SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 30


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Berikan empat objektif Rukun Negara. [4 markah]

a. Mencipta sebuah masyarakat yang adil.

b. Memelihara satu cara hidup demokratik.

c. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat.

d. Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

e. Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang pelbagai corak.

SOALAN 2:

Rukun Negara merupakan salah satu dasar sosial yang dibentuk oleh Majlis Perundingan Negara setelah berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969. 

Terangkan dua kesan pembentukan Rukun Negara. [4 markah]

i.) Dapat mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan kaum.

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum akan bersatu padu bagi memajukan negara.

ii.) Dapat memelihara amalan demokrasi.

Perlembagaan negara menjamin bahawa pentadbiran negara dilaksanakan secara demokrasi iaitu melalui pilihan raya setiap 5 tahun sekali. 

iii.) Dapat melahirkan sebuah masyarakat yang adil.

Setiap kaum dilayani sama dalam pelbagai bidang dan tiada kaum yang terpinggir dalam arus kemajuan negara.

iv.) Dapat menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.

Setiap kaum bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan yang berbeza.

v.) Dapat membina masyarakat yang progresif.

Ini yang akan menggunakan S&T serta mengamalkan nilai-nilai kerohanian.

SOALAN 3:

Berikan tiga alasan amalan prinsip Rukun Negara yang pertama dalam mencegah berleluasanya masalah sosial dalam negara. [3 markah]

  • Mewujudkan rasa bersyukur dengan situasi yang dihadapi.
  • Menyatukan masyarakat dalam mengamalkan nilai yang baik.
  • Mewujudkan rasa hormat kepada orang lain atau Menyayangi orang lain.
  • Mewujudkan kebergantungan kepada Tuhan ketika berdepan situasi genting.
  • Menjadi benteng penghalang daripada melakukan perkara buruk atau dapat membezakan perkara baik dan buruk.

SOALAN 4:

Nyatakan tiga kesan pengamalan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam membentuk peribadi masyarakat. [3 markah]

(a) Melatih masyarakat supaya sentiasa bersyukur.

(b) Menjadi benteng daripada tingkah laku yang negatif.

(c) Memberi kekuatan untuk bersabar dalam melakukan sebarang tindakan.

(d) Membantu masyarakat memikirkan bahawa mereka mempunyai amanah yang besar.

SOALAN 5:

Berikan tiga alasan amalan prinsip Rukun Negara yang pertama dalam mencegah berleluasanya masalah sosial dalam negara. [3 markah]

  • Menubuhkan atau Mengasaskan Kelab Rukun Negara di sekolah.
  • Mencetak prinsip-prinsip Rukun Negara dalam buku rampaian, buku latihan, atau buku teks.
  • Melafazkan atau Membaca prinsip-prinsip Rukun Negara ketika perhimpunan mingguan sekolah.
  • Mengadakan atau Menganjurkan kempen kesedaran dan penghayatan Rukun Negara di sekolah.
  • Memaparkan atau Menunjukkan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui lukisan mural pada dinding blok bangunan sekolah.
  • Menganjurkan atau Mengadakan pertandingan poster, sajak, atau penulisan esei tentang penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Mendidik atau Mengajar pelajar tentang Rukun Negara melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan atau menerapkan atau mengintegrasikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara atau menerusi subjek-subjek tertentu.

SOALAN 6:

Nyatakan tiga matlamat yang negara ingin dicapai melalui Rukun Negara. [3 markah]

a) Mencipta satu masyarakat yang adil.

b) Memelihara satu cara hidup demokratik.

c) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.

d) Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan kaum lain.

e) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

SOALAN 7:

Huraikan dua kepentingan Rukun Negara sebagai doktrin menyejahterakan rakyat. [4 markah]

i. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Membentuk negara bangsa.

ii. Membentuk masyarakat yang proaktif.

Penghayatan prinsip kepercayaan kepada Tuhan membina peribadi atau insan yang berpandangan jauh dan mendahului zaman.

iii. Membentuk masyarakat yang liberal.

Penghayatan prinsip kesopanan dan kesusilaan.

iv. Membentuk masyarakat yang adil.

Berlandaskan Perlembagaan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

SOALAN 8:

Nyatakan empat keadaan yang memperlihatkan warganegara Malaysia mematuhi prinsip Keluhuran Perlembagaan. [4 markah]

A_ Mematuhi undang-undang negara.

B_ Menjadikan Perlembagaan sumber rujukan.

C_ Menjaga nama baik negara atau Menjaga imej negara.

D_ Menghormati hak atau keistimewaan setiap warganegara Malaysia.

E_ Mempertahankan Perlembagaan Negara atau Perlembagaan Malaysia.

F_ Tidak mempersoalkan peruntukan Perlembagaan Malaysia atau Persekutuan.

G_ Menghormati atau Mematuhi peruntukan Perlembagaan Malaysia atau Persekutuan.

SOALAN 9:

Nyatakan dua kepentingan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara. [2 markah]

(A) Membentuk warganegara yang bersopan-santun dan bertatasusila.

(B) Menjadi asas personaliti dan tingkah laku yang mulia atau berhemah.

(C) Menjadi panduan supaya perilaku anggota masyarakat sentiasa terpelihara.

(D) Menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1