PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 9


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan bilangan kes kematian akibat kemalangan jalan raya mengikut kenderaan dari tahun 2015 hingga tahun 2018.

    Sepanjang tahun 2015 hingga 2018, banyak kes kematian akibat kemalangan jalan raya telah dilaporkan oleh Bahagian Statistik Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Pelbagai jenis kenderaan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut. Kenderaan yang kerap terlibat ialah motosikal, kereta, lori, dan basikal.

    Kematian yang melibatkan kemalangan motosikal di jalan raya mencatat bilangan kes yang paling tinggi dari tahun 2015 hingga 2018. Sebanyak 4,203 kes kematian kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal telah direkodkan pada tahun 2015. Kes kematian ini terus meningkat pada tahun 2016 iaitu 4,485 kes. Akan tetapi, pada tahun 2017 pula kes ini merosot sebanyak 137 kes dan terus menurun kepada 4,128 kes pada tahun 2018.

    Bagi kes kematian yang melibatkan kemalangan kereta di jalan raya pula mencatat 1,358 kes pada tahun 2015. Bilangan ini terus meningkat pada tahun 2016 sebanyak 131 kes. Pada tahun 2017 pula, kes kematian melibatkan kemalangan kereta ini telah berkurangan sebanyak 220 kes berbanding tahun sebelumnya. Kes kematian akibat kemalangan kereta ini didapati terus menurun kepada 1,167 kes pada tahun 2018.

    Kes kematian yang melibatkan kemalangan lori di jalan raya pula mengalami penurunan dari tahun 2015 hingga 2018. Sebanyak 454 kes kematian telah dicatat pada tahun 2015. Pada tahun 2016 pula, bilangan kes kematian ini merosot kira-kira 7.04% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2018 pula, kes kematian yang melibatkan lori di jalan raya ini telah mencatat 366 kes iaitu mengalami pengurangan sebanyak 31 kes berbanding tahun 2017.

    Bagi pengguna kenderaan basikal pula, kes kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian telah mengalami keadaan yang tidak konsisten dari tahun 2015 hingga 2018. Pada tahun 2015, kemalangan basikal ini menyebabkan kematian sebanyak 219 kes. Kes ini terus meningkat sebanyak 26 kes pada tahun berikutnya. Pada tahun 2017 pula bilangan kes kematian meningkat kira-kira 16.35% berbanding tahun sebelumnya. Kes ini seterusnya mengalami penurunan sebanyak 69 kes pada tahun 2018.

(Disesuaikan daripada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh,

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016) 

SKEMA JAWAPAN:

MALAYSIA: PERATUS GUNA TENAGA MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN DARI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016

Sektor pekerjaan

Peratus guna tenaga (%)

Tahun 2014

Tahun 2015

Tahun 2016

Pertanian

12.3

12.5

12

Perlombongan

1.6

1.7

1.7

Pembuatan

16.7

16.5

16.9

Perkhidmatan

61.3

61.0

61.9

Pembinaan

9.1

9.3

8.8

(Disesuaikan daripada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh,

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016)

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1