PERAKAUNAN - NOTA LIABILITI DAN EKUITI 1


NOTA LIABILITI DAN EKUITI 1

PENGENALAN

Liabiliti merupakan obligasi atau tanggungan perniagaan yang wujud disebabkan oleh peristiwa masa yang lepas, yang mana penyelesaian kepadanya dijangka akan melibatkan pengaliran keluar sumber ekonomi perniagaan tersebut, iaitu keperluan untuk membuat bayaran tunai atau menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada perniagaan lain.

Liabiliti yang terdiri daripada pinjaman wang, rugi daripada kotingensi, gadai janji, dan belian barangan serta perkhidmatan secara kredit, dan sebagainya.

Liabiliti juga dikenali sebagai pengorbanan ke atas kelebihan ekonomi yang timbul dari obligasi atau tanggungan semasa untuk sesebuah entiti perniagaan bagi memindahkan aset atau menyediakan perkhidmatan kepada entiti perniagaan lain pada masa hadapan akibat daripada urus niaga atau peristiwa pada masa lepas. 

Ekuiti merupakan obligasi atau tuntutan pemilik perniagaan ke atas baki aset selepas tuntutan yang dibuat oleh liabiliti.

LIMA CIRI LIABILITI

(a) Mesti dapat ditentukan jumlahnya.

(b) Mesti wujud dalam keadaan semasa.

(c) Mesti dapat menentukan kewujudannya.

(d) Mesti melibatkan perbelanjaan pada masa hadapan.

(e) Tempoh matang perlu diketahui atau dapat dianggarkan.

MAKSUD DAN HURAIAN LIABILITI SEMASA

Liabiliti semasa merujuk kepada satu bentuk liabiliti yang dijangka akan dibayar menggunakan aset semasa yang ada dengan mewujudkan liabiliti semasa yang lain dan mesti dibayar dalam masa satu tahun.

Liabiliti semasa adalah obligasi yang perlu dijelaskan dalam tempoh samada satu tahun atau satu tempoh semasa (yang mana lebih panjang).

Liabiliti semasa yang terbahagi kepada dua jenis iaitu liabiliti pasti dan liabiliti dianggarkan.

LIABILITI PASTI

Liabiliti pasti adalah liabiliti yang dikenal pasti dengan tepat nilainya serta kepastian berlakunya liabiliti tersebut dapat ditentukan.

Sebagai contoh, ansuran kepada pihak bank pada setiap akhir bulan berjumlah RM 2,250.

Liabiliti yang pasti nilainya yang terdiri daripada akaun belum bayar, nota belum bayar jangka pendek, dividen belum bayar, pendahuluan, belanja belum bayar, cukai jualan belum bayar, hasil belum terperoleh, dan lain-lain.

LIABILITI DIANGGARKAN

Liabiliti dianggarkan merujuk kepada yang kewujudannya adalah pasti tetapi jumlah tuntutan yang akan berlaku tidak dapat ditentukan dengan pasti. Amaun liabiliti ini perlu dianggarkan untuk pelaporan dalam penyata kewangan.

Anggaran mengenai amaun liabiliti ini ditentukan berdasarkan pengalaman masa lalu dan ia adalah berbeza di antara sesebuah perniagaan dengan perniagaan yang lain.

Contoh liabiliti dianggarkan adalah jaminan (warranties) belum bayar, obligasi jaminan, atau waranti.

JAMINAN BELUM BAYAR (ESTIMATED LIABILITY UNDER WARRANTIES)

Perniagaan pembarangan biasanya akan memberikan jaminan ke atas barangannya di bawah perjanjian jaminan. Jaminan merujuk kepada belanja yang diperuntukkan oleh penjual bagi menyakinkan pembeli atas kualiti serta prestasi barangan yang dijual bagi satu tempoh tertentu dengan syarat tertentu. Tempoh jaminan adalah ditentukan, biasanya antara 90 hari hingga satu tahun.

Contohnya, jika barangan elektrik yang dibeli rosak dalam masa sebulan dari tarikh pembelian, maka pembeli dibenarkan menghantar barang yang dibeli untuk diperbaiki tanpa dikenakan sebarang kos tambahan atau digantikan dengan yang baru.

Bagi pihak penjual, belanja membaiki barangan tersebut merupakan kos tambahan dan dikenali sebagai belanja jaminan. Belanja ini tidak dapat dipastikan amaunnya dengan tepat dan memerlukan anggaran. Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam membuat anggaran, antaranya adalah tempoh masa jaminan, kualiti atau jenama barangan dan pengalaman yang lalu.

Di bawah konsep pemadanan, perbelanjaan jaminan perlu direkodkan dalam tempoh yang sama dengan tempoh di mana jualan berlaku. Walaupun liabiliti jaminan bergantung kepada kewujudannya pada peristiwa masa depan, ianya dianggap liabiliti kerana obligasi ke atas belanja jaminan telah berlaku dan amaunnya boleh dianggarkan.

MAKSUD AKAUN BELUM BAYAR DAGANGAN

Akaun belum bayar dagangan merupakan obligasi atau tanggungan perniagaan kepada pembekal bagi belian barang niaga secara kredit.

CATATAN JURNAL BAGI BELIAN KREDIT 

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

 

Belian

Akaun belum bayar / Pemiutang

(merekod belian secara kredit)

XX

 

XX

FORMAT BAGI PENYEDIAAN LEJAR AKAUN BELUM BAYAR ATAU PEMIUTANG

Format bagi penyediaan lejar akaun belum bayar yang terdapat dalam lejar subsidiari atau lejar belian mempunyai format yang sama seperti yang terdapat dalam kawalan pemiutang di lejar am.

Akaun Kawalan Pemiutang

Butiran

RM

Butiran

RM

Bank

XXXX

Baki b/b

XXXX

Diskaun diterima

XXX

Belian

XXX

Pulangan belian

XXX

Caj angkutan

XX

Kawalan penghutang (kontra)

XXX

Faedah

XX

Baki h/b

XXX

 

 

 

XXXX

 

XXXX

 

 

Baki b/b

XXX

MAKSUD DAN HURAIAN NOTA BELUM BAYAR

Nota belum bayar merujuk kepada obligasi dalam bentuk pemberian nota janji oleh peminjam kepada pemiutang. Nota janji yang diberikan adalah dalam bentuk janji bertulis untuk membayar jumlah asal yang dihutang bersama faedah sehingga satu tarikh tertentu di masa hadapan. Ianya merupakan instrumen diberi kepada pembekal sebagai penyelesaian sementara ke atas akaun belum bayar. Nota belum bayar wujud apabila terdapat akaun belum bayar memerlukan terma kredit yang lebih panjang.

CATATAN JURNAL BAGI TERBITAN NOTA BELUM BAYAR

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

 

Belian / Akaun belum bayar

    Nota belum bayar

(merekod terbitan nota belum bayar)

XX

 

XX

MAKSUD LAIN-LAIN BELUM BAYAR

Lain-lain belum bayar merupakan bil atau belanja yang belum dibayar dan hasil belum terperoleh.

MAKSUD DAN HURAIAN BELANJA BELUM BAYAR

Belanja belum bayar atau Belanja terakru adalah perbelanjaan yang telah berlaku tetapi pembayaran ke atasnya belum dibuat atau belum direkodkan pada akhir tempoh perakaunan.

Tamsilnya, item belanja belum bayar yang terdiri daripada gaji belum bayar, faedah belum bayar, dan cukai belum bayar.

MAKSUD DAN HURAIAN HASIL BELUM TERPEROLEH

Hasil belum terperoleh adalah hasil yang mana bayarannya telah diterima tetapi barang atau perkhidmatannya belum diberikan. Ianya merupakan liabiliti sehingga barang diserahkan atau perkhidmatan disempurnakan pada masa akan datang.

MAKSUD DAN HURAIAN LIABILITI JANGKA PANJANG ATAU LIABILITI BUKAN SEMASA (LONG-TERM LIABILITIES)  

Liabiliti jangka panjang adalah satu obligasi atau tanggungan yang dijangkakan akan dibayar dalam tempoh lebih daripada satu tempoh operasi. Pada amnya, liabiliti jangka panjang terbahagi kepada dua iaitu amaun yang dipinjam untuk jangka masa panjang dan liabiliti terakru jangka panjang.

Liabiliti yang dikelaskan sebagai pinjaman jangka panjang adalah seperti bon belum bayar, nota belum bayar yang pembayarannya melebihi satu tahun dan gadai janji belum bayar.

Liabiliti terakru jangka panjang pula terdiri daripada tabung persaraan pekerja dan lain-lain kemudahan selepas persaraan yang diwujudkan oleh syarikat untuk para pekerjanya.

MAKSUD DAN HURAIAN PINJAMAN

Pinjaman bermaksud instrumen pembiayaan yang diperoleh daripada institusi kewangan. Ianya adalah sumber dana bagi membiayai operasi perniagaan. Perolehan pinjaman sebagai pembiayaan kewangan ini tidak memerlukan perniagaan mencagarkan aset perniagaan.

MAKSUD DAN HURAIAN GADAI JANJI

Gadai janji merujuk kepada instrumen pembiayaan yang diperoleh daripada institusi kewangan, sebagai sumber dana bagi membiayai operasi perniagaan dengan cara mencagarkan aset perniagaan.

MAKSUD DAN HURAIAN BON, DEBENTUR, ATAU SUKUK

Bon, debentur, atau sukuk merujuk kepada instrumen pembiayaan atau pinjaman. Ia diterbitkan oleh kerajaan atau syarikat besar yang kukuh kedudukan kewangannya. Bon adalah satu bentuk nota yang mana syarikat penerbit bersetuju untuk membayar balik pada nilai tara (nilai par) kepada pemegang bon pada tempoh matang dan membayar faedah mengikut kadar faedah yang ditentukan. Nilai tara merupakan jumlah wang yang dijanjikan oleh penerbit bon untuk dibayar balik kepada pemegang bon pada tarikh matang.

TUJUAN BON DITERBITKAN

Tujuan bon diterbitkan adalah untuk mendapatkan pinjaman daripada beberapa pihak atau orang awam untuk jangka masa yang panjang. Syarikat yang menerbitkan bon perlu menjelaskan amaun yang dipinjam dan faedah yang dijanjikan pada masa yang ditetapkan. Penerbitan bon hanya boleh dibuat jika memorandum syarikat membenarkannya.

BAYARAN FAEDAH BON

Bayaran faedah bon syarikat yang menerbitkan bon akan membayar faedah kepada pemegang bon pada masa yang telah ditetapkan iaitu sama ada setiap enam bulan atau setiap satu tahun.

PERSARAAN BON

Persaraan bon adalah keadaan di mana pemegang bon dibayar balik sepenuhnya amaun yang terhutang. Ianya juga dikenali sebagai penebusan bon. Persaraan bon boleh dilakukan pada tarikh matang atau sebelum tarikh matang bagi bon boleh panggil.

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1