EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 2 / PENGGAL 2 - 1


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 2 2013 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif

PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei

PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif 

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Yang manakah bidang kajian makroekonomi?

A. Kos lepas.

B. Kadar inflasi.

C. Mekanisme pasaran.

D. Perlakuan pengguna.

SOALAN 2:

Pendapatan negara yang dihitung mengikut harga tahun asas dikenali sebagai 

A. keluaran negara benar.

B. keluaran negara potensi.

C. keluaran negara nominal.

D. keluaran negara kos faktor.

SOALAN 3:

Masalah terlebih nilai dalam pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat diatasi dengan menjumlahkan semua

A. pendapatan faktor pengeluaran.

B. perbelanjaan unit-unit ekonomi.

C. nilai ditambah pada setiap peringkat pengeluaran.

D. keluaran negara benar bagi sesetengah sektor ekonomi.

SOALAN 4:

Data pendapatan negara digunakan untuk

A. menganalisis kualiti keluaran.

B. mengukur kadar pengangguran.

C. menentukan kadar pertukaran asing.

D. merancang kegiatan sektor ekonomi.

SOALAN 5:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penggunaan (C) dan keluk perbelanjaan agregat (AE) dalam sebuah ekonomi.

Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?

A. RM 300 juta.

B. RM 325 juta.

C. RM 1,000 juta. 

D. RM 1,300 juta.

SOALAN 6:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) dalam sebuah ekonomi.

Pada tingkat pendapatan negara 0Y, berlaku

A. lebihan stok barang.

B. lebihan perbelanjaan agregat.

C. peningkatan aktiviti ekonomi.

D. keseimbangan pendapatan negara.

SOALAN 7:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) dan pendapatan negara potensi (Yf) sebuah ekonomi.

Jarak MN merupakan

A. lompang inflasi.

B. lompang deflasi.

C. jurang pendapatan negara.

D. jurang keluaran dalam negara kasar.

SOALAN 8:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor.

Berapakah jumlah tabungan pada tingkat keseimbangan pendapatan negara?

A. RM 100 juta.

B. RM 200 juta.

C. RM 300 juta.

D. RM 1,400 juta.

SOALAN 9:

Jika kecenderungan menabung sut dalam ekonomi dua sektor ialah 0.2Y, maka pertambahan pelaburan sebanyak RM 200 juta akan menyebabkan pendapatan negara meningkat sebanyak

A. RM 160 juta.

B. RM 250 juta.

C. RM 500 juta.

D. RM 1,000 juta.

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara mengikut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS) sebuah ekonomi.

Peningkatan keseimbangan pendapatan negara dari 0Y1 ke 0Y2 disebabkan

A. penurunan harga input.

B. peningkatan produktiviti.

C. peningkatan kadar bunga.

D. penurunan cukai pendapatan.

SOALAN 11:

Menurut Teori Keutamaan Keynes, pertambahan bekalan wang dalam ekonomi menyebabkan

A. kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara menurun.

B. kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara meningkat.

C. kadar bunga menurun, pelaburan, dan pendapatan negara meningkat.

D.  kadar bunga meningkat, pelaburan, dan pendapatan negara menurun.

SOALAN 12:

Permintaan wang untuk spekulasi bergantung kepada 

A. kadar bunga.

B. jangkaan untung.

C. keadaan ekonomi.

D. tingkat pendapatan.

SOALAN 13:

Apabila seorang peniaga mendepositkan wang tunai ke dalam akaun semasa, sekiranya penciptaan kredit berlaku sepenuhnya, maka

A. pertambahan penawaran wang melebihi pertambahan deposit.

B. pertambahan penawaran wang sama dengan  pertambahan deposit.

C. pertambahan penawaran wang kurang daripada pertambahan rizab.

D. pertambahan penawaran wang sama dengan  pertambahan pinjaman.

SOALAN 14:

Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan.

Aset

RM

Liabiliti

RM

Rizab

37,000

Deposit semasa

250,000

Pinjaman

213,000

Stok modal

400,000

Bangunan

400,000

 

 

Jumlah

650,000

 

650,000

Jika nisbah rizab tunai ialah 10%, berapakah lebihan rizab yang boleh dipinjamkan?

A. RM 12,000.00

B. RM 25,000.00

C. RM 49,000.00

D. RM 225,000.00

SOALAN 15:

Permintaan wang untuk tujuan awasan dan urus niaga adalah

A. anjal sempurna terhadap kadar bunga.

B. tak anjal sempurna terhadap kadar bunga.

C. anjal sempurna terhadap tingkat pendapatan negara.

D. tak anjal sempurna terhadap tingkat pendapatan negara.

SOALAN 16:

Sesebuah negara melakukan perdagangan antarabangsa disebabkan perbezaan dalam

A. saiz penduduk.

B. amalan sistem politik.

C. mata wang sesebuah negara.

D. anugerah faktor pengeluaran.

SOALAN 17:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap Yen Jepun (DD) dan keluk penawaran Yen Jepun (SS).

Penyusutan nilai 100 Yen daripada RM 3.70 kepada RM 3.60 disebabkan

A. barangan Malaysia kurang diminta oleh rakyat Jepun.

B. rakyat Jepun kurang melancong ke Malaysia.

C. rakyat Malaysia kurang melabur ke Jepun.

D. rakyat Malaysia ke Jepun bertambah.

SOALAN 18:

Perubahan kadar pertukaran asing gdaripada RM 1.00 = S$ 0.50 kepada RM 1.00 = S$0.60 telah menyebabkan 

A. kadar pertukaran asing Malaysia telah merosot.

B. kemasukan pelancong Singapura ke Malaysia berkurang.

C. kemasukan pelancong Malaysia ke Singapura berkurang.

D. permintaan terhadap mata wang Dolar Singapura merosot.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran barang X dan barang Y di negara M dan negara N.

Negara

Pengeluaran

Barang X

Barang Y

M

90

120

N

15

90

Yang manakah pernyataan yang benar tentang faedah berbanding dan kos lepas?

A. Negara N memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran barang Y dengan kos lepasnya 1Y = 6X.

B. Negara M memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran barang Y dengan kos lepasnya 1Y = 0.75X.

C. Negara N memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran barang X dengan kos lepasnya 1X = 6Y.

D. Negara M memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran barang dengan kos lepasnya 1X = 1.33Y.

SOALAN 20:

Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran sebuah negara pada tahun 2010 dan 2011.

Butiran

2010

(RM juta)

2011

(RM juta)

Eksport barangan

589,743

605,916

Import barangan

455,185

478,243

Perkhidmatan

-6,931

2,373

Pendapatan

-17,271

-13,893

Pindahan semasa

-16,852

-15,743

Akaun kewangan

-43,488

-37,710

Kesilapan dan ketinggalan

-24,857

-17,309

Yang manakah pernyataan yang benar tentang imbangan pembayaran ini?

A. Rizab pertukaran asing semakin berkurang. 

B. Lebihan akaun semasa semakin meningkat.

C. Imbangan perkhidmatan mengalami pengurangan.

D. Defisit imbangan pembayaran semakin meningkat.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1