PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 42


这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah yang benar tentang ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?

I.      Memiliki sempadan negara yang jelas.

II.     Mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik.

III.    Mempunyai Ketua Negara yang dilantik oleh rakyat.

IV.    Membuat hubungan diplomatik dengan semua negara luar.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 2:

Apakah faktor-faktor pengetahuan pembentukan Malaysia?

I.      Menghalang penyebaran ideologi komunis.

II.     Meningkatkan jumlah penduduk di Malaysia.

III.    Mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak, dan Singapura.

IV.    Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak, dan Singapura.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 3:

Yang manakah berkaitan dengan agama dalam Perlembagaan Persekutuan?

I.      Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

II.     Kuasa menggubal undang-undang Islam merupakan kuasa Parlimen.

III.    Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain.

IV.    Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan bagi agamanya.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 4:

Yang manakah jawatan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja?

I.      Ketua Pendaftar.

II.     Hakim Mahkamah Rayuan.

III.    Hakim Mahkamah Tinggi.

IV.    Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 5:

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

I.      Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya.

II.     Membuat kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

III.    Menjalankan urusan pendaftaran pemilih baru dan semakan daftar pemilih.

IV.    Menetapkan tarikh persidangan pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 6:

Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampun kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di

A. Mahkamah Sesyen di Kelantan.

B. Mahkamah Majistret di Kedah.

C. Mahkamah Tinggi di Terengganu.

D. Mahkamah Syariah di Melaka.

SOALAN 7:

Yang manakah benar tentang keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia?

A. Dilantik setelah mendapat persetujuan Kabinet.

B. Boleh dipecat melalui tribunal oleh Perdana Menteri.

C. Surat perletakan jawatan diserah kepada Perdana Menteri.

D. Boleh berkhidmat sehingga umur enam puluh enam tahun.

SOALAN 8:

Yang manakah benar tentang tugas Perdana Menteri?

I.      Mengetuai Jemaah Menteri.

II.     Melantik Setiausaha Jemaah Menteri.

III.    Memegang kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan.

IV.    Memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 9:

 

Agensi Kerajaan

P

Perbendaharaan.

Q

Unit Penyelarasan Pelaksanaan.

R

Unit Perancang Ekonomi.


 

Peranan

I

Menubuhkan dan menyusun semula syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan.

II

Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan.

III

Mengurus, melaksanakan, dan memantau peruntukan khas YB Ahli Dewan Rakyat.


Yang manakah padanan yang betul antara agensi kerajaan dengan peranannya?

 

P

Q

R

A.

I

III

II

B.

II

I

III

C.

II

III

I

D.

III

I

II

SOALAN 10:

Yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri?

I.      Keluasan negeri.

II.     Jumlah penduduk.

III.    Jaringan jalan raya.

IV.    Jumlah pendapatan Kerajaan Negeri.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 11:

Yang manakah merupakan agensi di bawah kawalan Kerajaan Negeri?

I.      Jabatan Imigresen Negeri.

II.     Lembaga Hasil Dalam Negeri.

III.    Unit Perancang Ekonomi Negeri.

IV.    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

Yang manakah amalan pengasingan kuasa di Malaysia?

I.      Parlimen berfungsi sebagai penggubal undang-undang.

II.     Pihak mahkamah menguatkuasakan undang-undang.

III.    Kabinet meluluskan penggubalan undang-undang negara.

IV.    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai penguatkuasaan undang-undang.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 13:

Yang manakah benar tentang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan?

I.      Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang kotor.

II.     Mendaftarkan dan mengeluarkan lesen syarikat perniagaan.

III.    Mengenakan kompaun terhadap salah laku yang melibatkan papan iklan perniagaan.

IV.    Menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri untuk kegunaan premis perniagaan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 14:

Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik?

A. Memperkasa daya saing negara.

B. Mengekalkan kepimpinan sedia ada.

C. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

D. Menyusun semula agihan sumber tenaga kepada semua sektor.

SOALAN 15:

Antara kemahiran untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam tadbir urus baik ialah

A. menguruskan fail.

B. meningkatkan motivasi bekerja.

C. menguasai ilmu pengetahuan.

D. mengamalkan konsep mesra pelanggan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1