

(RM juta)

Kadar perubahan

(%)

Tahun

2010

Tahun 2011

Tahun 2012

Tahun 2013

2010 - 2011

2011 - 2012

2012 - 2013

Pertanian

51,263

55,201

54,750

56,914

7.68

-0.82

3.95

Perlombongan dan kuari

66,122

62,334

63,220

66,351

-5.73

1.42

4.95

Perkilangan

170,258

178,333

186,868

195,933

4.74

4.79

4.85

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2012,

Putrajaya, Jabatan Perangkaan Malaysia)

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1