PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 2 / PENGGAL 2 - 7
这篇是 Sem 2 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!
,请看:
SOALAN:
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan pola nilai eksport keluaran utama terpilih dari tahun 2016 hingga tahun 2018.
Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan hasil eksport dari semasa ke semasa. Cabaran di peringkat antarabangsa tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk meningkatkan hasil kegiatan ekonomi negara. Pendapatan Malaysia melalui hasil eksport minyak kelapa sawit pada tahun 2017 mencecah RM 77,807 juta iaitu melebihi sebanyak RM 9,885 juta berbanding nilai eksport pada tahun 2016. Pada tahun 2018, nilai eksport minyak kelapa sawit menyumbang jumlah eksport sebanyak RM 79,670 juta. Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia.
Keluaran yang seterusnya juga menunjukkan peningkatan yang berterusan setiap tahun. Pada tahun 2016, petroleum mentah mencatat nilai eksport sebanyak RM 24,319 juta. Jumlah ini telah meningkat sebanyak RM 3,936 juta pada tahun 2017 dan seterusnya meningkat lagi kira-kira 19.724% berbanding tahun sebelumnya.
Wujud pola yang tidak konsisten bagi keluaran kayu dan gas asli cecair. Pada tahun 2017, keluaran kayu mencatat nilai paling tinggi iaitu RM 23,173 juta. Keluaran ini mencatat nilai sebanyak RM 22,101 juta pada tahun 2016 dan menurun kepada RM 21,318 juta pada tahun 2018. Keluaran kayu yang tidak konsisten ini amat bergantung kepada cuaca di Malaysia dan juga permintaan orang ramai.
Keluaran gas asli cecair juga tidak kurang hebatnya. Pada tahun 2016, keluaran ini bernilai RM 32,709 juta. Nilai ini telah meningkat kepada RM 41,417 juta pada tahun 2017 tetapi menurun kepada RM 37,322 juta pada tahun 2018.
Malaysia hendaklah memastikan agar keluaran utama negara terus meningkat sejajar dengan keperluan dan permintaan pasaran domestik mahupun global.
(Disesuaikan daripada Buku Maklumat Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018)
SKEMA JAWAPAN:
MALAYSIA: POLA NILAI EKSPORT KELUARAN UTAMA TERPILIH DARI
TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2018
Keluaran utama |
Pola nilai eksport
keluaran utama (RM juta) |
||
Tahun 2016 |
Tahun 2017 |
Tahun 2018 |
|
Minyak kelapa sawit |
67,922 |
77,807 |
79,670 |
Petroleum mentah |
24,319 |
28,255 |
33,828 |
Keluaran kayu |
22,101 |
23,173 |
21,318 |
Gas asli cecair |
32,709 |
41,417 |
37,322 |
(Disesuaikan daripada Buku Maklumat Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018)
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!