PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 6


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola jumlah guna tenaga mengikut sektor terpilih dari tahun 2015 hingga tahun 2018.

    Sepanjang tahun 2015 hingga 2016, jumlah guna tenaga di Malaysia mengalami perubahan yang positif. Secara keseluruhannya, jumlah guna tenaga pada tahun 2015 adalah seramai 12,650 ribu orang. Jumlah ini terus meningkat kira-kira 16.05% pada tahun 2018. Peningkatan ini turut berlaku pada tahun 2016 dan tahun 2017 iaitu masing-masing mencatat 13,632 ribu orang dan 14,369 ribu orang.

    Pola guna tenaga dalam sektor pertanian menunjukkan keadaan yang tidak konsisten berbanding sektor-sektor yang lain. Jika diteliti pada tahun 2015, penglibatan guna tenaga dalam sektor pertanian telah mencecah 1,788 ribu orang. Jumlah ini terus meningkat sebanyak 18 ribu orang pada tahun 2016. Manakala pada tahun 2017 pula jumlah ini mencatat 1,846 ribu orang iaitu melebihi sebanyak 29 ribu orang berbanding tahun 2018.

    Jumlah guna tenaga bagi sektor pembuatan pula pada tahun 2015 mencatat 1,980 ribu orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 41 ribu orang pada tahun 2016. Seterusnya, pada tahun 2018, jumlah guna tenaga mencatat 2,490 ribu orang iaitu melebihi 56 ribu orang berbanding tahun sebelumnya. Sektor ini memerlukan ramai guna tenaga untuk menghasilkan pelbagai produk pembuatan untuk kegunaan orang ramai.

    Bagi sektor pembinaan pula, guna tenaga tempatan agak berkurangan. Pada tahun 2015 dan 2016, jumlah guna tenaga masing-masing ialah 894 ribu orang dan 945ribu orang. Jumlah ini meningkat kepada 1,331 ribu orang pada tahun 2017 dan mengalami penurunan sebanyak 51 ribu orang pada tahun 2018. Sektor ini mengalami pola yang tidak konsisten mungkin disebabkan keadaan pekerjaan yang berisiko khususnya pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

    Akhir sekali, bagi sektor perkhidmatan telah mendapat sambutan yang luar biasa. Pada tahun 2015, jumlah guna tenaga telah mencecah 7,988 ribu orang dan meningkat sebanyak 872 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2018, jumlah guna tenaga dalam sektor ini mencatat 9,093 ribu orang iaitu pertambahan sebanyak 335 ribu orang berbanding dengan tahun 2017.

    Pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan agar rakyat Malaysia khasnya dapat memenuhi peluang ini dan mengurangkan kadar pengangguran negara.       

(Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018)

SKEMA JAWAPAN:

MALAYSIA: POLA JUMLAH GUNA TENAGA MENGIKUT SEKTOR TERPILIH DARI TAHUN 2015 HINGGA TAHUN 2018

Sektor

Pola jumlah guna tenaga (ribu orang)

Tahun 2015

Tahun 2016

Tahun 2017

Tahun 2018

Pertanian

1,788

1,806

1,846

1,817

Pembuatan

1,980

2,021

2,434

2,490

Pembinaan

894

945

1,331

1,280

Perkhidmatan

7,988

8,860

8,758

9,093

Jumlah

12,650

13,632

14,369

14,680

(Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018)

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1