PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 46
SOALAN 1:
Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri.
I. Mengawal pergerakan manusia dan barangan.
II. Memperluas sumber kekayaan negara.
III. Menguruskan pilihan raya umum.
IV. Menjamin keselamatan negara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 2:
Wanita A
|
Wanita A di atas boleh mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui kaedah
A. pendaftaran.
B. masukan.
C. percantuman wilayah.
D. penguatkuasaan undang-undang.
SOALAN 3:
Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
I. Kabinet meluluskan undang-undang.
II. Mahkamah membatalkan undang-undang.
III. Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan.
IV. Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 4:
Yang manakah tepat mengenai kes sivil?
A. Tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Tinggi sahaja.
B. Pendakwa dan Peguam Bela terlibat dalam perbicaraan.
C. Melibatkan tuntutan ganti rugi dan tuntutan hak.
D. Kes dikemukakan oleh penguat kuasa.
SOALAN 5:
Setiap ahli Parlimen
dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-mana Majlis Parlimen
atau mana-mana jawatankuasa. |
Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?
A. Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen.
B. Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat.
C. Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen.
D. Ahli Parlimen boleh berbahas tentang Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam sidang Parlimen.
SOALAN 6:
Yang manakah yang berikut memenuhi syarat untuk seseorang bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri?
A. Bertugas sebagai penjawat awam.
B. Menetap di luar kawasan pilihan raya.
C. Dicadangkan oleh sesebuah parti sebagai calon.
D. Berumur lebih 21 tahun pada hari penamaan calon.
SOALAN 7:
Yang manakah yang benar tentang pengundi yang layak mengundi secara pos?
A. Banduan yang sedang menjalankan hukuman penjara.
B. Anggota perkhidmatan awam yang sedang bertugas di luar negara.
C. Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta di luar negara.
D. Pelajar yang sedang mengikuti program pertukaran pelajar di luar negara.
SOALAN 8:
Yang manakah
I. Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun.
II. Pilihan raya peringkat Persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan.
III. Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen.
IV. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 9:
I |
Mendapat kelulusan
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. |
II |
Dipersetujui secara
kolektif oleh Jemaah Menteri. |
III |
Kementerian merangka
dasar rang undang-undang. |
Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah yang betul tentang proses penggubalan undang-undang negara?
A. |
I |
III |
II |
B. |
II |
I |
III |
C. |
III |
II |
I |
D. |
III |
I |
II |
SOALAN 10:
Teguran Pemeriksaan
rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi prosedur
pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan. |
Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di atas?
A. Jabatan Audit Negara.
B. Jabatan Akauntan Negara.
C. Jawatankuasa Akaun Awam.
D. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
SOALAN 11:
Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan
A. Sultan.
B. Ketua Kerajaan Negeri.
C. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
SOALAN 12:
Yang manakah kesan pewujudan perbadanan awam dalam sistem pentadbiran?
I. Mengurangkan beban kewangan kerajaan.
II. Mengurangkan pembaziran sumber ekonomi.
III. Meningkatkan pembangunan teknologi terkini.
IV. Meningkatkan penglibatan kerajaan dalam bidang sosioekonomi.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 13:
Menyelia pelaksanaan dan menilai kemajuan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi merupakan bidang tugas
A. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.
B. Majlis Pembangunan Negara.
C. Jabatan Audit Negara.
D. Kabinet.
SOALAN 14:
Yang manakah kesan pengamalan tadbir urus baik sektor awam?
A. Menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar.
B. Meningkatkan imej perkhidmatan awam.
C. Mencapai misi nasional yang ditetapkan.
D. Merancakkan pembangunan negara.
SOALAN 15:
Yang manakah cabaran bagi tadbir urus baik dalam menghadapi era globalisasi?
I. Karenah birokrasi.
II. Pembangunan modal insan.
III. Pengurangan perbelanjaan awam.
IV. Pengaruh teknologi maklumat dan telekomunikasi.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!