PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 8


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan garf yang sesuai untuk menunjukkan aliran jumlah kes Covid-19 mengikut negeri-negeri terpilih di Malaysia dari bulan Jun hingga September tahun 2020.

    Sepanjang bulan Jun hingga September pada tahun 2020 jumlah keseluruhan kes Covid-19 mengalami peningkatan. Bulan Jun 2020 telah mencatat jumlah kes Covid-19 sebanyak 2,408 kes. Manakala jumlah pada bulan Julai 2020 pula mencatat kes Covid-19 sebanyak 2,566 kes. Bulan September mencatat kes Covid-19 paling tinggi iaitu 2,674 kes. Jumlah tersebut merupakan lebihan sebanyak 54 kes berbanding jumlah kes Covid-19 bulan sebelumnya.

    Pada bulan Jun 2020, Negeri Sembilan telah mencatat kes Covid-19 paling tinggi iaitu 1,025 kes. Jumlah ini diikuti oleh Johor mencatat kedua tertinggi iaitu 691 kes dan seterusnya Sarawak mencatat 571 kes. Manakala, selebihnya dicatat oleh Pulau Pinang. Pada bulan Julai dan Ogos, kes Covid-19 Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan iaitu masing-masing mencatat 1,028 kes dan 1,034 kes. Pada bulan September pula, Negeri Sembilan mencatat peningkatan sebanyak 1.45% berbanding tahun sebelumnya.

    Kes Covid-19 di negeri Johor pada bulan Ogos telah meningkat sebanyak 60 kes berbanding bulan Jun pada tahun yang sama. Kes Covid-19 pada bulan Julai adalah sebanyak 740 kes. Manakala bulan September meningkat kepada 768 kes. Negeri Sarawak pula mencatat lebihan sebanyak 22 kes pada bulan Ogos berbanding bulan Julai yang mencatat kes Covid-19 sebanyak 677 kes. Sarawak terus mencatat peningkatan sebanyak 2% pada bulan September berbanding bulan sebelumnya.

    Negeri Pulau Pinang mencatat kes Covid-19 paling sedikit sepanjang bulan Jun hingga September 2020. Kes Covid-19 pada bulan Julai adalah sama seperti bulan Jun. Akan tetapi, pada bulan Ogos dan September, Pulau Pinang mencatat kes Covid-19 masing-masing sebanyak 136 kes dan 144 kes.

    Pihak kerajaan amat memandang serius pada peningkatan kes Covid-19 ini. Semua pihak hendaklah memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) kes Covid-19 dipatuhi demi menghentikan penularan wabak Covid-19 ini.    

(Disesuaikan daripada CPRC Kebangsaan,

Kementerian Kesihatan Malaysia, Oktober 2020)

SKEMA JAWAPAN:

MALAYSIA: ALIRAN JUMLAH KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI-NEGERI TERPILIH DARI BULAN JUN HINGGA SEPTEMBER TAHUN 2020

Negeri

Aliran jumlah kes Covid-19 (kes)

Jun

Julai

Ogos

September

Negeri Sembilan

1,025

1,028

1,034

1,049

Johor

691

740

751

768

Sarawak

571

677

699

713

Pulau Pinang

121

121

136

144

Jumlah

2,408

2,566

2,620

2,674

(Disesuaikan daripada CPRC Kebangsaan,

Kementerian Kesihatan Malaysia, Oktober 2020)

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1