EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 2 / PENGGAL 2 - 3


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 2 2013 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif

PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei

PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif 

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Maklumat di bawah menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah negara (RM juta). 

Perbelanjaan penggunaan, C = 325 + 0.8Yd

Perbelanjaan pelaburan, I = 275

Perbelanjaan kerajaan, G = 260

Cukai, T = 200

(a) 

(i) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [2 markah]

Y = C + I + G

Y = 325 + 0.8 (Y - 200) + 275 + 260

Y - 0.8Y = 700

Y = RM 3,500 juta

Maka, pendapatan negara adalah RM 3,500 juta.

(ii) Apakah maksud pengganda dan berapakah nilai pengganda? [2 markah]

Pengganda bermaksud suatu ukuran berapa kali pendapatan negara bertambah akibat berlakunya pertambahan dalam perbelanjaan agregat.

Pengganda (m) = Perubahan pendapatan negara / Perubahan perbelanjaan agregat

m = 1 / 1 - MPC

m = 1 / 1 - 0.8

m = 5

Maka, nilai pengganda adalah 5.

(b) Sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM 2,500 juta,

(i) hitung lompang deflasi atau lompang inflasi. [2 markah] 

Lompang deflasi / Lompang inflasi = Jurang KNK / Pengganda

Lompang deflasi / Lompang inflasi = (RM 2,500 juta - RM 3,500 juta) / 5

Lompang inflasi = RM -200 juta

Maka, lompang inflasi adalah RM -200 juta.

(ii) hitung perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai guna tenaga penuh. [2 markah]

MT = -MPC / MPS

MT = -0.8 / 0.2

MT = -4

Perubahan cukai = Jurang KNK / MT

Perubahan cukai = (RM 2,500 juta - RM 3,500 juta) / -4

Perubahan cukai = RM 250 juta

atau 

Perubahan perbelanjaan agregat = Lompang inflasi = -MPC x Perubahan cukai 

RM -200 = -0.80 x Perubahan cukai

Perubahan cukai = RM 250 juta

Maka, perubahan cukai adalah RM 250 juta

(iii) huraikan bagaimana perubahan cukai dapat mencapai guna tenaga penuh. [2 markah]

Cara perubahan cukai dapat mencapai guna tenaga penuh:

Apabila cukai dinaikkan, pendapatan boleh guna masyarakat berkurang, dan penggunaan barang dan perkhidmatan juga berkurang.

Oleh itu, perbelanjaan agregat jatuh dan kesannya pendapatan negara akan menjatuh melalui proses pengganda. Hal ini akan menyebabkan pendapatan negara jatuh dari RM 3,500 juta ke tingkat guna tenaga penuh RM 2,500 juta.

Kerajaan menaikkan cukai sebanyak RM 250 juta, pendapatan negara turun, penggunaan turun, perbelanjaan agregat turun, dan guna tenaga penuh mencapai.

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan butiran agregat monetari Malaysia dn keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010 (RM juta).

Butiran

2008

2009

2010

Mata wang dalam edaran

40,424

43,439

46,578

Deposit permintaan

143,475

158,182

167,594

Separuh wang secara luas

747,965

815,682

838,348

Wang secara luas

931,865

1,017,303

1,052,520

Keluaran dalam negeri kasar

530,181

521,095

557,449

(Sumber: Kem. Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2010/2011)

(a) 

(i) Apakah maksud penawaran wang M1? [1 markah]

Penawaran wang M1 adalah penawaran wang yang terdiri daripada wang dalam edaran yang terdiri daripada wang syiling dan wang kertas serta deposit semasa (deposit permintaan).

(ii) Hitung penawaran wang M1 pada tahun 2008, 2009, dan 2010. [2 markah]

Penawaran wang M1 = Wang dalam edaran + Deposit permintaan

Tahun

Penawaran wang M1 (RM juta)

2008

40,424 + 143,475 = 183,899

2009

43,439 + 158,182 = 201,621

2010

46,578 + 167,594 = 214,172

(b) Hitung kadar pertumbuhan M1 pada tahun 2009 dan 2010. [2 markah]

Kadar pertumbuhan M1 = M1 tahun semasa - M1 tahun sebelum / M1 tahun sebelum x 100

Tahun

Kadar Pertumbuhan M1 (%)

2008

-

2009

(201,621 – 183,899) / 183,899 x 100 = 9.64

2010

(214,172 - 201,621) / 201,621 x 100 = 6.23

(c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2009 dan 2010. [2 markah]

Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK thn. semasa - KDNK thn. sebelum / KDNK thn. sebelum x 100

Tahun

Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%)

2008

-

2009

(521,095 – 530,181) / 530,181 x 100 = -1.71

2010

(557,449 - 521,095) / 521,095 x 100 = 6.98

(d) Berdasarkan jawapan (a)(ii) dan (c), huraikan sama ada data penawaran wang M1 dan kadar pertumbuhan ekonomi selaras dengan Teori Keutamaan Kecairan Keynes. [3 markah]

Pada tahun 2009, penawaran wang M1 bertambah manakala kadar pertumbuhan ekonomi jatuh.

Pada tahun 2010, penawaran wang M1 didapati bertambah dan kadar pertumbuhan ekonomi juga meningkat.

Justeru, pada tahun 2009, keadaan tersebut adalah tidak selaras dengan Teori Keutamaan Kecairan Keynes. Namun, keadaan tersebut selaras dengan Teori Keutamaan Kecairan Keynes pada tahun 2010.

SOALAN 3:

Jadual di bawah menunjukkan butiran utama dalam imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2008 dan 2009 (dalam RM juta).

Butiran

2008

2009

Eksport

664,325

554,067

Import

493,773

412,322

Perkhidmatan

163

4,664

Pendapatan

-23,707

-14,639

Pindahan semasa

-17,495

-19,631

Akaun modal dan kewangan

-117,909

-80,369

Kesilapan dan ketinggalan

-29,854

-17,939

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2010/2011)

(a)

(i) Apakah maksud pendapatan dalam butiran di atas? [1 markah]

Pendapatan bermaksud perbezaan antara keuntungan pelaburan langsung tempatan di luar negara dengan keuntungan pelaburan langsung asing di negara.

(ii) Mengapakah nilainya negatif? [1 markah]

Nilai negatif disebabkan keuntungan pelaburan langsung asing di dalam negara melebihi keuntungan pelaburan langsung tempatan di luar negara. 

(b) Hitung imbangan akaun semasa pada tahun 2008 dan 2009. [2 markah]

Imbangan akaun semasa = Eksport bersih + Perkhidmatan + Pendapatan + Pindahan semasa

Tahun

Imbangan Akaun Semasa (RM juta)

2008

(664,325 – 493,773) + 163 + (-23,707) + (-17,495) = 129,513

2009

(554,067 – 412,322) + 4,664 + (-14,639) + (-19,631) = 112,139

(c)

(i) Hitung imbangan pembayaran pada tahun 2008 dan 2009. [2 markah]

Imbangan pembayaran = Akaun semasa + Akaun modal kewangan + Kesilapan dan ketinggalan

Tahun

Imbangan Pembayaran (RM juta)

2008

129,513 + (-117,909) + (-29,854) = -18,250

2009

112,139 + (-80,369) + (-17,939) = 13,831

(ii) Huraikan arah aliran imbangan pembayaran tersebut. [2 markah]

Arah aliran imbangan pembayaran menjadi negatif pada tahun 2008 sebanyak RM 18,250 juta dan kemudiannya menjadi positif pada tahun 2009 sebanyak RM 13,381 juta.

(iii) Berapakah perubahan rizab asing pada tahun 2008 dan 2009? [1 markah]

Perubahan rizab asing pada tahun 2008 dan 2009:

Rizab asing berkurang sebanyak RM 18,250 juta pada tahun 2008. Namun, pada tahun 2009, rizab asing mengalami peningkatan sebanyak RM 13,831 juta.

(iv) Apakah kesannya terhadap kadar pertukaran Ringgit Malaysia? [1 markah]

Kesan terhadap kadar pertukaran bagi Ringgit Malaysia merosot pada tahun 2008 tetapi kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia telah meningkat pada tahun 2009.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1