SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 2 / PENGGAL 2 - 8
今天分享的是 Sem 2 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
希望大家会喜欢吖!
字体是斜的才是答案哦~
请看:
SOALAN 1:
Jelaskan cabaran bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara. [4 markah]
i.) Memastikan keharmonian negara berkekalan.
Rakyat yang tidak mematuhi prinsip Rukun Negara dianggap tidak menghormati rakyat Malaysia yang lain.
ii.) Memastikan perpaduan negara terus utuh.
Rakyat yang tidak menjaga sensitive orang lain boleh mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat lain.
iii.) Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi.
Rakyat tidak perlu mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin setiap kaum.
iv.) Mendaulatkan institusi raja-raja.
Rakyat yang mematuhi prinsip Rukun Negara akan mempertahankan institusi kesultanan dan beraja.
SOALAN 2:
Terangkan dua sebab penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat semakin terhakis. [4 markah]
(i.) Tidak menghayati pendidikan sejarah negara.
Rakyat melihat pendidikan sejarah tiada kepentingan untuk mereka.
(ii.) Pengaruh media massa.
Menyebar dan menular isu-isu yang palsu dan sensitif.
SOALAN 3:
Nyatakan empat prinsip dalam Dasar Alam Sekitar Negara untuk mengharmonikan pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar. [4 markah]
a. Peranan sektor swasta.
b. Pengawasan alam sekitar.
c. Membuat keputusan bersepadu.
d. Komitment dan kebertanggungjawab.
SOALAN 4:
Jelaskan dua isu utama yang harus dihadapi untuk Malaysia mencapai status negara maju. [4 markah]
i. Keadilan ekonomi dan sosial.
Negara maju perlu kepada masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial.
ii. Moral dan etika.
Negara maju haruslah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.
SOALAN 5:
Strategi pelaksanaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bertujuan untuk melahirkan keupayaan
pelajar yang mampu bersaing di peringkat global. |
Nyatakan tiga ciri keupayaan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global. [3 markah]
a) Pengetahuan.
b) Identiti nasional.
c) Kemahiran berfikir.
SOALAN 6:
Nyatakan tiga pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11) bagi mempercepatkan pembangunan Malaysia. [3 markah]
* Memenuhi potensi produktiviti.
* Menuju ke arah pertumbuhan hijau.
* Meningkatkan taraf hidup isi rumah B40.
SOALAN 7:
Jelaskan dua kesan pembentukan Rukun Negara kepada negara. [4 markah]
(I) Mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan kaum.
Masyarakat Malaysia yang terdiri pelbagai kaum perlu bersatu padu bagi sama-sama memajukan negara.
(II) Melahirkan sebuah masyarakat yang adil.
Setiap kaum akan dilayan sama dalam pelbagai bidang dan tiada kaum yang terpinggir dengan arus kemajuan negara.
SOALAN 8:
Nyatakan tiga kepentingan membangunkan masyarakat demokratik dalam sebuah negara maju. [3 markah]
a.) Mengukuhkan perpaduan.
b.) Menjamin keselamatan negara.
c.) Memelihara hak kebebasan asasi rakyat.
SOALAN 9:
Berikan empat masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. [4 markah]
~ Sikap kakitangan yang tidak profesional.
~ Kemudahan hospital kurang memuaskan.
~ Peningkatan jumlah pesakit dari semasa ke semasa.
~ Kekangan kewangan untuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti.
SOALAN 10:
Senaraikan tiga objektif utama "Gagasan Kemakmuran Bersama 2030". [3 markah]
- Menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur, dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.
- Mencipta ekonomi yang lebih berstruktur, progresif, berpaksikan ilmu, dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat.
- Memastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dapat ditangani. Kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang kekayaan antara kelas, kaum, wilayah, dan rantaian bekalan bagi membawa bersama rakyat yang ketinggalan agar terbela dan diperkasakan.
SOALAN 11:
Nyatakan kesan cabaran Revolusi Industri 4.0. [4 markah]
Kesannya ke atas penggunaan tenaga kerja tempataan, khususnya kumpulan menengah rendah (sederhana). Kelompok yang tidak diperlukan dalam ekonomi. Kumpulan ini akan terpinggir dalam sistem ekonomi baru ini. Kumpulan menegah rendah ini lebih mudah diganti dengan robot.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!