PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 10


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus guna tenaga mengikut sektor pekerjaan dari tahun 2014 hingga tahun 2016.  

    Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara. Guna tenaga ini terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan. Jumlah guna tenaga di Malaysia adalah sentiasa meningkat dari tahun 2014 hingga tahun 2016. Pada tahun 2014, jumlah guna tenaga adalah sebanyak 13,532.0 ribu orang, meningkat kepada 14,068.0 ribu orang pada tahun 2015, dan meningkat lagi kepada 14,260.6 ribu orang pada tahun 2016.

    Secara keseluruhan, kesemua faktor sektor pekerjaan yang terlibat menunjukkan peratus guna tenaga yang tidak konsisten sepanjang tahun 2014 hingga tahun 2016. Sektor pertanian mencatatkan peratus tertinggi guna tenaga pada tahun 2015 iaitu sebanyak 12.5%. Peratus ini merupakan peningkatan sebanyak 0.2% daripada tahun 2014 dan lebihan sebanyak 0.5% berbanding dengan tahun 2016. Peratus guna tenaga bagi sektor perlombongan adalah paling sedikit berbanding dengan sektor pekerjaan lain untuk ketiga-tiga tahun tersebut. Pada tahun 2014, peratus guna tenaga sektor perlombongan hanyalah 1.6%. Setahun kemudian, peratus guna tenaga bagi sektor ini meningkat sebanyak 0.1% berbanding dengan tahun 2014. Pada tahun 2016, peratus guna tenaga bagi sektor perlombongan kekal seperti tahun 2015.

    Sektor pembuatan yang mempunyai bilangan guna tenaga kedua banyak mencatatkan peratus guna tenaga sebanyak 16.7% pada tahun 2014. Bagaimanapun, peratus guna tenaga tersebut merosot sebanyak 0.2% setahun kemudian. Pada tahun 2016, peratus guna tenaga sektor pembuatan adalah lebih sebanyak 4.9% daripada guna tenaga sektor pertanian bagi tempoh yang sama. Sektor pembinaan pula mencatatkan peratus guna tenaga yang paling kurang pada tahun 2016 iaitu sebanyak 8.8%. Peratus ini merupakan pengurangan sebanyak 0.3% berbanding dengan peratus guna tenaga pada tahun 2014. Pada tahun 2015, peratus guna tenaga bagi sektor pembinaan adalah sebanyak 9.3%.

    Sektor pekerjaan terakhir iaitu sektor perkhidmatan mempunyai bilangan guna tenaga yang paling ramai dari tahun 2014 hingga tahun 2016. Peratus guna tenaga sektor perkhidmatan bagi ketiga-tiga tahun tersebut adalah melebihi 60%. Peratus guna tenaga sektor perkhidmatan yang paling rendah adalah pada tahun 2015 iaitu sebanyak 61.0%, manakala peratus guna tenaga tertinggi adalah pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak 0.6% daripada tahun 2015. Peratus guna tenaga bagi sektor perkhidmatan pada tahun 2014 adalah sebanyak 61.3%.

 (Disesuaikan daripada Statistik Keselamatan Jalan Raya,

Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2019)

SKEMA JAWAPAN:

MALAYSIA: BILANGAN KES KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA MENGIKUT KENDERAAN DARI TAHUN 2015 HINGGA TAHUN 2018

Jenis kenderaan

Bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya (kes)

Tahun 2015

Tahun 2016

Tahun 2017

Tahun 2018

Motorsikal

4,203

4,485

4,348

4,128

Kereta

1,358

1,489

1,269

1,167

Lori

454

422

397

366

Basikal

219

245

285

216

(Disesuaikan daripada Statistik Keselamatan Jalan Raya,

Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2019)

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1