PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 44
SOALAN 1:
Yang manakah antara berikut benar tentang teori pengasingan kuasa?A. Membentuk corak pemerintahan mutlak.
B. Mengelakkan campur tangan daripada pelbagai pihak.
C. Menggalakkan pemusatan kuasa berada dalam tangan sebuah organisasi.
D. Membahagikan kuasa kepada badan-badan yang mempunyai tanggungjawab secara khusus.
SOALAN 2:
I Berminat untuk tinggal di Malaysia. I Berusia 21 tahun atau lebih. |
Pernyataan di atas merujuk kepada syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara
A. masukan.
B. pendaftaran.
C. cantuman wilayah.
D. kuat kuasa undang-undang.
SOALAN 3:
Yang manakah berikut bidang kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?
I. Melantik Ketua Audit Negara.
II. Melantik seorang Perdana Menteri.
III. Melantik Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
IV. Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 4:
Yang manakah jawatan yang perlantikannya dibuat melalui perbincangan dengan Majlis Raja-Raja?
I. Perdana Menteri.
II. Ketua Hakim Negara.
III. Hakim Mahkamah Syariah.
IV. Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 5:
Yang manakah berikut merupakan ahli badan perundangan negeri?
A. Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang.
B. Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
C. Setiausaha Negeri Sarawak.
D. Setiausaha Negeri Sabah.
SOALAN 6:
: Anggota Perkhidmatan Awam. : Tidak boleh dipecat tanpa alasan yang munasabah. |
Syarat kelayakan di atas adalah syarat bagi jawatan sebagai
A. Menteri.
B. Perdana Menteri.
C. Setiausaha Parlimen.
D. Hakim Mahkamah Persekutuan.
SOALAN 7:
|
Rang Undang-Undang |
|
Fungsi |
I |
Rang Undang-Undang
Persendirian. |
P |
Dibentangkan oleh
ahli Dewan Rakyat. |
II |
Rang Undang-Undang
Ahli Persendirian. |
Q |
Undang-undang
campuran yang mempunyai kepentingan tertentu. |
III |
Rang Undang-Undang
Hibrid. |
R |
Bercorak tempatan
dan melibatkan orang yang terhad bilangannya. |
IV |
Rang Undang-Undang
Awam |
S |
Undang-undang
berkaitan dasar negara. |
Yang manakah padanan yang betul?
|
I |
II |
III |
IV |
A. |
P |
S |
R |
Q |
B. |
R |
P |
Q |
S |
C. |
S |
P |
R |
Q |
D. |
Q |
S |
P |
R |
SOALAN 8:
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah
A. diluluskan oleh Kabinet.
B. diluluskan oleh Parlimen.
C. diwartakan sebagai warta kerajaan.
D. diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
SOALAN 9:
Bidang kuasa Mahkamah Syariah
|
Jenayah |
Sivil |
I |
Menukar agama. |
Nafkah anak. |
II |
Mendera isteri. |
Tidak
bersembahyang. |
III |
Meminum minuman
keras. |
Harta
sepencarian. |
IV |
Penceraian. |
Berzina. |
Yang manakah padanan kes di atas yang betul?
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 10:
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang calon pilihan raya?
A. Dicalonkan oleh Perdana Menteri.
B. Saraan dibayar oleh Perbendaharaan.
C. Tinggal menetap di negeri beliau bertanding.
D. Seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam.
SOALAN 11:
Antara yang berikut, yang manakah hasil pendapatan yang sesuai bagi X, Y, dan Z mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen?
|
X |
Y |
Z |
A. |
Cukai pendapatan. |
Cukai tanah. |
Cukai pintu. |
B. |
Cukai tanah. |
Cukai pintu. |
Duti setem. |
C. |
Duti setem. |
Cukai pendapatan. |
Cukai tanah. |
D. |
Cukai pintu. |
Duti setem. |
Cukai pendapatan. |
SOALAN 12:
Yang berikut yang manakah persamaan tugas Sultan dan Yang di-Pertua Negeri?A. Ketua Agama Islam Negeri.
B. Memilih Yang di-Pertuan Agong.
C. Melantik Ketua Kerajaan Negeri.
D. Berkuasa memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja.
SOALAN 13:
; Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan. ; Menetapkan nama-nama jalan di kawasan perumahan. |
Pernyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa
A. Pejabat Tanah dan Daerah.
B. Pihak Berkuasa Tempatan.
C. Jawatankuasa Tindakan Daerah.
D. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
SOALAN 14:
|
Agensi |
|
Fungsi |
I |
Unit Perancang
Ekonomi. |
P |
Mengagih sumber
kewangan kepada agensi kerajaan. |
II |
Unit Penyelarasan Pelaksanaan. |
Q |
Menjalankan penyelidikan
sosial dan ekonomi. |
III |
Perbendaharaan. |
R |
Membantu kerajaan
dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan. |
IV |
Unit Pemodenan Tadbiran
Malaysia. |
S |
Mengemukakan teknik
dan inovasi pengurusan terkini. |
Yang manakah padanan berikut benar tentang Agensi Pusat?
|
I |
II |
III |
IV |
A. |
Q |
R |
P |
S |
B. |
P |
Q |
R |
S |
C. |
Q |
P |
R |
S |
D. |
S |
P |
Q |
R |
SOALAN 15:
v Membincangkan keperluan mengadakan gotong royong di
kampung-kampung. v Merancang Program Pembangunan Ekonomi penduduk setempat. |
Peranan di atas dilaksanakan oleh
A. Jawatankuasa Keselamatan Negeri.
B. Jawatankuasa Pembangunan Negeri.
C. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
D. Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!