PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 2


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pesakit mengikut taburan kes Covid-19 dan negeri terpilih pada 4 Oktober tahun 2020.

    Pandemik Covid-19 telah banyak mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk di seluruh negara di dunia. Rakyat Malaysia sendiri turut berasa ketakutan apabila berdepan dengan ancaman virus Covid-19 ini. Sejumlah 12,413 orang penduduk Malaysia telah dijangkiti virus ini dan didapati positif Covid-19 pada 4 Oktober tahun 2020. Kira-kira 82.84% daripada jumlah tersebut merupakan kes sembuh dan dibenarkan balik ke rumah masing-masing. Kes sembuh ini telah diminta untuk menjaga kesihatan sendiri dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti terus berada di rumah jika tiada apa-apa keperluan untuk keluar.

    Selain kes sembuh, seramai 1,961 orang atau 15.80% masih dirawat dan dikenali sebagai kes sedang dirawat. Kumpulan kes ini dinasihati agar terus tabah dan tidak panik. Kumpulan kes ini dinasihati mematuhi proses rawatan yang telah ditetapkan. Sebahagian besar kes ini dijangka akan sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan norma baru. Walau bagaimanapun, kira-kira 0.26% daripada jumlah pesakit Covid-19 menjalani rawatan rapi di hospital yang telah ditetapkan. Kos rawatan rapi ini memerlukan bantuan khas seperti bantuan mesin penafasan dan kemudahan yang lain. Pihak petugas khas juga ramai diperlukan untuk merawat kumpulan kes rawatan rapi ini. Kes kematian pula adalah seramai 137 orang. Kes kematian ini amat menyedihkan kerana mereka kebanyakannya warganegara yang telah berumur dan mempunyai penyakit sebelum dijangkiti virus Covid-19.

    Jika ditinjau pada negeri yang terlibat, ternyata Kuala Lumpur mencatat jumlah pesakit Covid-19 paling tinggi pada 4 Oktober 2020 iaitu 2,694 orang. Bilangan pesakit yang tinggi ini telah membimbangkan dan mencemaskan seluruh rakyat Malaysia. Negeri Selangor pula mencatat bilangan pesakit seramai 2,378 orang iaitu kurang 9 orang berbanding negeri Sabah iaitu kira-kira 19.16% daripada jumlah keseluruhan. Negeri Sembilan mencatat 1,054 orang. Manakala Johor dan Sarawak merekodkan 785 orang dan 717 orang masing-masing. Selebihnya adalah jumlah pesakit negeri Kedah dan negeri-negeri lain dengan catatan Kedah sebanyak 6.52% daripada jumlah keseluruhan.

(Disesuaikan daripada CPRC Kebangsaan,

Kementerian Kesihatan Malaysia, Oktober 2020)

SKEMA JAWAPAN:

MALAYSIA: JUMLAH PESAKIT MENGIKUT TABURAN KES COVID-19 DAN NEGERI TERPILIH PADA 4 OKTOBER TAHUN 2020

Taburan Kes Covid-19

Jumlah Pesakit (orang)

Jumlah

Peratus (%)

Sudut (°)

Sembuh

10,283

82.84

298.23

Sedang dirawat

1,961

15.80

56.87

Rawatan rapi

32

0.26

0.93

Kematian

137

1.10

3.97

Jumlah

12,413

100

360

Negeri

Jumlah Pesakit (orang)

Jumlah

Peratus (%)

Tinggi (cm)

Kuala Lumpur

2,694

21.70

2.17

Selangor

2,378

19.16

1.92

Sabah

2,387

19.23

1.92

Negeri Sembilan

1,054

8.49

0.85

Johor

785

6.32

0.63

Sarawak

717

5.78

0.58

Kedah

809

6.52

0.65

Lain

1,589

12.80

1.28

Jumlah

12,413

100

10

(Disesuaikan daripada CPRC Kebangsaan,

Kementerian Kesihatan Malaysia, Oktober 2020)

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1