SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 33
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Jelaskan dua cara tertuduh boleh memberi keterangan di mahkamah. [4 markah]
(i) Memilih keterangan di kandang orang salah.
Tetuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh Pendakwa.
(ii) Memilih memberi keterangan bersumpah.
Keterangannya boleh dicabar oleh Pendakwa raya dengan cara soal balas dan lain-lain.
(iii) Memilih untuk berdiam diri.
Pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah sehingga tadak ada syak wasangka yang munasabah.
SOALAN 2:
Nyatakan empat fungsi Majlis Raja-Raja. [4 markah]
- Melantik anggota Mahkamah Khas.
- Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
- Menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara dan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut.
- Memberi ampun, reprieve, dan respite, atau meremitkan, menggantung, atau meringankan hukuman.
- Membuat atau Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui tentang apa-apa perbuatan, amalan, atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
SOALAN 3:
Jelaskan dua sebab mengapa globalisasi dianggap cabaran dalm melaksanakan tadbir urus yang baik. [4 markah]
i. Campur tangan kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
Campur tangan kuasa-kuasa besar di Afghanistan,Iraq, dan Mesir.
ii. Penggodaman sistem pertahanan.
Mencari maklumat kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara.
iii. Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara maju terhadap seteru mereka.
Melalui Internet , negara maju berupaya membuat pengintipan terhadap negara-negara lain dari segi.
iv.Gejala sosial.
Pengamalan seks bebas ,rempit, budaya lepak dan minuman keras.
v. Budaya hedonisme.
Remaja mudah terpengaruh dengan budaya berseronok.
vi. Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan.
Ancaman ke atas produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
vii. Penyalahgunaan teknologi.
Membina senjata-senjata moden yang memusnahkan kehidupan manusia (senjata nuklear).
SOALAN 4:
Nyatakan empat perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. [4 markah]
- Tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja negerinya.
- Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perniagaan.
- Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang boleh mendatangkan apa-apa saraan.
- Tidak boleh berfungsi sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri beraja kecuali di negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja.
- Apa-apa prosiding terhadap raja atau prosiding yang dibawa oleh raja atas sifat-sifat peribadinya,maka kes-kes ini hendaklah dibawa ke Mahkamah Khas.
- Tidak boleh tanpa persetujuan majlis Raja-Raja meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari kecuali atas lawatan negara ke sesebuah negara yang lain.
SOALAN 5:
Huraikan dua jenis mahkamah khas. [4 markah]
i.) Mahkamah Tentera.
Kesalahan disiplin golongan tentera berkaitan undang-undang perkhidmatan tentera.
ii.) Mahkamah Syariah.
Kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam sahaja.
iii.) Mahkamah Bumiputera.
Kesalahan yang dilakukan dari segi adat resam kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
iv.) Mahkamah Perusahaan.
Pertelingkahan antara pihak majikan, pekerja, dan kesatuan sekerja.
v.) Mahkamah Buruh.
Tuntutan pekerja swasta terhadap majikan atau sebaliknya.
vi.) Mahkamah Kanak-Kanak.
Mengadili kanak-kanak yang berumur 10 tahun hingga 18 tahun.
SOALAN 6:
Berikan empat kesan kelemahan sistem penyampaian khidmat awam. [4 markah]
a._ Banyak aduan dalam komuniti.
b._ Merosakkan kepercayaan rakyat.
c._ Usaha pembangunan negara terjejas.
d._ Wujudnya budaya kerja yang negatif.
e._ Menjejaskan imej perkhidmatan awam.
f._ Menjejaskan kemasukan pelabur asing.
g._ Perbelanjaan mengurus akan meningkat.
SOALAN 7:
Nyatakan tiga ciri-ciri negara berdaulat yang ada di Malaysia. [3 markah]
a.) Merdeka.
b.) Berwibawa.
c.) Berkuasa sendiri.
d.) Beridentiti sendiri.
e.) Mempunyai kedaulatan.
f.) Mempunyai Perlembagaan.
g.) Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain.
SOALAN 8:
Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih tiga kuasa perundangan yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. [3 markah]
(a) Memperkenan Rang Undang-Undang.
(b) Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen.
(c) Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!