SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 32
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Salah satu kuasa yang
diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah merancang dan mengurus
kawasan tempatan. Namun demikian, terdapat beberapa PBT yang kurang maju
berbanding PBT yang lain. |
Cadangkan dua langkah bagi meningkatkan sistem penyampaian PBT bagi memastikan kemajuannya. [4 markah]
- Melaksanakan transformasi organisasi secara menyeluruh.
- Penegasan terhadap objektif dan matlamat PBT berlandaskan satu misi dan visi.
- Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam penyampaian perkhidmatan.
- Pembangunan sumber manusia iaitu dengan memberi latihan kemahiran yang berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat.
- Memantapkan sistem dan prosedur kerja dengan menyelaras dasar dan polisi di setiap bahagian PBT untuk mencapai visi dan misi serta membolehkan sistem penyampaian berjalan lancar dan berkesan di setiap bahagian.
- Mengamalkan konsep Kepimpinan Melalui Teladan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pegawainya yang terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa, masalah disiplin, mensabotaj organisasi, dan sebagainya.
SOALAN 2:
Menurut Perlembagaan
Persekutuan, seseorang individu akan kehilangan taraf kewarganegaraan
disebabkan oleh dua cara. |
Nyatakan dua cara kehilangan taraf kewarganegaraan tersebut. [2 markah]
A._ Cara pelucutan.
B._ Cara penolakan.
SOALAN 3:
Nyatakan tiga kriteria peruntukan Kerajaan Persekutuan. [3 markah]
(a) Keluasan kawasan.
(b) Bilangan penduduk.
(c) Kerajaan Tempatan.
(d) Jumlah hasil kutipan.
SOALAN 4:
Jelaskan dua isu yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. [4 markah]
i. Pembentukan satu negara bangsa Malaysia.
Rakyat yang tidak mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa akan menyebabkan sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.
ii. Negara perindustrian.
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian.
iii. Keadilan ekonomi dan sosial.
Satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial perlu bagi mewujudkan satu negara maju dan bersatu seharusnya tidak mempunyai golongan yang tercicir.
iv. Moral dan etika.
Negara maju yang dicita-citakan seharusnya berpegang kepada falsafah dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama dan nilai-nilai murni.
v. Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan.
Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.
SOALAN 5:
Tertuduh yang
dihadapkan ke mahkamah atas kes jenayah boleh membela diri dengan memberi
keterangan. |
Nyatakan tiga pilihan cara yang boleh dilakukan oleh tertuduh untuk memberi keterangan tersebut. [3 markah]
a) Berdiam diri.
b) Keterangan bersumpah.
c) Keterangan dari kandang.
SOALAN 6:
Seseorang wanita
yang berkahwin dengan warganegara Malaysia boleh memohon untuk menjadi
warganegara Malaysia sekiranya beliau memenuhi beberapa syarat. |
Jelaskan dua syarat tersebut. [2 markah]
* Berkelakuan baik.
* Berniat untuk bermastautin tetap.
* Masih bersuamikan warganegara Malaysia.
* Bermastautin 2 tahun atau lebih di Malaysia.
SOALAN 7:
Terangkan dua cara bagaimana kerajaan dapat mengetahui perbelanjaan wang awam mendatangkan nilai untuk wang kepada kerajaan. [4 markah]
- Melantik Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat, dan mengaudit akaun kerajaan.
- Menubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memastikan akauntabiliti pengurusan wang awam atau meneliti laporan akaun wang awam.
SOALAN 8:
Nyatakan empat sumber kewangan Kerajaan Tempatan. [4 markah]
a.) Lesen anjing.
b.) Lesen penjaja.
c.) Lesen kedai kopi.
d.) Lesen pusat hiburan.
e.) Sewaan tempat berjaja.
f.) Sewaan ruang gerai di pasar.
g.) Bayaran perkhidmatan denda.
h.) Peruntukan daripada Kerajaan Negeri.
i.) Peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
j.) Cukai taksiran seperti cukai sampah, cukai pintu.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!