PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 4
这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!
请看:
SOALAN:
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai menunjukkan pola perubahan jumlah insiden keselamatan siber terpilih di Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2016.
Insiden yang menggugat keselamatan siber sering berlaku di negara kita. Pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini seolah-olah disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Hal ini telah menyebabkan aktiviti tidak bermoral seperti gangguan siber, penipuan, atau pencerobohan kerap berlaku.
Sepanjang tahun 2014 hingga tahun 2016, sebanyak 20,209 kes insiden keselamatan siber terpilih telah direkodkan oleh pihak “MyCyber Security Malaysia”. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya berlaku pada tahun 2016 iaitu sebanyak 7,361 kes berbandingg 6,868 kes pada tahun 2014 dan 5,980 kes pada tahun berikutnya.
Insiden gangguan siber telah mencatat keadaan yang tidak konsisten dari tahun 2014 hingga tahun 2016. Sebanyak 550 kes gangguan siber telah direkodnya pada tahun 2014. Jumlah ini menurun kepada 442 kes pada tahun 2015 tetapi meningkat sebanyak 87 kes pada tahun seterusnya.
Insiden penipuan merupakan insiden paling banyak ditemui dan direkodkan. Sebanyak 4,477 kes dicatat pada tahun 2014. Bilangan ini berkurangan sebanyak 1,220 kes pada tahun berikutnya dan meningkat kira-kira 20.38% pada tahun 2016.
Keselamatan siber juga diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Insiden pencerobohan ini mencatat rekod peningkatan sepanjang tiga tahun tersebut. Sebanyak 1,125 kes telah dicatat pada tahun 2014. Insiden ini telah meningkat kepada 1,714 kes pada tahun 2015 dan meningkat lagi dengan banyak pada tahun berikutnya iaitu pertambahan sebanyak 762 kes.
Insiden yang menggunakan kod jahat tidak ketinggalan meskipun keadaannya merosot dari tahun 2014 hingga tahun 2016. Penggunaan kod jahat ini mencatat 716 kes pada tahun 2014. Pada tahun 2016 pula, penggunaan kod jahat mencatat penurunan kepada 435 kes iaitu kurang sebanyak 132 kes berbanding tahun sebelumnya.
(Disesuaikan daripada Laporan “MyCyber
Security Malaysia”, 2017)
SKEMA JAWAPAN:
MALAYSIA: POLA PERUBAHAN JUMLAH INSIDEN KESELAMATAN SIBER
TERPILIH DARI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016
Jenis insiden |
Pola perubahan
jumlah insiden keselamatan siber (kes) |
||
Tahun 2014 |
Tahun 2015 |
Tahun 2016 |
|
Gangguan siber |
550 |
442 |
529 |
Penipuan |
4,477 |
3,257 |
3,921 |
Pencerobohan |
1,125 |
1,714 |
2,476 |
Penggunaan kod
jahat |
716 |
567 |
435 |
Jumlah |
6,868 |
5,980 |
7,361 |
(Disesuaikan daripada Laporan “MyCyber
Security Malaysia”, 2017)
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!