PERAKAUNAN - NOTA KAWALAN DALAMAN


NOTA KAWALAN DALAMAN

DEFINISI KAWALAN DALAMAN

Kawalan dalaman merujuk kepada langkah atau tatacara yang diamalkan oleh perniagaan bagi melindungi sumber aset perniagaan daripada penipuan, penyelewengan, dan ketidakcekapan.

EMPAT KAWALAN DALAMAN

  1. Meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.
  2. Memastikan polisi dan tatacara perniagaan dipatuhi oleh pekerja.
  3. Menjaga keselamatan aset perniagaan daripada kehilangan, penyalahgunaan, atau penyelewengan.
  4. Memastikan maklumat kewangan yang tepat, boleh dipercayai, dan berguna kepada pengguna penyata kewangan.

TUJUH PRINSIP KAWALAN DALAMAN

(a) Penetapan tanggungjawab.

Penetapan tanggungjawab bermaksud individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas tertentu yang diberikan.

(b) Pengasingan tugas.

Sesuatu tugasan mesti dilaksanakan oleh 2 atau 3 orang yang berbeza. Satu tugasan tidak boleh dilakukan oleh individu yang sama dari awal hinggan akhir.

(c) Kelulusan.

Setiap urus niaga yang berlaku perlu mendapat kelulusan daripada pegawai atasan yang diberi kuasa.

(d) Pendokumen.

Setiap urus niaga perlu mempunyai dokumen bersalinan yang lengkap dan bernombor siri.

(e) Verifikasi dalaman.

Verifikasi dalaman adalah pengesanan dokumen serta rekod kewangan bagi meningkatkan tahap kebolehpercayaan.

(f) Pusingan tugas.

Seseorang kakitangan atau pekerja tidak boleh diletakkan untuk bertugas di sesebuah jabatan dalam masa yang lama.

(g) Kawalan mekanikal, elektronik, dan fizikal.

Sebagai contoh, penggunaan kamera litap tertutup (CCTV), cermin sisi, kad perakam masa kerja, dan sebagainya.

TIGA TATACARA KAWALAN

Bagi aktiviti penerimaan dan pembayaran tunai, jualan, dan pergerakan inventori.

(1)

  • Pastikan dalam setiap urus niaga dari mula kerja hingga akhir terdapat individu yang berbeza menguruskan tugasan tersebut.
  • Prinsip pusingan tugas.

(2) 

Penggunaan dokumen yang sesuai dalam urus niaga di atas perlu diberi penekanan seperti berikut:

(i) Bayaran tunai.

  • Resit.
  • Bil tunai.
  • Keratan cek.
  • Penyata bank.
  • Baucar pembayaran.

(ii) Belian.

  • Invois.
  • Nota debit.
  • Nota kredit.

(iii) Jualan.

  • Invois.
  • Nota debit.
  • Nota kredit.

(iv) Pergerakan inventori.

  • Nota serahan inventori. 
  • Nota permintaan bahan.

3. 

Bagi setiap urus niaga di atas, pastikan ada ciri kawalan dalaman seperti kelulusan untuk urus niaga bagi inventori serta tunai pastikan ada ciri verifikasi dimasukkan.

LIMA BATASAN KAWALAN DALAMAN

(1) Bilangan pekerja dan saiz organisasi.

Jika saiz organisasi kecil dan mempunyai bilangan pekerja yang sedikit, pengasingan tugas dan pusingan tugas mungkin tidak dapat dilakukan. Ia adalah situasi yang normal dalam syarikat yang kecil di mana seorang pekerja melakukan pelbagai tugas.

(2) Konspirasi atau Suhabat.

Walau sebangus manapun sesuatu kawalan dalaman dilakukan namunnya ia masuk boleh ditembusi sekiranya terdapat konspirasi di antara pekerja dalaman atau di antara bekerja dalaman dengan orang luar. Konspirasi bermaksud 2 orang atau lebih bersahabat dan bekerjasama untuk melakukan sesuatu jenayah.

(3) Kos melebihi manfaat.

Jika syarikat adalah kecil, pekerja yang sedikit dan transaksi yang tidak banyak mengaplikasikan sesuatu kawalan dalaman akan melibatkan kos yang banyak, di mana mungkin mengakibatkan kos melebihi manfaatnya.

(4) Kesilapan, salah faham, keletihan, dan tekanan.

Boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku tanpa disengajakan. Walaubagaimanapun, kawalan dalaman yang baik mungkin mampu mengesan sesuatu kesilapan yang berlaku.

(5) Campur tangan pengurusan.

Campur tangan oleh pengurus dalam mengendalikan maklumat kewangan dan membuat keputusan kadanga kala bertentangan dengan polisi kawalan dalaman. Pihak pengurus mungkin beranggapan mereka boleh beroperasi di luar skop kawalan dalaman walaupun sebenarnya tidak boleh.

MAKSUD DAN HURAIAN SEKURITI BOLEH PASAR

Sekuriti boleh pasar merujuk kepada pelaburan jangka pendek yang mudah dicairkan. Ianya yang terbahagi kepada sekuriti ekuiti dan sekuriti hutang.

MAKSUD DAN HURAIAN SEKURITI EKUITI

Sekuriti ekuiti merujuk kepada saham syarikat atau organisasi. Pemilikan sebahagian atau seluruh syarikat atau aset produktif. Ia tidak menjamin pulangan balik modal yang dilaburkan. Ekuiti pelabur melebihi 50% mempunyai kuasa kawalan atas syarikat.

MAKSUD DAN HURAIAN SEKURITI HUTANG

Sekuriti hutang mempunyai kadar faedah dengan tarikh matang tertentu. Kadar faedah dan nilai pokok pinjaman berdasarkan nilai pasaran semasa penebusan semula. 

PEREKODAN SEKURITI BOLEH PASAR

a. Sedia untuk dijual.

b. Nilai saksama melalui keuntunga atau kerugian.

PENILAIAN SEKURITI PADA NILAI PASARAN

  • Boleh dinilai pada harga kos, pada nilai pasaran atau TAKAP (prinsip konservatisme).
  • Peraturan TAKAP ditentukan berasaskan agregat atau jumlah portfolio; kategori pelaburan atau individu atau jumlah portfolio; kategori pelaburan atau individu atau item pelaburan.
  • Contoh:

Sekuriti Ekuiti

Kos

(RM)

Pasaran
(RM)

Item

(RM)

Kategori
(RM)

Agregat / Jumlah
 (RM)

Kewangan:

 

 

 

 

 

MAYBANK

2,000

3,000

2,000

 

 

BIMB

5,000

4,500

4,500

 

 

Jumlah kewangan

7,000

7,500

 

7,000

 

Hartanah:

 

 

 

 

 

ABC Holdings

7,200

7,000

7,000

 

 

Indah Sdn. Bhd.

3,800

3,000

3,000

 

 

Jumlah hartanah

11,000

10,000

 

10,000

 

Jumlah

18,000

17,500

 

 

17,500

PENURUNAN ATAS KENAIKAN SEKURITI BOLEH PASAR BERBANDING NILAI PASARAN

(a) Penurunan Sekuriti Boleh Pasar.

* Syarikat A mempunyai Sekuriti Boleh Pasar 10,000 unit saham biasa.

* Syarikat C beli pada 1 April dengan harga RM 30,000.

* Pada 31 Disember, harga pasaran Sekuriti Boleh Pasar RM 28,000.

Dikehendaki:

Sediakan catatan pelarasan dan kedudukan dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

SKEMA JAWAPAN

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

Dis 31

Rugi penurunan nilai Sekuriti Boleh Pasar

Peruntukan penurunan nilai Sekuriti Boleh Pasar

(merekod rugi penurunan nilai Sekuriti Boleh Pasar)

2,000

 

2,000


Syarikat A

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember

 

RM

RM

Aset semasa

 

 

Sekuriti Boleh Pasar

30,000

 

Tolak: Peruntukan penurunan nilai

2,000

 

 

 

28,000

(b) Kenaikan Sekuriti Boleh Pasar.

* Pada 31 Disember, harga pasaran Sekuriti Boleh Pasar RM 35,000.

Dikehendaki:

Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan.

* Nota: 

- tiada catatan jurnal.

- hanya perlu didedahkan dalam penyata kewangan sebagai patuhi prinsip pendedahan penuh.

SKEMA JAWAPAN

Syarikat A

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember

 

RM

Aset semasa

 

Sekuriti Boleh Pasar

30,000

 

 

Nota kepada akaun

 

Harga pasaran Sekuriti Boleh Pasar meningkat kepada RM 35,000.

 


下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1