PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 5


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan pola perubahan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian mengikut negeri-negeri terpilih dari tahun 2012 hingga tahun 2015.

    Hasil KDNK daripada beberapa negeri tidak semuanya menunjukkan peningkatan. Hal ini kerana wujudnya hasil yang tidak konsisten dari negeri tertentu. Secara keseluruhan, jumlah KDNK bagi keempat-empat buah negeri telah menunjukkan peningkatan sepanjang tahun diliputi iaitu sebanyak RM 6,122.0 juta pada tahun 2012 telah meningkat kepada RM 7,269 juta pada tahun 2015.

    Negeri Kelantan telah mencatat rekod KDNK yang paling tinggi berbanding negeri-negeri terpilih yang lain. Sebanyak RM 1,996 juta telah diperoleh pada tahun 2012 dan mendadak naik kepada RM 2,146 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula, hasil KDNK negeri Kelantan mencatat RM 2,190 juta sebelum meningkat sebanyak RM 150 juta pada tahun berikutnya.

    Bagi negeri Terengganu pula, kira-kira 23.62% daripada jumlah keseluruhan RM 6,122.0 juta telah direkodkan pada tahun 2012. Nilai ini bertambah menjadi RM 1,496 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2015, KDNK Terengganu mencatat hasil lebih tinggi kepada RM 1,627 juta iaitu lebih sebanyak RM 50 juta berbanding tahun 2014.

    Negeri Perlis telah mengalami perubahan yang tidak konsisten. Tahun 2013 telah mencatat rekod hasil KDNK yang paling rendah iaitu sebanyak RM 806.5 juta. Nilai itu lebih rendah berbanding tahun sebelumnya yang mempunyai hasil sebanyak RM 871 juta. Pada tahun 2014 pula KDNK Perlis telah melonjak naik sebanyak RM 255 juta berbanding tahun 2013. Akan tetapi, pada tahun berikutnya hasil KDNK Perlis menurun sebanyak RM 19.5 juta.

    Bagi negeri Kedah pula, rekod paling tinggi dicatat pada tahun 2015 iaitu sebanyak RM 2,260 juta. Negeri ini telah memperoleh hasil KDNK sebanyak RM 1,820 juta pada tahun 2012 dan meningkat kepada RM 1,920 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2014, KDNK Kedah telah mencatat peningkatan sebanyak 4.95% berbanding tahun sebelumnya.

(Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia,

Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015)

SKEMA JAWAPAN:

MALAYSIA: POLA PERUBAHAN HASIL KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) SEKTOR PERTANIAN MENGIKUT NEGERI-NEGERI TERPILIH DARI TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2015

Negeri

Pola perubahan hasil KDNK sektor pertanian (RM juta)

Tahun 2012

Tahun 2013

Tahun 2014

Tahun 2015

Kelantan

1,996

2,146

2,190

2,340

Terengganu

1,446

1,496

1,577

1,627

Perlis

871

806.5

1,061.5

1,042

Kedah

1,820

1,920

2,015

2,260

(Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia,

Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015)

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1