PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 26


这篇文章是 Sem 3 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN 1:

Berikut adalah ciri-ciri dasar luar Malaysia

I.      Menyedarkan.

II.     Boleh dipercayai.

III.    Multilateral.

IV.    Geostrategik.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 2:

X  Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam.

X  Malaysia menyokong Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pernyataan di atas merujuk kepada faktor penentu dasar luar berikut: 

A. Faktor Dalaman.

B. Faktor Sejarah dan Budaya.

C. Faktor Luaran.

D. Faktor Kepimpinan.

SOALAN 3:

Hubungan luar Malaysia telah dirangka supaya Malaysia dapat menjalin.

I.      Hubungan pakatan kepakaran ketenteraan.

II.     Hubungan dengan negara luar tanpa mengambil kira fahaman politik.

III.    Hubungan erat dengan negara jiran.

IV.    Hubungan pakatan ekonomi dan perdagangan.

A. I dan II

B. II dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 4:

- Memastikan keadaan politik serantau sentiasa aman.

- Memastikan kuasa besar dunia tidak melibatkan diri dalam isu negara Asia Tenggara.

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan Malaysia dalam

A. Zon Bebas Senjata Nuklear.

B. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.

C. Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali.

D. Sidang Kemuncak Asia Timur.

SOALAN 5:

Yang manakah prinsip penglibatan Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

A. Memelihara kepentingan politik negara.

B. Menjaga persamaan agama.

C. Mengembalikan kedaulatan sesebuah negara.

D. Mengekalkan penguasaan ekonomi.

SOALAN 6:

1 Meningkatkan pelaburan dari negara utama dunia di rantau ASEAN.

1 Mengurangkan kadar kemiskinan serta merapatkan jurang pendapatan.

1 Mencapai satu suara dalam isu ekonomi global.

Yang manakah entiti yang boleh mencapai hasrat di atas?

A. Wawasan ASEAN 2020.

B. Komuniti Ekonomi ASEAN.

C. Kawasan Pelaburan ASEAN.

D. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN.

SOALAN 7:

, Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina.

, Program Baja Urea di Indonesia.

Kerjasama di atas membawa kepada 

I.      Meningkatkan kerjasama ekonomi rakyat ASEAN.

II.     Mengambil langkah menarik pelabur Jepun dan China.

III.    Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi ASEAN.

IV.    Menetap hak eksklusif atas Zon Ekonomi di negara ASEAN.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 8:

Antara yang berikut, yang manakah merupakan isu-isu yang menaikkan imej Malaysia di mata dunia?

I.      Mengambil sikap tidak campur tangan dalam isu Amerika Syarikat-Iraq, Perang Kosovo, dan Perang Bosnia-Herzegovina.

II.     Pernah menjadi ahli tidak tetap di Majlis Keselamatan PBB.

III.    Menjadi jurucakap dan pembela nasib negara-negara Dunia Ketiga.

IV.    Prestasi tentera Malaysia di bawah panji PBB mendapat pengiktirafan dunia.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 9:

Yang manakah prinsip Malaysia dalam melibatkan diri dalam pelbagai misi pengaman di bawah label Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

A. Memastikan penguasaan ekonomi kekal terutama di negara membangun.

B. Mengembalikan kedaulatan sesebuah negara.

C. Menjaga persamaan agama Islam.

D. Memelihara kepentingan politik sesebuah negara.

SOALAN 10:

  • Memperoleh bantuan kewangan, latihan teknikal, dan biasiswa kepada negara anggota.
  • Mendapat dana kewangan bagi membina pusat latihan teknikal untuk meningkatkan kepakaran dalam negara.

Pernyataan di atas merujuk kepada manfaat yang diperoleh Malaysia melalui

A. Rancangan Colombo.

B. Dialog Antarabangsa Langkawi.

C. Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

D. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Thailand.

SOALAN 11:

Yang manakah menunjukkan matlamat utama Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)?

A. Memajukan ekonomi negara serantau.

B. Menghentikan penindasan dan mengembalikan keamanan dunia.

C. Membantu dalam pengurusan hutang dan pasaran modal tempatan.

D. Mengelak campur tangan negara bukan Islam di Iraq dan Kuwait.

SOALAN 12:

Yang manakah antara perkara berikut yang mengubah dasar luar Malaysia?

I.      Perkembangan hubungan diplomatik antara negara ASEAN.

II.     Hubungan damai negara-negara Eropah.

III.    Penghapusan Dasar Aparteid.

IV.    Kejatuhan Iraq ke tangan Amerika.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. II dan III

SOALAN 13:

  • Ditubuhkan oleh negara-negara yang sedang membangun di Asia, Afrika, dan Amerika Latin.
  • Mengiktiraf persamaan ras.

Pernyataan di atas merujuk kepada pertubuhan berikut

A. Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali.

B. Forum Antarabangsa ASEAN.

C. Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali.

D. Pertubuhan Pendidikan dan Kebudayaan PBB.

SOALAN 14:

Yang manakah tujuan Malaysia menyertai Komanwel?

A. Mewujudkan institusi tersendiri dalam setiap bidang sosioekonomi.

B. Mengadakan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara anggota.

C. Berkongsi pengalaman perundangan dalam menetapkan sesuatu keputusan.

D. Meningkatkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota.

SOALAN 15:

Antara yang berikut, yang manakah tujuan tuntutan Zon Ekonomi Eksklusif oleh Malaysia di Laut China Selatan?

I.      Menguasai kemudahan pelabuhan beberapa buah pulau.

II.     Menguasai sumber kekayaan dasar laut.

III.    Mempertahankan keutuhan dan kedaulatan wilayah.

IV.    Memajukan pulau-pulau yang dipertikaikan sebagai pangkalan tentera.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1