PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 3


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan aliran nilai kerugian kes penipuan pembelian di Internet mengikut negeri terpilih di Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2016.

    Penipuan pembelian di Internet semakin menjadi-jadi ekoran peningkatan pengguna Internet. Ramai pengguna Internet mudah tertarik pada barangan yang dijual atas talian dan tidak menyedari mereka mudah ditipu. Gejala ini telah berkesan di beberapa buah negeri terpilih sejak tahun 2014 lagi.

    Pulau Pinang telah mengalami kerugian kes penipuan pembelian di Internet sebanyak RM 544,983 juta pada tahun 2014. Nilai ini telah meningkat sebanyak RM 153,517 juta pada tahun 2015. Namun, pada tahun 2016 pula nilai mengalami penurunan sebanyak RM 75,535 juta.

    Perak juga mengalami situasi yang tidak konsisten seperti Pulau Pinang. Pada tahun 2014, Perak mencatat kerugian sejumlah RM 432,900 juta akibat kes penipuan. Nilai ini mendadak naik kepada RM 800,670 juta pada tahun berikutnya dan turun semula sebanyak RM 845 juta pada tahun 2016.

    Negeri Selangor juga mengalami keadaan yang sama dengan Perak dan Pulau Pinang. Selangor telah mencatat kerugian paling tinggi pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM 1,150,432 juta. Pada tahun 2016, Selangor mencatat RM 1,001,320 juta iaitu lebih sebanyak RM 13,120 juta berbanding tahun 2015.

    Bagi negeri Johor pula, keadaannya agak berbeza. Johor telah mengalami peningkatan sepanjang tiga tahun tersebut. Pada tahun 2015, Johor mencatat  kerugian kes penipuan lebih sebanyak RM 210,030 juta berbanding Perak. Pada tahun 2016, Johor meningkat lagi kepada RM 1,020,445 juta. Sementara nilai kerugian pada tahun 2014 ialah RM 608,300 juta.

    Untuk mengelakkan kes penipuan ini terus berleluasa, orang ramai harus bijak melengkapkan diri dengan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi. Mereka juga harus berhati-hati ketika berurusan atas talian, khususnya dalam menguruskan sebarang pembelian. Hal ini dapat mengurangkan gejala penipuan ini.

(Disesuaikan daripada Utusan.com.my, 26 Januari 2016)

SKEMA JAWAPAN:

MALAYSIA: ALIRAN NILAI KERUGIAN KES PENIPUAN PEMBELIAN DI INTERNET MENGIKUT NEGERI TERPILIH DARI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016

Negeri

Aliran nilai kerugian kes penipuan pembelian di Internet (RM juta)

Tahun 2014

Tahun 2015

Tahun 2016

Pulau Pinang

544,983

698,500

622,965

Perak

432,900

800,670

799,825

Selangor

1,150,432

988,200

1,001,320

Johor

608,300

1,010,700

1,020,445

(Disesuaikan daripada Utusan.com.my, 26 Januari 2016)

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1