SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 35


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Nyatakan empat indikator sesebuah negara berdasarkan garis panduan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). [4 markah]

a. Tingkat kesihatan yang tinggi.

b. Tingkat pendidikan yang tinggi.

c. Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya.

d. Tingkat pendapatan penduduk yang tinggi.

SOALAN 2:

Huraikan dua faktor yang mempengaruhi daya saing negara. [4 markah]

i.) Strategi, struktur, dan tingkat persaingan perusahaan.

Bagaimana unit-unit perusahaan di dalam suatu negara terbentuk, diorganisasi, dikelolakan, dan bagaimana tingkat persaingan dalam negaranya.

ii.) Sumber dalam negara.

Sumber manusia, bahan mentah, ekonomi berteraskan pengetahuan, modal, dan infrastruktur turut mempengaruhi daya saing sesebuah negara.

iii.) Permintaan domestik.

Permintaan di dalam negeri terhadap produk tempatan merupakan aspek yang mempengaruhi arah perkembangan sektor industri.

iv.) Industri hiliran.

Mampu bersaing pada peringkat antarabangsa seperti Syarikat Proton dengan vendornya.

SOALAN 3:

Nyatakan tiga prinsip tadbir urus yang baik. [3 markah]

# Beretika.

# Ketelusan.

# Efektif dan efisien.

# Pengurusan perubahan.

# Fokus kepada pelanggan.

# Akauntabiliti dan integriti.

SOALAN 4:

Nyatakan tiga aspek yang terkandung dalam Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera. [3 markah]

(A) Aspek ekologi.

(B) Aspek ekonomi.

(C) Aspek prasarana.

SOALAN 5:

Nyatakan tiga peranan sesebuah kerajaan. [3 markah]

* Menstabilkan persaingan.

* Melindungi alam sekitar.

* Menyediakan keperluan asas.

* Menyediakan kemudahan ekonomi.

* Menyediakan pelbagai perkhidmatan.

* Memastikan keamanan dan ketenteraman.

* Melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan prinsip tadbir urus terbaik.

SOALAN 6:

Terangkan dua faktor yang menjejaskan integriti. [4 markah]

i.) Faktor individu.

Kurang pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, etika kerja lemah, tekanan hidup, dan tamak.

ii.) Faktor kepimpinan.

Kepimpinan kurang berteladan dan kelemahan iltizam serta kurang ketelusan.

iii.) Faktor sistem dan prosedur.

Kelemahan sistem, prosedur, dan garis panduan.

Kurang pemantauan dan penilaian.

iv.) Kurang penguatkuasaan.

SOALAN 7:

Senaraikan tiga petunjuk berlaku perkembangan ekonomi negara Malaysia. [3 markah]

a._ Kadar kemiskinan dikurangkan.

b._ Peningkatan pendapatan negara.

c._ Peningkatan kemasukan pelabur asing.

SOALAN 8:

Senaraikan empat ciri kerajaan yang mempunyai tadbir urus baik. [4 markah]

- Menyediakan prasarana moden.

- Menjadi institusi birokrasi yang cekap.

- Mengadakan hubungan dengan negara luar.

- Melaksanakan dasar pengagihan ekonomi yang saksama.

- Menjaga keselamatan, keharmonian, dan kebajikan rakyat.

- Menggiatkan penglibatan agensi awam dalam pembangunan negara.

SOALAN 9:

Senaraikan empat tindakan susulan untuk memperbaiki sistem penyampaian dan perkhidmatan awam. [4 markah]

A_ Pembangunan sumber manusia.

B_ Pemantapan sistem dan prosedur kerja.

C_ Pengemaskinian undang-undang dan data.

D_ Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem penyampaian. 

SOALAN 10:

Nyatakan tiga sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN). [3 markah]

~ Mengatasi karenah birokrasi.

~ Memantapkan institusi keluarga dan komuniti.

~ Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

~ Meningkatkan tadbir urus koporat dan etika perniagaan.

~ Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

~ Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa secara berkesan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1