SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 31
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Senaraikan tiga kesan jika masyarakat menghayati dan mengamalkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan. [3 markah]
A) Memupuk nilai kejujuran dan amanah dalam diri masyarakat.
B) Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agama.
C) Melahirkan masyarakat yang saling menghormati walaupun berbeza agama.
D) Membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri yang menolak ajaran agama yang songsang.
SOALAN 2:
Terangkan dua kepentingan prinsip Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara dalam Rukun Negara. [4 markah]
i. Taat kepada raja atau sultan.
Memupuk perasaan setia dan kasih sayang kepada raja.
ii. Semangat nasionalisme.
Kepentingan negara diutamakan berbanding kepentingan individu.
iii. Semangat patriotisme.
Sanggup berkorban untuk negara.
iv. Semangat kekitaan dan kepunyaan.
Berbangga dengan negara dan sanggup berusaha untuk memajukan negara.
v. Semangat cinta akan institusi diraja.
Rakyat menyayangi institusi diraja.
vi. Mengukuhkan perpaduan rakyat.
Rakyat yang berbilang kaum dapat bersatu padu.
SOALAN 3:
Nyatakan tiga alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang. [3 markah]
a) Mengawal ketenteraman atau keamanan masyarakat.
b) Menjamin institusi kehakiman yang bebas atau berwibawa.
c) Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum, gender, atau kedudukan (status sosial).
d) Mengelakkan sesuatu keputusan dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan.
SOALAN 4:
Kemukakan dua prinsip Rukun Negara dan jelaskan bagaimana rakyat Malaysia dapat merealisasikan prinsip tersebut. [4 markah]
I._ Kepercayaan kepada Tuhan.
Rakyat Malaysia akan berpegang teguh kepada kepercayaan masing-masing.
II._ Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Rakyat Malaysia akan sentiasa setia dan perlu mentaati Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara.
III._ Keluhurkan Perlembagaan.
Rakyat Malaysia akan sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjadi sumber perundangan tertinggi dan rujukan penting semua pihak di Malaysia.
IV._ Kedaulatan undang-undang.
Rakyat Malaysia akan mematuhi undang-undang agar keselamatan mereka lebih terjamin.
V._ Kesopanan dan kesusilaan.
Rakyat Malaysia akan mengamalkan nilai-nilai murni dalam perhubungan antara satu sama lain.
SOALAN 5:
Berdasarkan Rukun Negara, nyatakan empat cita-cita Malaysia. [4 markah]
- Memelihara satu cara hidup demokratik.
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya atau rakyat.
- Membina suatu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama.
- Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak.
SOALAN 6:
Huraikan dua bukti rakyat mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian. [4 markah]
i.) Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi.
Rakyat dapat menunjukkan melalui sukan, pekerjaan, dan penglibatan dalam sektor ekonomi.
ii.) Mengelakkan penyebaran maklumat yang menjejaskan imej negara.
Tidak memburukkan negara sama ada melalui lisan, tulisan, atau perbuatan.
iii.) Menghormati institusi diraja.
Berpegang teguh kepada konsep raja berperlembagaan.
iv.) Menghormati lambang-lambang negara.
Sebagai contoh, bendera, jata, dan lagu kebangsaan.
SOALAN 7:
Huraikan dua cabaran bagi mencapai objektif Rukun Negara. [4 markah]
i. Memastikan keharmonian negara berkekalan.
Terdapat pengaruh luar yang sering cuba menggugat keamanan negara.
ii. Memastikan perpaduan negara terus utuh.
Rakyat yang berbilang kaum, mempunyai budaya dan agama yang berbeza perlu hormat-menghormati antara satu sama lain.
iii. Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi.
Kontrak sosial adalah kunci keamanan Malaysia.
iv. Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama.
Ajaran sesat, liberalisasi, ekstrimis agama sentiasa mencabar kedaulatan undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
SOALAN 8:
Nyatakan empat usaha untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap Rukun Negara. [4 markah]
- Menubuhkan atau Mengasaskan Kelab Rukun Negara di sekolah.
- Mencetak prinsip-prinsip Rukun Negara dalam buku rampaian, buku latihan, atau buku teks.
- Melafazkan atau Membaca prinsip-prinsip Rukun Negara ketika perhimpunan mingguan sekolah.
- Mengadakan atau Menganjurkan kempen kesedaran dan penghayatan Rukun Negara di sekolah.
- Memaparkan atau Menunjukkan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui lukisan mural pada dinding blok bangunan sekolah.
- Menganjurkan atau Mengadakan pertandingan poster, sajak, penulisan esei tentang penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.
- Mendidik atau Mengajar pelajar tentang Rukun Negara melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan atau menerapkan atau mengintegrasikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara atau menerusi subjek-subjek tertentu.
SOALAN 9:
Terangkan dua sebab penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat semakin terhakis. [4 markah]
i.) Tidak menghayati pendidikan sejarah negara.
- Rakyat melihat pendidikan sejarah tiada kepentingan untuk mereka.
- Pembelajaran sejarah hanya untuk memenuhi syarat lulus peperiksaan.
- Pendidikan sejarah gagal menanam semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
ii.) Wujud sentimen politik perkauman.
- Mempertikaikan kedaulatan undang-undang dan Keluhurkan Perlembagaan.
- Wujud pencabulan terhadap Rukun Negara.
iii.) Pengaruh media sosial.
- Menyebar dan menular isu-isu yang tidak betul dan sensitif.
- Mempersoalkan perkara-perkara atau isu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Penggunaan media massa tanpa kawalan dan etika menyumbang kepada penghakisan penghayatan Rukun Negara.
iv.) Desakan materialistik.
- Doktrin Rukun Negara tidak diaplikasikan di institusi kerajaan sehingga berlaku rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan lain-lain.
- Amalan budaya material dalam semua lapisan kepimpinan menyebabkan tadbir urus negara tidak berintegriti.
v.) Kebebasan bersuara tanpa batas.
- Bebas bersuara apa sahaja tanpa mengambil kira prinsip-prinsip dalam Rukun Negara.
- Kebebasan tanpa kawalan sehingga menyentuh isu-isu sensitif masyarakat.
- Sensitiviti kaum dan agama diluahkan secara terbuka.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!