PERAKAUNAN - NOTA LIABILITI DAN EKUITI 2


NOTA LIABILITI DAN EKUITI 2

MAKSUD DAN HURAIAN NOTA BELUM BAYAR JANGKA PANJANG

Nota belum bayar jangka panjang adalah obligasi dalam bentuk pemberian nota janji oleh peminjam kepada pemiutang. Nota janji yang diberikan adalah dalam bentuk janji bertulis untuk membayar jumlah pokok yang dihutang bersama faedah pada satu tarikh lebih daripada satu tahun atau satu tempoh operasi, yang mana lebih panjang.

MAKSUD DAN HURAIAN SEWA BELI

Sewa beli merujuk kepada instrumen pembiayaan bagi perolehan aset perniagaan melalui institusi kewangan. Ianya berbeza dengan belian ansuran aset tetap.

PERBEZAAN ANTARA SKIM SEWA BELI DENGAN BELIAN ANSURAN

Skim Sewa Beli

Belian Ansuran

Aset tidak menjadi hak milik pembeli sehingga ansuran terakhir.

Aset menjadi hak milik pembeli sebaik sahaja aset dipindah milik kepada pembeli.

Aset boleh dirampas pembekal sewa beli.

Aset tidak boleh dirampas, tetapi penjual boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut bayaran.

Penyewa aset mempunyai hak untuk pulangkan aset kepada pembekal pada bila-bila masa.

Pembeli tidak berhak memulangkan barang yang telah dibeli secara ansuran.

Tertakluk bawah Akta Sewa Beli 1967.

Terikat kepada perjanjian bertulis antara pembeli dan penjual sepanjang tempoh ansuran.

MAKSUD DAN HURAIAN LIABILITI LUAR JANGKA ATAU KONTIGEN

Liabiliti luar jangka atau kontigen merujuk kepada liabiliti yang belum wujud lagi. 

Menurut MFRS 137 ianya adalah:

  1. Obligasi yang mungkin akan timbul daripada peristiwa lepas, kewujudannya hanya dapat dipastikan dengan berlakunya atau tidak berlaku peristiwa masa depan yang tidak pasti dan bukan di bawah kawalan entiti berkenaan.  
  2. Obligasi semasa yang timbul daripada peristiwa lepas, tetapi tidak diiktiraf kerana:

  • Tidak pasti aliran keluar sumber yang memberikan manfaat ekonomi diperlukan untuk penyelesaian obligasi berkenaan.
  • Amaun obligasi itu tidak dapat diukur dengan kebolehpercayaan yang penuh.

Liabiliti luar jangka perlu dinyatakan di dalam nota-nota kepada penyata kewangan, kecuali jika tiada kemungkinan berlaku aliran keluar sumber atau dana yang mengandungi manfaat ekonomi.

Sekiranya perniagaan secara bersama dan berasingan menanggung obligasi yang mungkin berlaku pada masa akan datang, sebahagian daripada tanggungjawab yang dijangka mesti dianggap sebagai liabiliti kontinjen kepada perniagaan.

Liabiliti luar jangka mungkin melalui beberapa proses perkembangan, terutamanya bagi kes litigasi atau tuntutan mahkamah di mana proses ini mengambil masa yang sangat lama.

Oleh itu, liabiliti luar jangka perlu dinilai secara berterusan untuk menentukan sama ada aliran keluar sumber ekonomi kemungkinan berlaku pada masa hadapan.

Jika kemungkinan aliran keluar manfaat ekonomi masa hadapan bagi liabiliti luar jangka berlaku, peruntukan tersebut diiktiraf di penyata kewangan mengikut tempoh di mana perubahan ke barang kalian aliran keluar manfaat ekonomi berlaku, dengan syarat anggaran tersebut adalah munasabah.

CONTOH LIABILITI LUAR JANGKA

Contoh kepada liabiliti luar jangka adalah terdapat sekumpulan pelanggan menggunakan produk kurus langsing keluaran perniagaan yang menjual produk produk kecantikan telah menghadapi penyakit kronik setelah menggunakan produk tersebut pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Prosiding undang-undang sedang berjalan, peguamnya menasihatkan bahawa ia adalah kemungkinan entiti itu tidak akan didapati bersalah. Maka, peristiwa ini akan di dinyatakan di dalam nota-nota kepada penyata kewangan tahun 2015.

Pada tahun kewangan berakhir 2016, pihak peguam dimaklumkan bahawa terdapat perkembangan dalam prosiding undang-undang kes tersebut, ia kemungkinan perniagaan yang menjual produk kecantikan itu akan didapati bersalah, maka peruntukan perlu dibuat bagi tanggungan yang berkemungkinan berlaku.

EKUITI PEMILIK

Komponen ekuiti pemilik bagi tiga jenis milikan perniagaan.

Milikan Perniagaan

Unsur Ekuiti Pemilik

Milikan tunggal

Modal, Ambilan, dan Untung bersih.

Perkongsian

Akaun modal, Akaun semasa.

Syarikat

Modal saham, Rizab modal, dan Rizab hasil.

Koperasi

Modal saham dan Rizab.

CONTOH SOALAN 1

  1. Pada 1 Julai 2015, Kiwi Bhd. telah menerbitkan bon 5% bernilai RM 200,000, dua tahun. Faedah bon dibayar pada akhir tempoh setiap tahun 6 bulan dan pembayaran pertama dibuat pada 31 Disember 2015.
  2. Pada 31 Disember 2015, KKP Berhad menerbitkan RM 300,000, 10% bon untuk bon untuk dua tahun. Pembayaran balik faedah dibuat sebanyak 2 kali setiap tahun pada 30 Jun dan 31 Disember.

Dikehendaki:

Sediakan jurnal untuk merekod

(a) Terbitan bon.

(b) Pembayaran faedah tahunan untuk tahun 2015.

(c) Penebusan bon pada tarikh matang.

SKEMA JAWAPAN

Kiwi Bhd.

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Jul 1

 

Bank / Tunai

Bon 5%

(merekod terbitan bon pada nilai par)

 

200,000

 

 

200,000

 

Dis 31

Bank / Tunai

Bon 10%

(merekod terbitan bon pada nilai par)

300,000

 

300,000

Dis 31

Belanja faedah [(5% x 200,000) x 6/12]

    Bank / Tunai

(merekod pembayaran faedah untuk enam bulan)

5,000

 

5,000

2017

Jun 30

Bon 5%

Belanja faedah bon 5%

    Bank / Tunai

(merekod penebusan bon dan belanja faedah pada tarikh matang)

 

200,000

15,000

 

 

 

215,000

Dis 31

Bon 10%

Belanja faedah [(10% x 300,000) x 6/12]

Bank / Tunai

(merekod penebusan bon dan belanja faedah pada tarikh matang)

300,000

15,000

 

 

315,000

CONTOH SOALAN 2

Deen Sdn. Bhd. telah membeli sebuah peralatan berharga RM 60,000 daripada Long Sdn. Bhd. dan mengeluarkan satu nota 6% bertempoh 30 hari pada 10 Mac 2015. Pada 9 April 2015, Deen Sdn. Bhd. membuat penjelasan untuk nota tersebut bersama dengan faedah yang dikenakan.

Dikehendaki:

Sediakan jurnal untuk merekod semua urus niaga di atas ke dalam buku Deen Sdn. Bhd.

SKEMA JAWAPAN

Deen Sdn. Bhd.

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Mac 10

 

Peralatan

    Nota belum bayar 6%

(merekod nota belum bayar 6%)

 

60,000

 

 

60,000

April 9

Nota belum bayar 6%

Belanja faedah

    Bank / Tunai

(merekod pembayaran nota belum bayar dan belanja faedah)

60,000

300

 

 

60,300

CONTOH SOALAN 3

Pada tahun semasa, Syarikat Bagus Sendirian Berhad telah membeli dua buah van melalui skim sewa beli. Setiap van telah dikenakan bayaran pendahuluan pada kadar 25% dari harga tunai. Bayaran ansuran bulanan bagi setiap van bermula pada akhir bulan van dibeli. Semua ansuran telah dibayar mengikut masa yang ditetapkan. Polisi syarikat menetapkan susut nilai pada kadar 20% setahun atas nilai buku. Tahun kewangan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Berikut adalah maklumat tentang dua buah van tersebut:

Nombor Pendaftaran

Tarikh Perolehan

Kadar faedah

Harga tunai

(RM)

Tempoh Ansuran

NCG 1239

1 Jan 2015

6%

85,000

60 bulan

NCK 45

8 Julai 2015

5%

100,000

Dikehendaki:

(a) Hitung jumlah pinjaman dan faedah sewa beli untuk setiap van sepanjang tempoh sewa beli.

(b) Sediakan semua catatan jurnal bagi setiap urus niaga untuk tahun 2015.

SKEMA JAWAPAN

Syarikat Bagus Sendirian Berhad

Nombor Pendaftaran

Pengiraan

RM

NCG 1239

RM 85,000 x 75%

63,750

NCK 45

RM 100,000 x 75%

75,000

Jumlah pinjaman (RM)

138,750


Syarikat Bagus Sendirian Berhad

Nombor Pendaftaran

Pengiraan

RM

NCG 1239

RM 63,750 x 5 tahun

19,125

NCK 45

RM 75,000 x 5 tahun

18,750

Jumlah faedah sewa beli (RM)

37,875


Syarikat Bagus Sendirian Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Kenderaan (85,000 + 100,000)

Bank

Sewa beli

(merekod sewa beli)

 

185,000

 

 

138,750

46,250

Belanja faedah kenderaan

Bank

(merekod belanja faedah kenderaan)

5,700

 

5,700

Belanja susut nilai kenderaan

Susut nilai terkumpul kenderaan

(merekod belanja susut nilai kenderaan)

27,000

 

27,000


下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1